Home All Isu Semasa Da’i Wan Dazrin Mohon Maaf, Tidak Berhasrat Menuduh Budaya Jawa Syirik &...

Da’i Wan Dazrin Mohon Maaf, Tidak Berhasrat Menuduh Budaya Jawa Syirik & Khurafat,

2320
0
Da’i Wan Dazrin Mohon Maaf, Tidak Berhasrat Menuduh Budaya Jawa Syirik & Khurafat,

Gara-gara memberi teguran terhadap Lathi Challenge, Da’i Wan Dazrin dikecam teruk oleh netizen Indonesia. Pendakwah bebas itu sebelum ini menegur secara terbuka di media sosial terhadap budaya Jawa yang didakwa syirik dan khurafat.

Terbaru, Da’i Wan menerusi laman Twitter miliknya membuat permohonan secara terbuka terutamanya kepada Orang Jawa di Indonesia.

Da’i Wan Dazrin Membuat Permohonan maaf terbuka

Wan Dazrin

Da’i Wan memohon maaf dan hanya bertujuan untuk memberi nasihat kepada umat Islam di Malaysia supaya berhati-hati. Dia bagaimanapun tidak berniat untuk menuduh budaya Jawa yang pernah didakwanya sebelum ini adalah syirik atau khurafat.

BACA: Produk Ilmu Hitam Yang Terlarang Dijual Dalam Talian Secara Terbuka

Kemungkinan besar teguran mengenai perkataan ‘Jawa’ itu ditujukan kepada orang Indonesia yang menyebabkan mereka marah.

Saya minta hentikan perbuatan itu

Wan Dazrin

Pendakwah bebas ini sekali lagi menegaskan dia tidak pernah menghukum mana-mana Lathi Challenge sebagai haram. Dia hanya meminta agar masyarakat terutamanya penganut agama Islam menghentikan perbuatan itu sahaja. Hal ini boleh menyebabkan kita menjadi lalai dan rugikan masa.

Sumber: Wan Dazrin

Da’i Wan Dazrin Mohon Maaf, Tidak Berhasrat Menuduh Budaya Jawa Syirik & Khurafat, 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here