Home All Isu Semasa Dah Selalu Minum Susu, Kucing Curi Ikan Goreng Bagi Bayi Untuk Dimakan

Dah Selalu Minum Susu, Kucing Curi Ikan Goreng Bagi Bayi Untuk Dimakan

1540
0
Dah Selalu Minum Susu, Kucing Curi Ikan Goreng Bagi Bayi Untuk Dimakan

Bagi pemilik kucing, sudah menjadi kebiasaan apabila haiwan comel itu membawa pulang ‘hadiah’ seperti bangkai binatang ataupun benda yang tidak disangka-sangka.

Sama juga dengan seekor bulus bernama Robert ini yang menghulur hadiah ‘luar biasa’ apabila cuba memberi ikan goreng untuk seorang bayi, Johan iaitu anak kepada pemiliknya untuk dimakan.

Kisah mencuit hati tersebut dikongsi pemiliknya @pelisahh di laman Twitter yang menceritakan dimana Robert telah mencuri ikan goreng dari dalam tudung saji sebelum diberikan kepada Johan sewaktu usianya masih kecil.

kucing

“Sewaktu Johan masih bayi dan belum makan makanan pepejal, Robert cuba memberinya ikan goreng,” kongsinya dengan memuat naik dua gambar.

BACA JUGA : Anjing Bawa Kucing Terbiar Pulang ke Rumah, Ramai Netizen Terharu!

Ingatkan Robert yang nak makan…

Posting tersebut meraih hampir 48,000 tanda suka selain diulang kicau sebanyak 45,100 kali serta komen warganet yang terhibur dengan aksi ‘nakal’ anak bulus berkenaan.

Dah Selalu Minum Susu, Kucing Curi Ikan Goreng Bagi Bayi Untuk Dimakan 1

Sumber : Twitter

Dah Selalu Minum Susu, Kucing Curi Ikan Goreng Bagi Bayi Untuk Dimakan 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here