Cenderamata Snek Jepun Ini Tak Halal Tapi Sering Dibeli Pelancong Muslim | Perkara menarik apabila melancong ke Jepun selain barangan yang sukar/ tiada di Malaysia, dan hidangan unik, turut menjadi perhatian ialah makanan ringan di sana. Makanan ringan atau snek mereka dibungkus cantik membuatkan kita tidak teragak untuk membelinya.
Namun, sebelum anda membeli snek Jepun sebagai cenderamata buat kenalan atau keluarga, terlintas tidak akan status halalnya?
Snek Jepun Yang Tidak Halal Tapi Terkenal di Kalangan Pelancong Malaysia
Seorang pengguna Twitter, Aidanurariza berkongsi memberi nasihat kepada netizen bahawa cenderamata makanan snek Jepun yang popular di Jepun seperti Tokyo banana didakwa tidak halal namun sering dibeli oleh pelancong dari negara ini.
“Antara souvenirs (cenderamata) yang ramai saya nampak Melayu beli tadi tak halal terutama Tokyo banana. Dah banyak kali tegur ‘Malay tourists’ dia lapangan terbang pasal ni tapi ramai beli jugak,” ciapnya.


Selain Tokyo banana, makanan ringan popular yang turut dibeli pelancong Muslim seperti Kitkat Jepun dan shiroi koibito. Aidanurariza juga menampilkan beberapa keterangan berkaitan kandungan produk Tokyo banana yang mengandungi arak dan gelatin.
Antara souvenirs yg ramai i nampak melayu beli tadi tak halal. Especially tokyo banana. Dah banyak kali tegur malay tourists kat airport pasal ni tapi ramai beli jugak pic.twitter.com/MWPndQnmXy
— aidanurariza (@aidanurariza) December 15, 2019
Menerusi perkongsian ini, ramai netizen yang baru mengetahui status halal produk itu dan ada juga yang sudah pernah merasainya.
Justeru, sebagai seorang Muslim sentiasalah berhati-hati dan selidik dahulu apabila membeli sesuatu produk dari luar negara serta jangan terlalu mengikut trend sehingga mengabaikan perkara yang diharamkan.
Sumber: Aidanurariza

[…] Jepun, mereka cuba untuk mengubah semula peraturan ini kerana akan mengakibatkan beban yang tidak […]
[…] isu makanan halal tidak menjadi isu sangat di negara kita kerana makanan halal mudah didapati. Apakah persediaan kita […]
[…] BACA: Cenderamata Snek Jepun Ini Tak Halal Tapi Sering Dibeli Pelancong Muslim […]