Categories
Isu Semasa

Mandi Jenazah Bukan Macam Cuci Kereta

BEKAS guru agama kongsi pengalaman sepanjang berkecimpung dalam bidang pengurusan jenazah. Bermula dengan hanya melihat dan membantu orang kampung menguruskan jenazah, seorang bekas guru agama kini merupakan tukang urus jenazah terkenal daerah ini.

Selain dipanggil menyampaikan kursus pengurusan jenazah, bekas guru terbabit, Hod Abdul Rahman, juga merupakan pembantu hospital dalam menguruskan jenazah di Hospital Jerantut.

Hod berkata, dia mula melibatkan diri dalam pengurusan jenazah sekitar tahun 2000 selepas pencen sebagai guru agama di Bera dan kini menetap di Taman LKNP, di sini.

“Dengan pengalaman yang ada  saya diminta untuk menguruskan jenazah itu,” katanya.

 mandi jenazah, belajar mandikan jenazah, petua urus jenazah, cara-cara urus jenazah, tertib urus jenazah

Selepas itu katanya, Hod semakin dikenali sebagai orang yang mahir menguruskan jenazah sehinggalah pada tahun 2010, dia dipanggil untuk mengikuti kursus pengurusan jenazah oleh Pejabat Agama Islam Daerah.

“Balik dari kursus itu di Kuantan, saya makin sibuk sebab terima pelbagai permintaan termasuk untuk menyampaikan kursus berkaitan pengurusan jenazah,” katanya.

Hod menunjukkan sijil pelbagai kursus yang diambil untuk mendalami ilmu pengurusan jenazah dan perubatan Islam.

Menurutnya memandikan jenazah perlu dilakukan secara halus dan teliti.

“Kita tak boleh nak kasar-kasar…sebab jenazah ini walaupun hanya tinggal jasad, si mati masih merasai kesakitannya.

“Mandikan jenazah ni bukan macam basuh kereta. Harus berlembut ketika menjirus air ke badan jenazah,” katanya.

Namun katanya, apa yang penting individu yang mahu menguruskan jenazah perlu ada sifat berani dan keinginan yang tinggi untuk mencuba.

Kongsi Petua

Bercerita lebih lanjut, Hod berkata, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah saat memandikan jenazah mereka yang meninggal mati beragan iaitu mayat yang meninggal sendirian dan hanya ditemui selepas beberapa hari.

“Ada mayat yang ditemui dalam keadaan televisyen masih terpasang dan kematiannya hanya disedari selepas tiga hari. Kulit jenazah mudah tercabut jika digosok.

“Untuk jenazah yang begini, cara mandinya berbeza. Kita tak boleh gosok, tapi kena jirus saja. Kita bancuh satu baldi air sabun dan satu baldi air kapur barus…kita juga guna peluntur,” katanya.

Selain itu katanya, beliau juga pernah memandikan jenazah yang meninggal dunia akibat terbakar selain jenazah yang meninggal sendirian dan hanya ditemui selepas dua minggu di mana separuh badannya hanya tinggal tulang.

“Kalau hendak menguruskan jenazah akibat kemalangan juga ada cara yang berbeza di mana ada bacaan ayat tertentu untuk memberhentikan darah yang sentiasa mengalir,” katanya.

Hod turut berkongsi pelbagai petua dalam menguruskan jenazah antaranya ialah menghilang bau busuk jenazah yang sudah lama.

“Caranya ialah dengan mencalit belacan pada hidung sebelum masuk ke bilik jenazah untuk memandikan jenazah terbabit. Bau busuk jenazah tidak dapat dihidu kerana bau belacan itu,”katanya.mandi jenazah, belajar mandikan jenazah, petua urus jenazah, cara-cara urus jenazah, tertib urus jenazah

Elak Badi Mayat

Selain itu katanya, ayat al-Quran tertentu juga perlu dibaca agar tidak terkena badi mayat ketika memandikan jenazah.

“Jika terkena badi ini agak bahaya dan perlu diubat sekiranya terkena kerana tabiat si mati akan terkena pada orang yang menguruskannya,” katanya yang juga merupakan pengamal perubatan Islam.

Hod turut berkongsi pengalamannya memandikan jenazah yang meninggal dunia akibat Aids atau HIV.

“Menguruskan jenazah HIV dan Aids ini biasanya saya akan uruskannya dari mula sehinggalah ke tanah perkuburan dengan pemantauan pegawai hospital.

“Untuk memandikan jenazah  ini berbeza dari sudut persediaan barangannya di mana perlu ada plastik untuk menadah air mandi jenazah agar tidak mengalir keluar,” katanya.

Tambahnya lagi, memandikan jenazah HIV dan Aids lebih mudah diuruskan di hospital kerana mempunyai saluran khas untuk mengalirkan air terbabit.

“Pengurus jenazah juga perlu berpakaian lengkap disediakan pihak hospital dan tidak boleh ada luka pada badan. Sekiranya ada luka, perlu dibalut dengan kemas,” katanya.

Hod juga memberitahu, urusan memandikan jenazah kini jauh lebih mudah berbanding zaman dahulu dengan pelbagai kelengkapan yang disediakan.

Selain boleh menguruskan jenazah, Hod juga dikatakan boleh mengubati pesakit dengan cara perubatan Islam.

“Saya teringat kenangan mandikan jenazah arwah ayah saya di mana kami adik-beradik perlu ribakan arwah untuk memandikannya.

“Selain itu, orang zaman dulu jika ada kematian mereka akan guna batang pokok pisang sebagai tempat untuk memandikan jenazah,” katanya.

Dalam pada itu, Hod memberitahu masih ramai yang tidak tahu menguruskan jenazah justeru dia menasihatkan agar ilmu itu dipelajari bagi memudahkan urusan memandikan jenazah keluarga masing-masing.

Kredit :
– Sinar Harian

Categories
Isu Semasa

Ayah Baru Meninggal Tapi Anak-Anak Bertengkar, Berebut Harta

Salah satu dari pengalaman yang saya lalui sendiri ketika menguruskan jenazah. Hayatilah perkongsian ini, mudah-mudahan menjadi sempadan dan tauladan kita bersama.

