Home All Isu Semasa Cecair Pembasmi Kuman Tiada Kelulusan KKM, Berhati-Hati Dengan Produk Dari Penunggang Agama!

Cecair Pembasmi Kuman Tiada Kelulusan KKM, Berhati-Hati Dengan Produk Dari Penunggang Agama!

3429
0
Cecair pembasmi kuman Bidara Ruqyah

Orang ramai dinasihati supaya tidak membeli dan menggunakan produk cecair pembasmi kuman ‘Hand Sanitizer Bidara Ruqyah Al-Amin Al-Baghdadi’ yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ramai yang mengambil peluang menghasilkan produk ini sama ada membuat order dari kilang OEM mahupun memprosesnya sendiri di rumah.

Adalah sangat bahaya kerana produk ini sepatutnya dihasilkan oleh kilang yang mempunyai GMP dan juga harus mendapatkan kelulusan KKM. Lebih-lebih lagi dalam keadaan wabak Covid-19 dimana kita memerlukan produk hand sanitizer yang mempunyai klasifikasi tertentu seperti kandungan alcohol melebihi 60%.

Cecair Pembasmi Kuman

Bukan semua jenis alcohol boleh digunakan dan kepekatan alcohol tersebut juga jika tidak dikira dengan betul boleh mengabitkan keracunan dalam tempoh masa yang panjang kerana kekerapan penggunaan.

Lebih membahayakan cecair pembasmi kuman sekarang turut digunakan oleh kanak-kanak jika ianya tidak mendapatkan kelulusan KKM tiada jaminan produk tersebut selamat untuk kanak-kanak dan mungkin ianya tidak berkesan langsung untuk melawan bakteria dan menghapuskan protein virus!

KKM dalam kenyataan di Facebook, memaklumkan bahawa semua produk cecair pembasmi kuman perlu dirujuk dengan kementerian dahulu, sebelum dipasarkan di Malaysia untuk memastikan ia berkualiti dan selamat digunakan.

“Penjualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi adalah merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

Syarikat Menjual Cecair Pembasmi Kuman Tanpa Kelulusan Boleh Di denda

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” menurut kenyataan itu.

Oleh itu, KKM menasihati orang ramai supaya menjadi pengguna bijak dan berhati-hati semasa membeli produk cecair pembasmi kuman sama ada dalam botol kecil ataupun besar di pasaran.

Jangan membuat pembelian panik untuk hand sanitizer kerana ianya bukanlah bahan yang diperlukan dalam jumlah yang banyak jika kita sentiasa berada di dalam rumah.

Sebarang semakan status produk boleh dibuat di laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di pautan www.npra.gov.my.

Baca Selanjutnya

Cecair Pembasmi Kuman Tiada Kelulusan KKM, Berhati-Hati Dengan Produk Dari Penunggang Agama! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here