Home All Isu Semasa “Daddy Jaga Hamzah Ya Nak, Anak Daddy 4 Orang Sekarang” – Fad...

“Daddy Jaga Hamzah Ya Nak, Anak Daddy 4 Orang Sekarang” – Fad Bocey

6191
0
hamzah

Hubungan rapat antara Arwah Abam dengan sahabat seperjuangannya di dalam bocey bukan hanya di dalam urusan kerja sahaja.

Achey dan Fad adalah antara sahabat sejati yang paling rapat dengan arwah. Menurut kata Anne isteri Achey, hubungan mereka bertiga lebih dari seorang kawan dan saudara malah lebih rapat dari seorang saudara kandung.

Segala suka dan duka Bocey dikongsi bersama.

Bocey adalah nama besar di dalam industri pelawak tanah air. Gabungan Fad Achey dan arwah Abam di dalam bocey memberi keserasian yang sangat mantap dan bocey juga antara pasukan pelawak tanah air yang paling di sukai rakyat malaysia.

Mana taknya masing masing mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri bila di dalam show.

Gandingan mantap ketiga tiga ini di dalam bocey membuatkan ramai terkesan apabila selepas ini Bocey hanya tinggal 2 orang sahaja.

“Daddy Jaga Hamzah Ya Nak, Anak Daddy 4 Orang Sekarang” – Fad Bocey 1

Semoga Achey dan Fad akan terus memperjuangkan Bocey di dalam industri kerana ini adalah satu satunya usaha keras arwah Abam juga di dalam industri.

Fad Boceh yang telah selamat sampai di Malaysia awal pagi semalam terus ke kediaman arwah Abam untuk menziarah dan juga berjumpa dengan keluarga Abam.

Menerusi perkongsian dari Fad Bocey sebentar tadi, dia menyatakan yang dia akan memikul tanggungjawab menjaga Hamzah anak kepada Arwah Abam.

Perkongsian dari Fad ini telah membuatkan ramai tersentuh. Alhamdulillah ramai yang sayangkan Hamzah walaupun dia masih kecil dan belum mengerti apa apa dan masih terlalu kecil untuk kehilangan kasih seorang ayah, tetapi ramai yang ingin berbakti kepadanya dan ramai yang sangat menyayangi si kecil ini.

“Daddy Jaga Hamzah Ya Nak, Anak Daddy 4 Orang Sekarang” – Fad Bocey 2

Bukan sahaja Fad, bapa saudaranya Ali juga telah berjanji akan menjaga anak ini sebaik mungkin. Alhamdulilah sekarang Hamzah ada ramai ayah yang ambil berat yang prihatin dan sayangkan Hamzah.

Netizen turut tersentuh dengan perkongsian dari Fad Bocey tentang Hamzah

“Daddy Jaga Hamzah Ya Nak, Anak Daddy 4 Orang Sekarang” – Fad Bocey 3

Ramai yang sayang Hamzah

“Daddy Jaga Hamzah Ya Nak, Anak Daddy 4 Orang Sekarang” – Fad Bocey 4

Semoga segala niat baik mereka terutamanya Fad yang ingin jadikan Hamzah anak angkatnya dipermudahkan.

Fad juga ada memberitahu umum bahawa anak dia sekarang sudah 4 orang 3 orang anak kandung dan seorang Hamzah. Syukur Tuhan memberi kebahagiaan untuk anak ini. Ramai yang sayangkan anak ini seperti mana ramai yang sayangkan arwah Abam.

Sumber : Ig Fad Bocey

“Daddy Jaga Hamzah Ya Nak, Anak Daddy 4 Orang Sekarang” – Fad Bocey 5

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here