Atas amanah dan tanggungjawab yang Allah ilhamkan buat diri ini, sekali laig saya dijemput oleh sebuah hospital di bandar yang terkemuka dan elit. Mohon keampunan dari Allah swt atas nawaitu saya perkongsian pengalaman ini sebagai jalan muhasabah dan peringatan untuk saya dan kita semua agar meletakkan setiap perlakuan sebagai ibadah dan nawaitu kerana Allah.

Seperti kelaziman, saya diundang melalui panggilan telefon daripada pihak forensik untuk memandikan dan mengkafankan seorang lagi jenazah. Sepanjang perjalanan saya, hati ini terusan berdoa agar saya tidak dipertemukan dengan sebarang kejadian pelik dan hanya memohon agar sepanjang pengurusan segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna dengan izinNya.berebut harta, faraid, kiraan faraid, kiraan hibah, waris, waris harta, cara buat wasiat

Sampai saja di hospital, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah dan rutin saya sebelum memandikan jenazah, saya akan membentangkan kain kafan terlebih dahulu agar mudah urusan yang seterusnya.

Setelah selesai menyediakan peralatan mandian, saya tergerak hati untuk menjemput waris arwah iaitu anak-anaknya untuk turut serta dalam meraih pahala terakhir untuk jenazah ayah mereka. Malangnya, ajakan saya langsung tidak diendahkan oleh ketiga-tiga anak lelakinya. Kelihatan juga isteri arwah dan dua anak perempuannya. Mungkin merasa malu dengan tindakan anak lelakinya yang langsung tidak mempedulikan ajakan saya.

Si ibu lantas bersuara agar saya meneruskan saja urusan mandian jenazah suaminya itu. Sekadar menurut arahan, saya meneruskan tanggungjawab saya bersama seorang pembantu forensik hospital.

Setelah selesai urusan memandikan dan mengkafankan jenazah, terdengar suara riuh rendah dari bilik menunggu, seakan pergaduhan yang hebat. Timbul rasa ingin tahu dan tidak selesa dengan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk meninjau perkara yang berlaku.

BACA JUGA: Makhluk Yang Lebih Jahat Daripada Firaun

Kelihatan isteri arwah sedang menangis dan ditenangkan oleh salah seorang anak perempuannya. Pertanyaan saya tidak dijawab, malahan semuanya membisu seolah-olah tidak mahu saya tahu perdebatan ahli keluarga itu. Akhirnya saya difahamkan bahawa pertengkaran anak-anak arwah itu berkaitan dengan harta peninggalan yang belum sempat diagihkan mengikut waris.

Saya difahamkan oleh salah seorang rakan arwah yang hadir bahawa anak-anaknya arwah semuanya menjawat jawatan yang tinggi dalam kerjaya. Antaranya doktor dan pengetua sekolah. Apa yang menimbulkan tanda tanya dan sedikit kekecewaan di hati saya, salah seorang anaknya menggesa ibunya agar menguruskan segera urusan pembahagian harta itu. Bimbang jenazah ayah mereka tidak aman di dalam kubur.

Nauzubillah. Perasaan sedih mula bertandang di hati ini mengenangkan arwah terbiar seorang diri tanpa dihiraukan anak-anaknya yang lebih mementingkan urusan harta dunia dari urusan ayah mereka.berebut harta, faraid, kiraan faraid, kiraan hibah, waris, waris harta, cara buat wasiat

Peringatan buat kita yang masih hidup, agar benar-benar menghadami ilmu berkaitan pengurusan harta dan hibbah. Kenapa Islam menganjurkan Hibbah.

Dan pentingnya sebagai anak mengetahui tanggungjawab tatacara pengurusan jenazah ini sekiranya waris-waris terdekat seperti ibu bapa kita mahupun keluarga yang telah pergi. Betapa besar pahala sekiranya segala keaiban jenazah hanya diketahui oleh waris sahaja dan kesempurnaan pengurusannya juga diuruskan oleh anak-anak sebagai tanda penghormatan yang terakhir dan kasih sayang kepada mereka.

Saya meninggalkan jenazah dengan doa agar rohnya ditempatkan bersama para solihin. Mohon Allah mengampunkan segala dosa saya sepanjang menguruskan arwah dan juga mudahan Allah memberi taufik dan hidayah untuk anak-anaknya.

Dalam Islam, terdapat suatu kaedah pembahagian harta pusaka yang dinamakan dengan faraid sebagaimana yang diputuskan di dalam al-quran. ia diperoleh daripada seseorang yang meninggal dunia dan meninggalkan waris yang layak menerima harta pusaka mengikut Hukum Syarak setelah diuruskan jenazah si mati, dibayar hutang piutangnya dan dilaksanakan wasiatnya (sekiranya ada).

BACA JUGA: Tujuh Amalan Membantu Untuk Menghadapi Kematian

Wasiat kadang kala dianggap tidak penting dalam kalangan kita khususnya orang Islam. Kematian individu yang mempunyai harta mendatangkan masalah kepada mereka yang hidup dan mereka yang hidup akan mendatangkan masalah kepada si mati apabila si mati tidak berwasiat tentang hartanya sebelum berhijrah ke alam baqa.

Mungkin ada yang beranggapan berwasiat atau membahagi-bahagikan harta menunjukkan kecintaan kepada dunia. Tidak kurang juga yang beranggapan wasiat boleh diselesaikan oleh mereka yang hidup kemudian.

Hakikatnya, wasiat sangat perlu dibuat apatah lagi penyelesaian wasiat selepas kematian amat memeritkan dan mengambil masa yang lama. Karenah birokrasi menambahkan lagi kekusutan hal ini. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk adalah khilaf saya sendiri. Mohon keampunan sekali lagi di atas perkongsian ini. Jazakallah khairan kathira.

Sumber: Ustaz Syed Sohleh

Categories
Isu Semasa

Meminta Hantaran Tinggi Adalah Budaya Jahiliyyah

Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh kepada adat resam, terutamanya dalam tuntutan perkahwinan. Sesuatu perkahwinan akan dianggap seperti tidak lengkap jika adat resam diketepikan.

