Home All Isu Semasa Covid-19: Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-92 Ditangguhkan, Pelajar Luah Rasa ‘Pasrah’

Covid-19: Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-92 Ditangguhkan, Pelajar Luah Rasa ‘Pasrah’

1882
1
Konvokesyen

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi akaun Facebook rasminya telah mengumumkan bahawa Istiadat Konvokesyen UiTM Kali Ke-92 akan ditangguhkan berikutan dengan penularan wabak Covid-19.

Konvokesyen ditangguh

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi, pihak pengurusan UiTM telah membuat keputusan untuk menangguhkan istiadat itu yang sepatutnya akan berlangsung pada sekitar bulan Mac hingga April tahun ini.

Dalam kenyataan itu juga, pihak UiTM memberitahu penangguhan yang melibatkan graduan UiTM Shah Alam dan semua cawangan UiTM di seluruh Malaysia adalah berkuat kuasa serta merta sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ada hikmah disebaliknya

Konvokesyen

Konvokesyen

Susulan daripada pengumuman itu, kebanyakan bakal graduan terkejut dengan berita tersebut namun mereka percaya setiap apa yang terjadi ini mempunyai hikmah disebaliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata daripada mereka berharap agar penularan wabak Covid-19 ini dapat ditangani dengan segera. Tidak kurang juga, ada di antara mereka yang meluahkan rasa ‘kecewa’ kerana tidak dapat meraikan hari bahagia itu lebih-lebih lagi apabila segala persiapan sudah dibuat.

Sumber: Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Covid-19: Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-92 Ditangguhkan, Pelajar Luah Rasa ‘Pasrah’ 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here