Home All Isu Semasa Tak Perlu Kecoh, Cikgu Bagi Cadangan Untuk Ibu-Ibu Yang Terbeban Dengan Kerja...

Tak Perlu Kecoh, Cikgu Bagi Cadangan Untuk Ibu-Ibu Yang Terbeban Dengan Kerja Sekolah Anak!

1213
2

Tak Perlu Kecoh, Cikgu Bagi Cadangan Untuk Ibu-Ibu Yang Terbeban Dengan Kerja Sekolah Anak! | UMUM mengetahui kerajaan pada bulan lalu mengumumkan sesi persekolahan terpaksa ditangguhkan kerana penularan wabak Covid-19.

Namun sepanjang tempoh penangguhan sehingga sekolah kembali dibuka, pelajar bagaimanapun masih perlu meneruskan pembelajaran di rumah.

Untuk tujuan itu, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan sudah mengeluarkan garis panduan untuk guru, pelajar dan ibu bapa berhubung pelaksanaan ‘home based learning’ sepanjang tempoh tersebut.

BACA: Bapa ‘Samseng’ Mengamuk Anak Diberi Homework Sepanjang PKP, ‘Ingat Anak Saya Robot Ke?’

Tidak dinafikan perkara tersebut sedikit sebanyak menimbulkan kesulitan kerana semua pihak perlu membiasakan diri dengan perkara yang baharu, sebagaimana perkara berbangkit baru-baru ini apabila timbul isu ibu bapa mulai merungut mengenai ‘timbunan’ kerja sekolah yang diberikan guru.

Rungutan yang kebanyakannya dikongsikan di laman sosial untuk tatapan umum telah menimbulkan reaksi pelbagai daripada netizen.

Terpanggil untuk mengulas perkara tersebut, seorang guru, Mohd Fadli Salleh membuat perkongsian menerusi laman Facebook miliknya.

“Isu ini mula kecoh sehari dua lepas. Isu rungutan seorang ibu tentang kerja rumah yang anak dia kena buat. Ada orang, serba serbi tak kena. Tak bagi kerja salah, bagi kerja salah. Bagi sikit tak puas hati, bagi banyak dia sakit hati. Pada aku, benda begini sangat senang solusinya,” tulis Mohd Fadli.

cikguPerkongsian Mohd Fadli mengenai isu rungutan seorang ibu di Facebook miliknya.

Guru tersebut menyarankan mana-mana ibu bapa yang tidak berpuas hati agar berhubung terus dengan guru yang berkenaan, dan bukannya membuat luahan menerusi media sosial.

“Tak perlu nak ‘up story’, nak ‘up’ status marah-marah hingga gelar cikgu anak kita bongok, tak cerdik dan seumpamanya.

“Jika tak mampu buat semua kerja yang diberi, cukup buat takat mana yang mampu. Yang dirasakan cukup untuk anak, yang dirasakan cukup untuk kita agih masa buat kerja lain pula,” ujarnya.

Kita tak perlu melantun dan balas balik benda gini dengan kata caci maki. Sebab golongan begini hanya kecil nisbahnya. Abaikan saja.

MOHD FADLI SALLEH

GURU

Malah Mohd Fadli berpendapat, ibu bapa juga tidak perlu memperbesarkan isu yang remeh, sebaliknya perlu bertindak bijak dan tidak membiarkan perkara berkenaan membebani mereka mahupun anak-anak.

“Jika rasa itu pun berat, maka tak perlu buat langsung. Settle masalah. Bukan cikgu pergi gegar rumah rotan anak kita pun. Jika ada cikgu marah-marah or sindir dalam group WhatsApp kelas, exit group tu. Nanti lepas PKP join semula,” tulisnya yang juga menguruskan Pertubuhan Kebajikan Danakita, sebuah pertubuhan yang aktif menjalankan aktiviti kebajikan.

Dalam masa yang sama, Mohd Fadli menasihatkan rakan-rakan seperjuangannya untuk mengambil pendekatan rasional agar tidak terheret sama dengan isu yang dibangkitkan para ibu bapa.cikgu

Seorang ibu meluahkan rasa tidak puas hati ekoran kerja sekolah yang diberikan oleh guru anaknya disifatkan terlalu banyak.

“Kita tak perlu melantun dan balas balik benda gini dengan kata caci maki. Sebab golongan begini hanya kecil nisbahnya. Abaikan saja. Tak perlu bertikam lidah, marah-marah dan kutuk dia semula. Bulan Ramadan ni jika malas baca Quran, tidak berkata yang buruk pun dapat pahala. Makin dilayan makin panjang cerita,” ujarnya.

Bagaimanapun Mohd Fadli berpendapat para guru juga perlu berpada-pada dalam memberikan tugasan kepada anak murid dengan mengambil kira pelbagai aspek, antaranya kemudahan internet yang mungkin terhad untuk segelintir pelajar.

“Bersederhana adalah yang terbaik. Tidak terlalu banyak, tidak terlalu sedikit. Kena faham juga bukan semua orang ada printer, bukan semua orang ada akses internet, bukan semua orang mampu bersabar dan punyai kemahiran mengajar anak mereka sendiri.

“Jangan bagi due date yang terlalu rapat dan perlu siapkan cepat. Cukup bagi kerja dan galakkan mereka siapkan. Jika anak murid tak dapat siapkan, bahkan langsung tak buat, tak perlu kecoh-kecoh. Senyum saja.

Para pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian sepanjang tempoh PKP.

“Kita dah laksanakan tugas kita. Terpulang pada ibu bapa pula bagaimana hendak laksanakan tanggungjawab mereka semampu mereka. Musim PKP ini ramai orang tertekan. Jadi isu yang kecil pun jadi besar dan mampu mencetuskan perbalahan,” tulisnya.

BACA: Begini Cara Sambungkan Telefon Bimbit Dengan Printer Di Rumah Anda, Mudah Nak Cetak Kerja Sekolah Anak

Tidak mahu ibu bapa mahupun guru bertelagah hanya kerana isu remeh, Mohd Fadli turut menyeru kedua-dua pihak agar saling bekerjasama dan bertolak ansur kerana masing-masing mahu memberikan yang terbaik dalam hal pembelajaran anak-anak murid.

“Bila ada isu begini abaikan saja. Ia cuma isu terpencil yang tak perlu pun semua orang melenting. Kita senyum, dan terus buat habis baik. Dan tolong ingat, kita di bulan paling mulia, bulan Ramadan. Jaga tutur kata, jaga adab susila dan teruslah berbuat kebaikan,” ujarnya mengakhiri bicara.

Sehingga kini posting Mohd Fadli meraih sehingga 1,100 shares dan dibanjiri ribuan komen netizen.

Baca Selanjutnya

Tak Perlu Kecoh, Cikgu Bagi Cadangan Untuk Ibu-Ibu Yang Terbeban Dengan Kerja Sekolah Anak! 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here