Semua orang mahu kahwin tetapi ramai lelaki bujang terpaksa menangguh niat itu kerana beberapa sebab. Salah satu sebabnya berkait rapat dengan kos yang perlu ditanggung. Mengapa masyarakat Melayu amat mementingkan adat resam yang membebankan tanpa sedar telah mengikut budaya jahiliyyah.

Sebenarnya prinsip ajaran islam itu mudah dan sederhana. Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan tetapi ianya dibenarkan di dalam islam sebagai bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan dengan syarat selagi tidak melampau.

Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka “. (Surah An-Nisaa’ – Ayat 4) , Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” (Riwayat Bukhari ) .

masalah hantaran tinggi, hantaran tinggi, budaya jahiliyyah, masalah duit hantaran, ramai membujang

Dari hadith di atas nyatalah bahawa mas kahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanafaat .

Bahagian Mahar:

1. Mahar Misil. Iaitu Mahar yang dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah yang dinilai sama dengan mas kahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya dan seterusnya disamping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

2. Mahar Musamma. Iaitu mas kahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai mas kahwin saudara-saudara perempuan itu.

Wang hantaran yang tinggi inilah yang menjadi masalah kepada kaum lelaki sekarang untuk berkahwin. Apabila sudah ramai muslim yang berfikir dan bertindak sedemikian, mereka seperti “membudayakan” kebiasaan meminta mas kahwin yang berlebih-lebihan sebagaimana yang berlaku dalam zaman jahiliyyah.

BACA JUGA: Yakinilah Pasangan Kita Adalah Yang Terbaik

Akibatnya ramai kaum pemuda yang tidak mampu mendirikan rumah tangga, penyakit sosial bertambah luas dan akhirnya banyak sekali lelaki & wanita yang hidup merana disebabkan oleh” krisis perkahwinan”.

Islam tidak pernah menyusahkan umatnya untuk berkahwin. Tetapi, memang susah untuk kita laksanakan syariat Islam, ditambah pula persekitaran kita yang memaksa perkara sebegini berlaku

Categories
Isu Semasa

Adakah Anda Rasa Takut Bila Nak Bersedekah dan Berwakaf?

“Assalamualaikum, wakaf Quran Encik! Tuan!” tanya Ida kepada orang yang lalu lalang. Ramai yang hanya sekadar tersenyum lalu berlalu pergi.

“Assalamualaikum Puan, wakaf Quran?” tanya Ida lagi. Wanita itu hanya menggelengkan kepala.

“Saya tak tahu mengapa susah benar kita nak dapat orang yang nak wakaf, Ida,” kata Nur yang dah duduk, dek kepenatan menegur orang yang lalu lalang tanpa dapat banyak reaksi positif.

“Susah sikit la kak sekarang. Banyak sangat dah berita tersebar pasal syarikat yang hanya nak jual Quran guna alasan nak wakaf ni,” jawab Ida.

Nur mengangguk lemah, “sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.”waqaf alquran, derma alquran, berwakaf, bersedekah, sedekah alquran, penipuan waqaf alquran

“Saya tengok penerimaan orang untuk wakaf telekung ke, buku ke misalnya, baik saja sambutan, tetapi tak ada lah nampak kritikan teruk dilontar pada mereka,” soal Ida. “Orang kita lebih percaya mereka barangkali?”

“Orang kita dah skeptikal Ida, sekarang ini sikit-sikit dikatanya penunggang agama, walhal sebenarnya ramai saja pihak yang benar-benar ikhlas nak buka peluang memudahkan orang berwakaf,” kata Nur.

“Persepsi orang kita sendiri lah ni, susah nak diubah. Entah kenapalah bila berkaitan agama sendiri, kita jadi takut. Terlalu kerap sangat dimomok dengan perkara yang membuat kita risau nak beramal, macam sedekah pun orang kita dah takut benar nak buat,” Ida mengongsikan pandangannya.

“Takut kena tipu,” sambung Ida.

 

“Dalam fesbuk saya pun penuh orang kutuk makcik-makcik yang jual keropok, yang datang dari Pattani tu. Entah kenapalah itu pun nak dikutuk,” soal Nur. “Tak mau beli, tak payah lah beli, bukan susah pun. Kenapa pula perlu dihina dan dikata macam-macam pada makcik tu.”

“Penyakit hati, kak,” kata Ida. “Ramai sangat orang kita yang tunggu masa saja nak tengok orang lain buat salah. Apatah lagi bila melibatkan orang atau institusi yang ada kaitan besar dengan agama Islam.”

“Ramai yang lupa tu dik, yang kita semua buat silap? Sebaik-sebaik mufti ke, penjaga Kaabah ke, tok guru pondok ke, semua akan buat silap,” kata Nur.

“Salah orang kita jugak, sebab memang ramai yang guna agama sebagai topeng dia kaut untung dunia,” balas Ida.

“Salah kita juga lah, bila jadi macam tu, seorang buat, habis kita label semua yang tak berkenaan, terpalit sama,” kata Nur. “Nanti lama-lama yang merana orang kita jugalah, kan?”

Ida mengangguk. Nur bangun menegur sebuah keluarga yang berjalan di depan mereka.

BACA JUGA: Dua Kelompok Berbeza Orang-orang Fakir Miskin

“Wakaf Quran Encik,” tegur Nur.

Anak-anaknya nampak berminat nak mendekati gerai wakaf mereka tetapi ibu bapanya cepat-cepat menarik anaknya supaya beredar.

“Tu tipu tu. Diorang nak jual je,” si ibu cuba berbisik pada anak-anaknya, tetapi tetap dapat didengari mereka berdua. Ida dan Nur hanya memandang satu sama lain sambil tersenyum. Dah kerap benar berlaku.

“Orang kita jual arnab pun, dikatanya jual anjing kak,” tersenyum Ida. “Sampai viral kena kutuk, walhal dia pun Melayu, Islam.”

 

“Teruk sangat syak wasangka sesama kita ni,” kata Ida.

