Home All Tazkirah Kenapa Ulama Besar Berpesan Carilah Sahabat Sebenar Bukan Sekadar Kawan?

Kenapa Ulama Besar Berpesan Carilah Sahabat Sebenar Bukan Sekadar Kawan?

650
0
Kenapa Ulama Besar Berpesan Carilah Sahabat Sebenar Bukan Sekadar Kawan?

Ada beza maksud antara seorang kawan dan sahabat. Ada juga menkategorikan sebagai rakan, kenalan dan lain lagi.Nampak macam sama maksudnya tapi berbeza maksud.

Bagi yang masih kurang jelas, ini definisi maksud bagi istilah kawan dan sahabat.

Seorang kawan membawa maksud kita boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan dan lain lagi. Walau ramai kawan tetapi adakalanya kerana satu perselisihan faham, kita boleh putus kawan.

Berbeza dengan istilah sahabat. Sahabat adalah orang yang memiliki tanggungjawab terhadap diri kita tapi tiada hubungan darah pun.

Biasanya mereka ini lebih setiakawan, banyak membantu di saat kita susah, mampu meredakan kesusahan kita alami, menghilangkan kebimbangan dan mampu menyimpan banyak rahsia hidup kita termasuk aib kita. Malah mereka akan sentiasa melindungi kita.

sahabat

BACA JUGA : Ciri-Ciri Yang Diperlukan Dalam Memilih Sahabat Menurut Islam

Jika dilihat pada hadis-hadis nabi, perkataan sahaabat-sahabat sering ditulis dan ini menunjukkan ikatan SAHABAT itu lebih jauh besar nilainya berbanding nilai seorang kawan.

Malah seorang ulama besar Ibnu Jauzi pernah berkata kepada sahabatnya sambil menangis

” Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku. Wahai Tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga.”

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :

“Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami…”
Maka Allah berfirman, ” Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah”.
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd).

Bacalah perkongsian ilmu (nama penulis asal tidak ditemui namun catatannya sangat baik) untuk kita sama-sama mencari seorang sahabat yang baik dan mampu bertanya di hadapan Allah jika tidak nampak kita di syurga kelak. Memang sangat berkesan di hati.

Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu bercakap dengan nada yang perlahan “kau kemari”, seperti mahu membisikkan sesuatu.

Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata,” jika kau tidak nampak aku di syurga, tolong tanya Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu…”

Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik,” In Shaa Allah, In Shaa Allah, aku juga mohon kau buat begitu jika kau juga tidak nampak aku di syurga…”

Kami menangis bersama, entah berapa lama…Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya.

Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yang berkata kepada sahabatnya sambil menangis :

” Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku. Wahai Tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga.”

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :

“Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami…”
Maka Allah berfirman, ” Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah”.
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka wahai sahabat- sahabatku,

Di dalam bersahabat, pilihlah mereka yang boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi sampai ke akhirat.

Carilah sahabat- sahabat yang senantiasa berbuat ibadat, bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk menegakkan agama Allah ini.
Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dengan kebenaran.

Teman yang dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman facebook untuk bercerita hal politik, teman whatsapp untuk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing-masing hanya akan membawa diri sendiri.

Tetapi teman yang bertakwa, akan mencari kita untuk bersama dia hingga ke syurga.
Semaklah diri, apakah ada teman yg sebegini dalam kehidupan kita, atau yang ada mungkin lebih teruk dari kita.

Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dengan teman yang hanya condong pada garis dunia, carilah teman yang boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita sahaja untuk ke syurga Allah kerana kita tidak tahu penghalang kita untuk terus ke syurga Allah.

Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga.
Al-Hasan Al-Bashri berkata :

“Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.

Pejamkan mata, berfikirlah, siapa agaknya antara sahabat-sahabat kita yang akan mencari dan mengajak kita bersama-samanya ke syurga.

Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.
*Sahabat, tolong tanyakan Allah jika aku tiada bersamamu di syurga*

BACA JUGA : Wanita Ini Jelaskan Betapa Pentingnya Seorang Wanita Untuk Kekal Rapat Dengan Kawan Perempuannya Walaupun Setelah Bernikah

Kenapa Ulama Besar Berpesan Carilah Sahabat Sebenar Bukan Sekadar Kawan? 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here