Home All Isu Semasa Penangan PKP & COVID 19, Haiwan2 Di Zoo Negara Turut Terima Tempias

Penangan PKP & COVID 19, Haiwan2 Di Zoo Negara Turut Terima Tempias

3757
2
zoo negara

Penangan PKP & COVID 19, Haiwan2 Di Zoo Negara Turut Terima Tempias | Diakui, semenjak penularan wabak COVID-19 di Malaysia, ekonomi pelbagai sektor negara dilihat agak terjejas ekoran wabak berkenaan.

Perintah Kawalan Pergerakan juga turut membataskan aktiviti seharian rakyat Malaysia, namun perkara ini perlu diikuti demi keselamatan sejagat.

Bukan sahaja manusia tersiksa akibat wabak ini, nasib haiwan-haiwan jalanan turut terumbang-ambing disebabkan penutupan kedai-kedai makan dan juga arahan PKP yang perintahkan kepada rakyat.

zoo negara

Zoo Negara Beroperasi Melalui Duit Tabung Sedia Ada Yang Semakin Berkurang

Zoo negara Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa mereka masih lagi mampu beroperasi seperti biasa miskipun penularan virus Covid-19 dan juga PKP melanda di seluruh negara. Semangnya diakui, pendapatan mereka turut terjejas disebabkan tiada kunjungan orang ramai disebabkan wabak pandemik berkenaan.

Timbalan Presidennya berkata, mereka kini bergantung kepada duit tabung sedia ada bagi menampung kos operasi termasuk gaji pekerja dan makanan haiwan buat seketika.

zoo negara

Namun, mereka hanya mampu bertahan buat sementara waktu tetapi jika PKP berlanjutan sehingga dua atau tiga bulan, nasib mereka belum diketahui kerana kewangan sememangnya terjejas.

Bagaimanapun, Zoo Negara tidak pernah melantik sesiapa secara rasmi untuk meminta sumbangan atau derma. Malah, mereka juga tidak pernah memaksa orang ramai untuk menyumbang kepada mereka.

zoo negara

Namun jika terdapat individu yang berbuat sedemikian, mereka sangat menghargai dan pihaknya akan memberi tiket percuma Zoo Negara yang sah digunakan dalam tempoh setahun.

“Sesiapa yang menderma, mereka layak mendapat mininum satu tiket percuma dan hanya perlu menunjukkan bukti transaksi sumbangan,” Kata Timbalan Presiden.

Sumber: Harian Metro.

Baca Selanjutnya

Penangan PKP & COVID 19, Haiwan2 Di Zoo Negara Turut Terima Tempias 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here