“Memang susah hendak beramal dalam dunia di mana fitnah sudah diambil sebagai kebenaran tanpa usul periksa ni,” kata Nur, menarik muka. “Orang kita tak dah peduli untuk menilai sesuatu perkara dengan minda.”

Ida senyum sahaja.

“Macam cikgu kita kata haritu, sindrom ‘lebih baik syak wasangka dan jangan cepat percaya’ nampaknya semakin kuat dipegang orang kita,” kata Ida.

Nur dan Ida kembali duduk. “Kita kena kembalikan rasa ikhlas dan percaya keadilan Tuhan Yang Maha Esa akan terlaksana juga di Akhirat sana. Orang kita terlalu takut kena tipu, sampaikan nak bagi seringgit pun tak berani.”

Sepasang lelaki dan perempuan lalu di depan mereka. Ida dan Nur kembali berdiri lalu cuba bertegur sapa.

“Wakaf Quran Encik?” Lelaki dan wanita itu hanya mampu tersenyum lalu berlalu pergi. Entah apalah yang bermain di dalam kepala mereka berdua agaknya.

Categories
Isu Semasa

Bukan Kamu Yang Salah Dengan Saya,Tapi Syaitan Yang Salah!!

SUASANA hiba menyelubungi mahkamah di Lexington, Kentucky, Amerika Syarikat apabila seorang bapa memberi keterangan memaafkan pembunuh anaknya.

Kenyataan Abdul Munim Sombat Jitmoud itu turut menyebabkan tertuduh, Trey Alexander Relford menitiskan air mata malah hakim turut bersedih sehingga menangguhkan prosiding untuk sementara waktu.

Ketika hukuman dijatuhkan, Abdul Munim turut memeluk Relford.

bapa maafkan pembunuh, bapa maafkan pembunuh anak, kesalahan membunuh, bunuh orang islam

Menurut CNN, Abdul Mulim berkata, dia tidak marah Relfourd berhubung pembunuhan anaknya, Salahuddin.

“Saya menyalahkan syaitan kerana menyesatkan anda dan mengelirukan anda untuk melakukan jenayah yang begitu besar. Tidak, saya tidak menyalahkan anda. Saya tidak marah kepada anda sama sekali.

“Saya memaafkan kamu atas nama Salahuddin dan ibunya, dengan perbuatan membunuh dia.

“I blame the devil, for misguiding you and misleading you to do such a horrible crime. No I don’t blame you. I’m not angry at you at all.

“I forgive you on behalf of Salahuddin and his mother. On the act of involving to kill him.”

“Peluang untuk dimaafkan Tuhan terbuka. Jadi, hubungiNya. Anda bakal mempunyai babak kehidupan yang baru,” katanya kepada Relford di mahkamah.

Dalam kejadian pada April 2015, Salahuddin membuat penghantaran pizza terakhir apabila dia ditikam sehingga mati dan dirompak di apartmen di Lexington, menurut stesen televisyen tempatan, WKYT.

Tiga ditahan bagi membantu siasatan kejadian itu tetapi hanya Relford didakwa.

BACA JUGA: Pemuda Yang Tidak Dikenali Dibumi Terkenal Di Langit

Pihak berkuasa mendakwa, Relford yang merancang rompakan itu tetapi suspek menafikan membunuh Salahuddin.

Relford dihukum penjara 31 tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat membunuh, pembabitan dalam rompakan dan cubaan mengganggu bahan bukti berhubung kes itu.

Categories
Isu Semasa

Kami nak surau, bukan bilik – Azwanddin

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 20 penduduk Kampung Kerinchi dan badan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini menolak tawaran pemaju hartanah, UOA Development yang memberikan sebuah bilik dalam sebuah bangunan untuk dijadikan surau.

Presiden JMM, Datuk Azwanddin Hamzah menegaskan, pemaju dari Singapura itu perlu menyediakan surau baharu di atas sebidang tanah bersebelahan bangunan mereka bagi menggantikan surau berusia lebih 50 tahun yang bakal dirobohkan.

“Ia menyedihkan, mereka membuat bangunan tinggi tapi hanya nak bagi sebuah bilik seluas 600 kaki persegi untuk umat Melayu Islam yang ada lebih 400 jemaah.surau kampung kerinchi, kampung kerinchi, penduduk kampung kerinchi, orang islam kampung kerinchi

“Kita menolak bilik tersebut, itu bukan surau pun, itu bilik, bila kita tanya adakah bilik wuduk dan tandas disediakan, mereka kata gunakan tandas sedia ada di lif.

“Saya fikir mereka perlu menghormati sensitiviti umat Islam Melayu yang ada di kawasan ini yang menuntut hak rumah ibadat mereka,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan Menara Korporat UOA, Bangsar, di sini, hari ini.

Terdahulu, NGO itu bersama 20 penduduk Kampung Kerinchi membuat bantahan secara aman di luar bangunan pemaju hartanah tersebut kira-kira jam 11.05 pagi tadi.

Kehadiran mereka dipantau dan dikawal rapi oleh polis bantuan serta sepasukan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang membuat sekatan di pintu masuk utama bangunan UOA Group.

Bagaimanapun berlaku kekecohan hampir 10 minit apabila pihak berkuasa tidak membenarkan kumpulan itu memasuki ibu pejabat pemaju berkenaan dan hanya mensyaratkan tiga wakil mereka menemui pihak pengurusan tertinggi pemaju itu.

Terdahulu, Azwanddin bersama dua yang lain menemui seorang pegawai tertinggi UOA Development yang hanya dikenali sebagai Allen untuk menyerahkan memorandum bantahan merobohkan Surau Balai Islam Kampung Kerinchi.

Azwanddin juga berkata, pihaknya telah mencadangkan kepada pihak pemaju terbabit agar membina surau gantian tersebut di atas sebidang tanah bersebelahan bangunan mereka.

“Kita sudah beri cadangan tadi ada sebuah tanah di tepi bangunan tersebut yang dipanggil tanah hijau. Sayang sekali mereka tolak (permohonan) kami begitu saja.

