Home All Isu Semasa COVID-19 Mampu Tersebar Melalui Pernafasan, WHO Galakan Orang Ramai Memakai Topeng Muka

COVID-19 Mampu Tersebar Melalui Pernafasan, WHO Galakan Orang Ramai Memakai Topeng Muka

8082
3
COVID-19 Mampu Tersebar Melalui Pernafasan, WHO Galakan Orang Ramai Memakai Topeng Muka

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi galakan kepada orang ramai untuk memakai topeng muka, ini merupakan perubahan arahan yang dibuat oleh WHO di tengah-tengah pandemik COVID-19.

WHO menambah bahawa topeng muka khas harus diberikan kepada kumpulan barisan hadapan, manakala orang awam boleh menggunakan topeng yang dibuat sendiri menggunakan kain.

Perubahan ini berlaku selepas kajian terbaharu menunjukkan bahawa coronavirus mampu untuk merebak melalui udara dengan pernafasan atau bercakap, lapor Anthony Fauci, ketua penyakit berjangkit di National Institutes of Health.

COVID-19 Mampu Tersebar Melalui Pernafasan, WHO Galakan Orang Ramai Memakai Topeng Muka

“Beberapa maklumat baru-baru ini mendapati bahawa virus sebenarnya boleh tersebar walaupun ketika orang bercakap,” katanya seperti yang dipetik di dalam Asia One.

Beberapa negara juga telah mengeluarkan arahan agar rakyat mereka mengenakan topeng muka jika berada di luar.

“Kami melihat situasi di mana penggunaan topeng muka, topeng buatan sendiri dan topeng muka jenis kain oleh masyarakat dapat membantu dengan tindak balas menyeluruh terhadap penyakit ini,” kata Dr Michael Ryan, pengarah eksekutif program kecemasan kesihatan WHO.

“Terdapat situasi di mana memakai topeng muka mampu mengurangkan kadar seseorang itu dijangkiti dengan orang lain,” tambah Ryan.

Selain itu, WHO turut menggalakkan orang ramai mencuci tangan, penjarakan sosial dan melakukan ujian COVID-19 dengan lebih banyak bagi mengenal pasti dan mengkuarantin mereka yang dijangkiti.

Badan kesihatan dunia itu sebelum ini bimbang jika penggunaan topeng muka tinggi di peringkat komuniti, maka kekurangan bekalan akan berlaku kepada pegawai perubatan.

“Topeng muka jenis N95 adalah untuk pegawai perubatan dan kami harus mengutamakan penggunaannya untuk barisan hadapan,” kata Ryan.

Untuk rekod, lebih 1 juta orang telah dikenalpasti mempunyai jangkitan COVID-19, manakala lebih 60,000 kematian berlaku diseluruh dunia. Amerika Syarikat menjadi negara paling teruk terjejas selepas Itali dan Sepanyol.

COVID-19 Mampu Tersebar Melalui Pernafasan, WHO Galakan Orang Ramai Memakai Topeng Muka 1

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here