Home All Isu Semasa Lelaki Dedah Antara Tuntutan Presiden Rohingya Malaysia, Dakwa Sumbang Kepada Ekonomi Negara.

Lelaki Dedah Antara Tuntutan Presiden Rohingya Malaysia, Dakwa Sumbang Kepada Ekonomi Negara.

79837
2
Lelaki Dedah Antara Tuntutan Presiden Rohingya Malaysia, Dakwa Sumbang Kepada Ekonomi Negara.

Hasrat pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Rohingya menyelinap masuk ke Malaysia melalui jalan laut berjaya dipatahkan Angkatan Tentera Malaysia (TUDM). Dianggarkan terdapat lebih 200 orang berada di dalam bot dan cuba masuk ke negara namun dihalang kerana bimbang membawa kluster baharu Covid-19.

Duta Majlis Rohingya Eropah ke Malaysia, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi walau bagaimanapun menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keputusan menolak bot sarat tersebut. Dia memohon agar kerajaan mengubah fikiran atas dasar kemanusiaan bagi minoriti tertindas ini.

Isu warga Rohingnya kembali menjadi topik perbualan dalam kalangan netizen selepas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di sekitar kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu.

Terdapat dakwaan daripada segelintir netizen yang mengatakan wujudnya masalah berhubung pelarian yang tinggal di kawasan tersebut dengan pelaksanaan perintah itu.

Malah ada hantaran mengenai dakwaan itu mendapat sehingga lebih 10,000 perkongsian di Facebook.

Bagaimanapun, tiada laporan rasmi yang mengesahkan kejadian tersebut dan hantaran itu juga tidak dapat memastikan sama ada dakwaan tersebut benar-benar berlaku atau tidak.

Tidak cukup dengan dakwaan itu, netizen juga dilihat turut memuat naik sekeping surat yang dikeluarkan oleh Myanmar Ethnic Rohingnya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM) yang dilihat seperti permohonan perlindungan daripada kerajaan.

Apa yang membuatkan ia menjadi pertikaian netizen bukanlah permohonan tersebut namun dakwaan yang terkandung dalam surat tersebut yang mengatakan komuniti pelarian ini telah menyumbang kepada ekonomi negara sejak 30 tahun yang lalu.

“Mereka dah start buat claim dah. Presiden persatuan Rohingnya buat surat kata warga Rohingnya menyumbang pada ekonomi Malaysia.

“Penyumbang signifikan pada pembangunan dan ekonomi Malaysia selama 30 tahun, this is a very big claim!” tulis seorang netizen di Facebook.

Lelaki Dedah Antara Tuntutan Presiden Rohingya Malaysia, Dakwa Sumbang Kepada Ekonomi Negara. 1

Rohingya

Tidak cukup dengan itu, ada dakwaan menyatakan Presiden Rohingya Malaysia, Zafar Ahmad Abdul Ghani, menuntut beberapa ‘kelonggaran’ diberikan kepada pendatang Rohingya. Menerusi sepucuk surat yang ditulis kepada Menteri Sumber Manusia, antara tuntutan yang dibuat adalah:

Hadapi beberapa isu semasa

Rohingya

Rohingya

Di dalam surat tersebut, disenaraikan antara lapan kesukaran yang dihadapi pendatang Rohingya di sini. Antaranya adalah mereka mendakwa tidak diberi kebenaran bekerja untuk menampung hidup. Selain itu, mereka mendakwa tidak mendapat perlindungan kemalangan ketika bekerja kerana tiada permit. Malah, kos rawatan yang terlalu tinggi menyukarkan lagi hidup mereka.

Menuntut pertimbangan atas dasar kemanusiaan

Oleh itu, Zafar Ahmad dipercayai memohon agar kerajaan memberi kebenaran bekerja mengikut sektor yang sesuai. Mereka juga memohon majikan mewajibkan insurans sewaktu bekerja dan mengurangkan kos rawatan di hospital. Akhir sekali, mereka mohon pelarian tidak ditangkap di atas dasar kemanusiaan.

Rohingya

Lelaki Dedah Antara Tuntutan Presiden Rohingya Malaysia, Dakwa Sumbang Kepada Ekonomi Negara. 2

Sumber : Muhammad Haiqal

Bagaimanapun, dalam pertikaian tersebut, dilihat ada juga sesetengah netizen yang mengambil arah berlainan dalam memberi pandangan tersebut dan mengatakan tidak semestinya dakwaan dan pendapat ‘bawang army’ ini sentiasa betul.

Dalam satu perkongsian di Facebook, Ku Syafiq beranggapan perkara itu akan menambahkan lagi kesan negatif terhadap masalah tersebut.

Sebab tu aku tak pernah sokong apa yang kononnya ‘tentera bawang Malaysia’ ni buat. Aku tak iktiraf pencapaian mereka…

Posted by Ku Syafiq on Tuesday, April 21, 2020

Isu warga Rohingnya di sekitar ibu negara sentiasa menjadi perhatian masyarakat  kita dengan terdapat dakwaan mereka ini sebenarnya melakukan aktiviti pekerjaan secara tidak berdaftar di pasar-pasar dan kedai runcit- walaupun memasuki negara ini sebagai pelarian.

Dakwaan tersebut sebelum ini juga pernah mendapat perhatian media arus perdana apabila TV3 pernah melaporkan mereka ini memang melakukan aktiviti perniagaan berdasarkan tinjauan.

Peniaga Rohingnya: Kebal Dengan Kad UNHCR.

Walaupun memasuki negara ini sebagai pelarian, warga asing ini dikatakan mempunyai ‘kekebalan’ kerana memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNCHR).

Kad tersebut yang diberikan kepada pelarian yang memasuki negara ini dikatakan digunakan sebagai lesen buat mereka menjalankan aktiviti perniagaan dan bekerja walaupun fungsi sebenar kad tersebut tidak membenarkan mereka berbuat demikian.

Untuk rekod, setakat September 2019  terdapat 177,943 pemegang kad UNHCR dengan seramai 153,591 orang adalah dari Myanmar yang juga merupakan negara asal pelarian Rohingya ini.

Baca Selanjutnya

Lelaki Dedah Antara Tuntutan Presiden Rohingya Malaysia, Dakwa Sumbang Kepada Ekonomi Negara. 3

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here