“Kita tetap berkeras dan bertegas dengan UOA bahawa saya akan hadir lagi dengan masyarakat untuk meminta juga mereka membangunkan surau.

“Selagi surau ini tidak disediakan, kita tidak akan robohkan malah kita akan terus pertahankan surau berusia lebih 50 tahun ini,” tegasnya.

Azwanddin juga berasa kesal dalam pertemuan singkat dengan pihak pemaju hampir 30 minit itu pagi tadi tidak membuahkan hasil malah UOA Development menuding jari ke arah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Ia agak mengecewakan sedikit Allen sentiasa menyalahkan DBKL. Kita boleh lihat dalam pembangunan Mid Valley mereka boleh sediakan kuil malah mencantikkan lagi kuil.

“Mereka hari ini tidak membuat sebarang keputusan pun malah terus menolak oleh Allen. Mereka memberi alasan hanya mengikut DBKL,” jelasnya.

Beliau berkata, tindakan pemaju yang mahu memberikan bilik seluas 600 kaki persegi itu dibuat pada saat akhir sebaik sahaja beliau dan NGO-NGO mahu menyerahkan memorandum, hari ini.

“Jangan hanya bagi bilik 600 kaki persegi, itu hanya melepaskan batuk di tangga. Bila kita tanya tempat wuduk dan bilik air, dia kata guna di lif. Ini kerja gila,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

Categories
Isu Semasa

“Asiah Abd Jalil Bukan Lagi Seorang Muslim Yang Normal”,- Ayah Asiah

PETALING JAYA: Asiah Abd Jalil bukan lagi seorang Muslim yang normal kerana meninggalkan solat fardhu, ujar Abd Jalil Abd Rahman. Bapa kandung kepada Asiah Abd Jalil itu juga meminta agar mereka yang mengikuti laman sosial anaknya sudi mendoakan agar puterinya itu kembali menunaikan solat fardhu secepat mungkin.
Sebelum ini Asiah Abd Jalil telah mengumumkan untuk tidak lagi melaksanakan solat fardhu dan mahu menuntut cerai daripada suaminya setelah kononnya suaminya menuduhnya murtad kerana berkawan dengan Siti Kasim.
Abdul Jalil Abd Rahman berkata, “Dalam keluarga Muslim yang setiap ahli keluarganya menjaga solat fardu 5 waktu sehari, jika salah seorang darinya cuma solat Maghrib dan Isya’ sahaja, maka ahli ini adalah dikira tidak normal.”
asiah bukan muslim normal lagi, asiah tinggalkan solat, asiah di tunjal kepala, rumahtangga Asiah, komen ayah Asiah
“Oleh itu bila Asiah meninggalkan kesemua solat fardu setiap hari maka itu adalah simptom bahawa beliau bukanlah lagi seorang Muslim yang normal,” menurutnya lagi. Mendapati terdapat ramai yang tergamak menghasut anaknya untuk meneruskan niatnya untuk bercerai, Abdul Jalil menasihati mereka agar tidak lagi meneruskan perbuatan sedemikian.
Beliau berkata, “Membina sebuah masjid bukan satu kerja mudah. Tetapi nak meruntuhkannya walaupun masjid berjaya kekal 1000 tahun amatlah mudah. Contohnya, lihatlah apa yang berlaku di Syria.” “Apa salahnya jika sama-sama berusaha menjaga agar masjid yang telah terbina dan telah mempunyai ahli jemaah yang agak ramai itu terus makmur.”
asiah bukan muslim normal lagi, asiah tinggalkan solat, asiah di tunjal kepala, rumahtangga Asiah, komen ayah Asiah
“Acik yang terlibat cara langsung membina masjid tersebut tentulah amat menghargai setiap sentuhan yang ikhlas untuk mengukuhkan lagi masjid itu.” “Kalau pun tak mampu memberi sentuhan positif semoga janganlah pula meniupkan udara negatif ke atas masjid tersebut,” katanya lagi. Menurutnya lagi, suami anaknya adalah seorang anak, suami dan ayah yang cemerlang, tidak sepertimana yang digambarkan oleh orang yang mempunyai “akal yang tak normal”.
“Acik memang menilai Hatta sebagai seorang anak, suami dan ayah yang cemerlang. Acik percaya sesiapa juga yang kenal Hatta akan bersetuju dengan penilaian Acik. Yang tak akan setuju ialah akal yang tak normal.” Beliau juga menasihati agar mereka yang mengikuti tulisan anaknya di laman sosial agar bersikap rasional dan tidak terus menerima bulat-bulat segala dakwaan yang Asiah hamburkan di laman Facebooknya. Beliau berkata,
“Membaca tulisan Asiah dalam wallnya ini, Acik tidak nafi ada kebenarannya. Namun bagi Acik tak semua yang beliau dakwa itu kebenaran belaka.” “Maka sukalah Acik menasihati semua peminat dan pengikut Asiah agar “yang manis jangan terus ditelan, yang pahit jangan terus dibuang”. Rationalise lah terlebih dahulu,” nasihat beliau.
Komen Ayah Asiah – Abd Jalil Abd Rahman
Assalamualaikum w.w.!
Acik adalah ayah kandung kpd Asiah. Ketika Asiah masih bayi hinggalah umurnya beberapa tahun, Asiah masih belum kenal Acik. Akan tetapi sebagai insan yang sudah dewasa ketika itu, Acik sudah mengenali beliau sejak dari baru lahir hinggalah sekarang ini.
Jadi tempoh Acik mengenali Asiah tentulah lebih lama dari tempoh beliau mengenali Acik. Oleh kerana itu, maka tak salahlah jika Acik mendakwa bhw Acik lebih mengenali Asiah dari beliau mengenali Acik.
Membaca tulisan Asiah dlm wallnya ini, Acik tidak nafi ada kebenarannya. Namun bagi Acik tak semua yang beliau dakwa itu kebenaran belaka. Maka sukalah Acik menasihati semua peminat dan pengikut Asiah agar “yang manis jangan terus ditelan, yang pahit jangan terus dibuang”. Rationalise lah terlebih dahulu.
Sebagaimana yg pernah Acik sebut sebelum ini, Asiah adalah individu yang masih perlu dinasihati. Beliau bukanlah lagi individu yang wajar ditauladani, sekurang-kurang utk seketika ini.
Mengikut penilaian Acik, Asiah sekarang sedang berada dalam suasana yang sangat tidak normal. Acik percaya bhw semua individu yang membaca tulisan Asiah akhir-akhir ini bersetuju dengan Acik, kecualilah mereka yang juga tidak normal.
Acik harap semua yang mengikuti tulisan Asiah akan sudi berdoa agar beliau kembali normal ASAP, insyaAllah. Atas sumbangan doa anda, Acik dan seluruh ahli keluarga, mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita semua.
Wallahualam.
Acik AJAR”
Categories
Isu Semasa

