Home All Isu Semasa Covid-19: Cecair Pembasmi Kuman di Hospital Jadi Sasaran Pencuri

Covid-19: Cecair Pembasmi Kuman di Hospital Jadi Sasaran Pencuri

1222
2
Cecair Pembasmi Kuman

KETIKA ini rata-rata penduduk di seluruh dunia sedang dilanda kebimbangan ekoran penularan wabak koronavirus atau Covid-19.

Peningkatan kes saban hari menyaksikan orang ramai mula mengambil langkah berjaga-jaga, antaranya membeli cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer sehingga rata-rata kedai sering kehabisan stok.

Situasi itu menyebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencuri cecair pembasmi kuman daripada hospital.

Cecair Pembasmi Kuman

Cecair Pembasmi Kuman Dicuri

Seorang pegawai paramedik, Jayne Walters mendedahkan pencuri yang tidak bertanggungjawab itu mencuri botol cecair pembasmi kuman yang dilekatkan di dinding hospital berdekatan wad pesakit kanser.

Dalam satu posting di Facebook, Jayne menulis: “Ini adalah situasi keadaan ini. Satu botol gel pembasmi kuman ditanggalkan dari dinding bersebelahan unit kanser! Tolong berhenti mencuri gel alkohol! Kami benar-benar memerlukannya,” tulis Jayne.

Sementara itu, seorang jurucakap hospital mendedahkan gel pembasmi kuman dicuri setiap hari.

Malah pihak tidak bertanggungjawab itu turut mengambil botol yang diletakkan di katil pesakit.

“Banyak cecair tangan yang hilang dari katil pesakit kami dan dari meja penyambut tetamu”, kata jurucakap itu. – Metro.co.uk

Diharap dalam keadaan penularan wabak Covid-19 ini janganlah ada dikalangan kita yang membuat dosa mencuri ini lebih-lebih lagi di kawasan hospital dimana hand sanitizer ini sangat diperlukan.

Covid-19: Cecair Pembasmi Kuman di Hospital Jadi Sasaran Pencuri 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here