Seperti menghancurkan periuk nasi sendiri, chef ini akhirnya dibuang kerja selepas perbuatan terkutuknya terbongkar secara tidak sengaja oleh dirinya sendiri.
Melalui akaun Twitter miliknya yang sudah dinyah aktifkan, dia memuatnaik perkongsian berunsurkan perkauman tentang pelanggannya.
Lelaki tersebut yang bekerja di sebuah hotel bertaraf lima bintang kemudiannya membuat pengakuan pernah meludah pada makanan yang dipesan oleh pelanggan. Pengakuan nya itu telah mendorong netizen untuk membuat aduan kepada pihak pengurusan hotel yang kemudian membuat keputusan untuk memecatnya.
Chef Sudah Dipecat
Berdasarkan perkongsian, lelaki tersebut tersebut sering kali memuatnaik perkongsian berunsurkan perkauman terutamanya mengutuk kaum Cina di Malaysia. Selepas diselidik, beliau tersebut didapati bekerja di sebuah hotel dikenali sebagai Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands di restoran Hugo’s In The Sky.
Melalui satu kenyataan di Facebook, pihak pengurusan hotel telah memecat lelaki tersebut yang telah memburukkan imej hotel. Bukan itu saja, pekerja tersebut itu juga didapati melanggar etika kerja sebagai seorang chef dan tidak menghormati pelanggan.

[…] Hotel Tenera salah satu hotel di Bangi yang terletak di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi itu dilihat begitu kreatif menyampikan pesanan semangat buat rakyat Malaysia menerusi tingkap hotel dengan cara menyalakan lampu sehingga membentuk perkataan ringkas. […]