Sultan Johor titah haramkan Mufti Ismail Menk dan Ustaz Bollywood

JIKA sebelum ini kerajaan Singapura mengharamkan dua penceramah terkenal, Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharin (Ustaz Bollywood) daripada menyampaikan ceramah di negara itu.

Kali ini, negeri Johor pula dilaporkan mengambil langkah sama mengharamkan kedua-dua penceramah tersebut. Arahan itu dilapor merupakan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

johor haramkan ustaz bollywood, johor haramkan mufti ismail menk, johor haramkan ustaz haslin baharin

johor haramkan ustaz bollywood, johor haramkan mufti ismail menk, johor haramkan ustaz haslin baharin
“Kandungan ceramah yang pernah disampaikan oleh kedua-dua penceramah sebelum ini dilihat boleh membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum,” kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim.

“Jabatan Agama Johor akan terus memantau perkembangan ceramah agama di negeri ini, bagi memastikan tiada elemen atau pandangan yang menggalakkan perpecahan kaum disampaikan,” katanya seperti yang dipetik oleh BH hari ini.

Kementerian Dalam Negeri Singapura sebelum ini dalam satu kenyataan mengatakan Ismail Menk dalam ceramahnya tidak membenarkan orang Islam memberi ucapan selamat sempena sambutan perayaan individu berlainan agama.

Ustaz Bollywood pula dituduh membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam yang disifatkan sebagai menyeleweng.

Categories
Isu Semasa

5 Tip Membantu Anda Menunaikan Haji Pada Usia Muda

Ketika saya menulis coretan-coretan pengalaman saya menunaikan haji dalam posting-posting sebelum ini, beberapa orang rakan bertanyakan tips bagaimana saya boleh menunaikan haji lebih awal di usia muda.

Sejujurnya, saya sendiri tidak menyangka menerima panggilan-Nya seawal ini, dalam keadaan kurang bersedia. Saya menerima tawaran haji beberapa hari sebelum 1 Syawal yang lepas untuk diberi jawapan dalam masa 14 hari. Selepas menjawab surat tawaran, perlu siapkan dokumen dalam masa kurang 2 minggu.

Selepas dokumen dihantar, hanya kira-kira 10 hari lagi tarikh penerbangan. Jadi, persiapan sebelum berangkat ke Tanah Suci hanyalah kira-kira sebulan sahaja.

Jadi saya ingin berkongsi beberapa tip yang boleh dijadikan sedikit panduan kepada rakan-rakan berdasarkan pengalaman yang ada.

tunaikan haji, pergi haji, pergi haji usia muda, persiapan nak pergi haji, daftar haji, rayuan pergi haji

#1 – Daftar

Ini paling penting, jika hendak pergi menunaikan haji melalui Tabung Haji. Perlu daftar terlebih dahulu melalui Tabung Haji.

Ada yang menyangka dengan membuka akaun Tabung Haji, bermakna sudah mendaftar untuk menunaikan haji. Saya pun dahulu menyangka begitu.

Tapi sebenarnya bukan begitu. Membuka akaun Tabung Haji bermaksud kita mulakan simpanan di dalam akaun Tabung Haji. Bagi membuka akaun TH, hanya perlukan minimum simpanan RM2 sahaja.

Manakala untuk mendaftar giliran menunaikan haji pula, memerlukan minimum simpanan RM1,300 di dalam akaun Tabung Haji.

Selepas mempunyai simpanan minima RM1,300 barulah kita layak untuk mendaftar bagi memohon giliran menunaikan haji.
Jika sebulan kita simpan RM100, hanya memerlukan setahun sebulan sahaja untuk cukup RM1,300 supaya kita layak mendaftarkan diri untuk menunaikan haji.

Kita juga boleh gunakan wang KWSP untuk tujuan ini dan jika baru hendak daftar sekarang, giliran menunaikan haji sekitar 50 tahun akan datang.

BACA JUGA: Inilah Sebab Surah Ad Dhuha Dapat Mengubah Hidup Kita

Ya, 50 tahun akan datang. Jadi, usah bertangguh untuk mendaftarkan giliran haji.

Ketika saya menunaikan haji tempoh hari apabila saya berkongsi tentang perkara ini kepada jemaah negara lain, mereka mengerutkan dahi terkejut.

Mereka terkejut apabila mengetahui bahawa jemaah haji di Malaysia perlu “beratur” lama sebelum sampai giliran menunaikan haji.

Mungkin ini menunjukkan kesedaran mengenai kepentingan ibadah haji di kalangan umat Islam di Malaysia tinggi berbanding dengan kuota tahunan yang disediakan oleh Arab Saudi untuk Malaysia.

Lama? Ya memang lama. Itulah cabaran dan ujian pertama hendak menunaikan haji. Ia sekali gus menunjukkan kita mempunyai iltizam untuk menunaikan haji.

Jika kita ada anak yang masih kecil, daftar segera. Supaya mereka tidak menerima nasib seperti kita menunggu lama untuk menerima panggilan Baitullah.

#2 – Simpanan

Kos sebenar untuk menunaikan haji ialah RM19,550. Kita di Malaysia bertuah kerana lebih separuh ditanggung oleh Tabung Haji.

Daripada RM19,550, kita hanya perlu membayar RM9,980 apabila hendak menunaikan haji kelak. Selebihnya ditanggung oleh TH.

Ya, hanya RM9,980 kos untuk menunaikan haji menggunakan Tabung Haji melalui mu’assasah Arab Saudi.

Amaun ini sungguh rendah jika kita bandingkan dengan negara-negara serantau lain seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei yang amaunnya RM20,000 ke atas.

Apabila saya berjumpa dengan jemaah haji negara lain, ini antara perkara yang kami bualkan dengan mereka dan apabila saya maklumkan amaun ini, rata-rata terkejut.

2 kali mereka terkejut; kejutan pertama ialah apabila mengetahui jemaah haji Malaysia perlu menunggu puluhan tahun sebelum mendapat giliran haji. Kejutan kedua apabila mengetahui jemaah haji Malaysia hanya perlu membayar jumlah tidak sampai USD2,500 utk menunaikan haji.

BACA JUGA: 5 Perkara Yang Akan Menganggu Kita Selepas Mati

Bertuah sungguh rakyat Malaysia!

Baik, kembali ke topik simpanan. Langkah seterusnya selepas kita mendaftar haji adalah dengan memastikan kita mempunyai sekurang-kurangnya RM9,980 di dalam akaun Tabung Haji untuk tujuan menunaikan haji. Tidak sampai pun RM10,000.

Jika sebulan kita simpan RM100, kira-kira 7 tahun selepas kita daftar haji, duit kita akan cukup RM9,980 dengan anggaran keuntungan purata TH 6%.

#3 – Rayuan

Langkah seterusnya, ialah membuat rayuan untuk menunaikan haji. Secara normal, tempoh menunggu untuk mendapat giliran menunaikan haji boleh mencecah sehingga 50 tahun. Tempoh ini adalah untuk jemaah yang ingin menunaikan haji menggunakan perkhidmatan Tabung Haji melalui mu’assassah Arab Saudi.

Jadi, tidak dapt tidak, kita perlu berusaha untuk merayu supaya giliran itu dipercepatkan. Sebab dalam tempoh 10 ke-50 tahun, macam-macam perkara boleh berlaku. Untuk mempercepatkan giliran, kita perlu buat surat rayuan ke Tabung Haji.

Selalunya 3 – 4 bulan sebelum musim haji bermula, pihak Tabung Haji mula memproses surat-surat rayuan dan menghantar surat balas. Jadi, kita perlu menghantar surat rayuan lebih awal. Sebaiknya selepas tamat musim haji, boleh siapkan surat rayuan untuk dihantar.

Pengalaman peribadi, saya mula buat rayuan kira-kira 5 – 6 tahun lepas apabila wang di dalam akaun sudah cukup untuk membayar kos menunaikan haji kira-kira RM10,000.

Dan setiap tahun juga apabila menerima surat balasan rayuan ditolak oleh Tabung Haji, kami akan hantarkan surat baru ke Tabung Haji untuk merayu menunaikan haji.

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun merayu akhirnya rayuan kami diterima. Setiap tahun pasti ada kuota yang kosong atas pelbagai sebab seperti;

1- Bakal Jemaah Haji Meninggal Dunia
2- Bakal Jemaah Haji Mengandung
3- Bakal Jemaah Haji Mempunyai Masalah Kesihatan
4- Bakal Jemaah Haji Menolak Atau Pelbagai Sebab
5- Kuota Ditambah

Bagi tahun 1438 yang lalu, kuota Arab Saudi untuk jemaah Malaysia dikembalikan kepada 27,900 pada Januari 2017, dan kemudian pada Mac 2017, kuota itu bertambah kepada 30,200.

Dan yang terkini dimaklumkan, jumlah jemaah haji Malaysia tahun 2017 berjumlah lebih 40,000!!!

Jadi ini mungkin menjadi asbab saya dan isteri diterima untuk memenuhi panggilan-Nya tahun ini. Sebaiknya rayuan dilakukan apabila kita sudah cukup wang simpanan untuk membiayai kos haji tadi supaya ada kredit untuk Tabung Haji menerima rayuan kita.

#4 – Datang Kursus Haji

Ini tips yang saya terima daripada seorang rakan yang juga jemaah haji. Apabila kita menghadiri kursus haji yang dianjurkan oleh Tabung Haji melalui masjid-masjid dalam kariah kita, nama kita akan dimasukkan dalam senarai kehadiran.

Jadi, ia memberi kredit kepada kita apabila pihak Tabung Haji membuat penilaian terhadap rayuan haji kita. Perkara ini tidak pernah saya sahkan dengan Tabung Haji. Ia berdasarkan pengalaman peribadi seorang jemaah yang saya temui.

Jika ada mana-mana pegawai Tabung Haji berkenaan yang membaca tulisan ini, mohon berikan maklum balas.

#5 – Doa

Ini merupakan harapan utama dan terakhir jika kita benar-benar berhasrat untuk menunaikan haji. Pergantungan kepada Allah adalah segala-galanya.

Sebaik sahaja kita sudah cukup wang di dalam akaun Tabung Haji, berdoalah supaya Allah memanggil kita menemui-Nya.

Setiap kali bulan Ramadhan pula, ambil kesempatan untuk berdoa supaya giliran kita dipercepatkan ke musim haji tahun berkenaan yang tiba sebulan selepas Ramadhan.

Doa ini bukan bermaksud doa sebelum musim haji sahaja. Terus-terusanlah berdoa sehingga hari-hari akhir penerbangan jemaah haji Malaysia ke Arab Saudi.

Ada jemaah haji yang menerima panggilan Tabung Haji kira-kira seminggu sebelum penerbangan! Ya, seminggu sahaja untuk memberi jawapan dan membuat persiapan.

Jadi, jangan berhenti berdoa. Allah pun sudah berjanji akan memakbulkan doa hamba-Nya, dengan pelbagai cara.

Pengalaman peribadi, kebetulan saya menunaikan umrah buat kali pertama pada Januari 2017, saya berdoa setiap hari agar Allah memanggil saya lagi untuk kembali datang ke rumah-Nya pada setiap lokasi mustajab di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.

Sungguh tidak disangka-sangka, Allah penuhi permintaan saya dengan cara ini; panggilan untuk menunaikan haji.

Manakala, isteri saya pula berdoa setiap malam pada bulan Ramadhan sebelum musim haji. Ketika itu beliau sedang berpantang dan selalu berjaga malam menyusukan bayi. Jadi, ada kebarangkalian salah satu doanya jatuh pada malam yang lebih baik dari seribu bulan; Lailatul Qadar.

Ada banyak kisah jemaah haji yang menerima jemputan-Nya dengan pelbagai cara. Ada jemaah haji muda dapat menunaikan haji sebagai mahram ibunya kerana ayahnya yang sepatutnya pergi bersama baru meninggal dunia.

Ada juga suami yang lambat mendaftar haji tetapi disebabkan isterinya mendaftar lebih awal dan dapat giliran, si suami dapat pergi sebagai mahram.

Dalam masa sama, ada juga yang punya wang ratus-ratus ribu tapi masih belum menerima panggilan-Nya.

Ada juga seorang sahabat saya katanya sudah ikut semua tip yang saya kongsikan di atas, malah beberapa tahun sertai kursus haji. Tapi masih belum ada rezeki dijemput oleh-Nya.

Malah ada juga yang sudah terima surat tawaran, sudah buat persediaan, kenduri doa selamat, datang ke Tabung Haji Kelana Jaya tetapi tidak dapat pergi kerana visa gagal dikeluarkan.

Point penting di sini;
Jangan Berhenti Berdoa!

Moga kita memperoleh haji yang mabrur.
Sekian, terima kasih.

Sumber : tazkirah.net

Categories
Isu Semasa

Dua Kelompok Berbeza Orang-orang Fakir Miskin

Ada dua kelompok berbeza dalam kalangan orang-orang fakir dan miskin. Ada kelompok yang meminta-minta dan ada kelompok yang enggan meminta-minta.

Dalam hal ini, cuba kita renungi firman Allah SWT di dalam surah al-Ma’arij, ayat 24 dan 25: Dan orang-orang yang di dalam hartanya ada hak yang tertentu (bagi orang-orang fakir dan miskin), yang meminta-minta dan juga yang enggan meminta-minta.

Sebenarnya, sifat suka menzahirkan atau menyembunyikan kemiskinan ini mempunyai perkaitan yang amat rapat dengan tahap keimanan di dalam diri seseorang.

Orang yang teguh imannya, maka mereka mempunyai suatu senjata rahsia, iaitu ‘kaya jiwa’ atau ‘kekayaan hati’, yang menjadikan mereka cukup tinggi maruah dirinya.

fakir miskin, 2 kelompok fakir miskin, 2 jenis fakir miskin, fakir miskin meminta-minta, fakir miskin berusaha

Natijahnya, mereka amat malu menyatakan kemiskinan, bahkan seboleh-bolehnya mereka akan cuba menyembunyikan kemiskinannya daripada pengetahuan orang lain, walhal orang lain memang tahu bahawa mereka memang miskin.

Jujurnya, sikap ini mampu menerbitkan rasa hormat masyarakat kepada mereka dan sekali gus mengangkat martabat mereka pada kaca mata manusia.

Allah SWT menukilkan di dalam al-Quran dengan firman-Nya: (Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana (mereka) memelihara diri daripada meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 273)

Bahkan Nabi Muhammad SAW turut menegaskan seperti mana yang dilaporkan oleh Abu Hurairah RA: “Yang dinamakan orang miskin (itu) bukanlah orang yang berkeliling-kelalang meminta-minta kepada orang ramai, lalu peminta-minta itu diberi orang (dengan) sesuap dua suap (makanan), atau sebutir dua butir kurma. Lalu bertanya para sahabat: “Kalau begitu, siapakah yang dinamakan miskin itu ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Orang miskin itu sesungguhnya ialah orang yang tidak memiliki apa-apa untuk menutupi keperluannya, namun keadaannya itu tidak diketahui orang supaya orang bersedekah kepadanya dan tidak pula dia meminta-minta ke sana-sini”. (Muslim)

BACA JUGA: Inilah Kelebihan Suka Menjamu Orang Makan

Apa yang patut disedari oleh orang-orang miskin, bahawa kemiskinan yang menimpa mereka adalah suatu ujian. Seandainya mereka bersabar, maka mereka beroleh pahala yang besar.

Bahkan orang-orang miskin amat sedikit hisabnya di sisi Allah di mahkamah akhirat. Lalu, ia memudahkan mereka memasuki syurga Allah lebih awal berbanding orang-orang kaya yang panjang hisabnya.

Ibnu Abbas telah melaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah menukilkan suatu hadis: (Kala baginda dibawa melihat neraka dan syurga pada peristiwa Israk wal Mi’raj): Aku melihat ke syurga, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya ialah orang-orang miskin. Dan aku melihat pula ke neraka, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya ialah wanita. (Muslim)

Oleh itu, orang-orang miskin hendaklah menyemai benih kekayaan hati, yakni menyuburkan jiwa dengan zikrullah dan ilmu, mengukuhkan tauhid dalam dada dengan jitu, tidak berprasangka dengan Allah atas kemiskinan mereka itu, bahkan cuba berusaha merubah kehidupannya selagi mampu.

Andai mereka berusaha, maka tidak mustahil Allah SWT akan mengurniakan kekayaan kepada mereka, sama ada kekayaan zahir atau fizikal, juga kekayaan hati yang lebih praktikal dan kekal.

Hakikatnya, orang yang kaya hati itulah sebenar-benarnya kaya, kerana mereka memandang kekayaan dunia tidak lebih hanya sementara cuma.

BACA JUGA: Apakah Hukum Orang Yang Enggan Membayar Zakat?

Apa yang utama bagi mereka adalah kaya hati dengan iman dan takwa. Bahkan orang yang kaya hatilah yang akan melestarikan harta kekayaannya atas nama sedekah, infak dan zakat.

Tepatlah sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: “Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa”. (Bukhari dan Muslim).

Wallahu a’lam.