Home All Isu Semasa Bapa Tanggung Rindu Cari Anak Hilang Hingga ke Thailand, Cetak Wajah Pada...

Bapa Tanggung Rindu Cari Anak Hilang Hingga ke Thailand, Cetak Wajah Pada Baju.

5379
1
anak hilang

Bapa Tanggung Rindu Cari Anak Hilang Hingga ke Thailand, Cetak Wajah Pada Baju. | Tahun 2019 bakal melabuhkan tirai lebih kurang seminggu lagi. Namun begitu, kanak-kanak berusia lapan tahun yang pernah tular tentang kehilangannya masih belum ditemui.

Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8, telah dilaporkan hilang pada 15 April 2019 dan sehingga sekarang dia masih belum dijumpai. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan Zahiruddin, namun tetap belum menbuahkan hasil.

Cetak Baju Wajah Anak Hilang

Sehingga detik ini, bapanya Mohd Fauzi masih tetap gigih mencari anak tersayang walaupun usaha tersebut dilakukan secara bersendirian.

Baru-baru ini tular di media sosial Mohd Fauzi memakai baju bercetak wajah anaknya dan memuat naik kapsyen mengatakan masih berharap agar dipertemukan dengan kanak-kanak tersebut telah mengundang sebak warganet.

anak hilang

anak hilang

Tak tertanggung rasa rindu…

Menerusi perkongsian tersebut, Mohd Fauzi memberitahu amat merindui anak tersayang kerana sudah hampir melebihi 200 hari Zahiruddin hilang dan gagal dikesan.

“Sudah tidak tertanggung kerinduan di dalam hati pada Zahir…
Ya Allah , kau lah maha mengetahui segalanya, aku berserah kepada mu ya allah..”

anak hilang

Cari hingga ke Thailand

Pada muat naik terbarunya juga, Fauzi turut berkelana sehingga ke Thailand bagi menampal poster Zahiruddin agar proses pencarian lebih meluas. Ini kerana sedia maklum banyak kes anak hilang biasanya mereka dilarikan ke sempadan Thailand.

Bergenang air mata baca

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata pengguna Facebook telah menzahirkan rasa sayu diatas rintihan yang dilakukan oleh Fauzi yang amat merindui anaknya.

Mereka juga  sama-sama mendoakan agar Zahiruddin ditemui segera dan proses pencarian yang dilakukan dipermudahkan serta membuahkan hasil.

Semoga keluarga adik Zahiruddin Putra bin Mohd Fauzi terus kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan yang hebat ini.

anak hilang

Sama2 kita semua berdoa untuk urusan ini

anak hilang

Kembalikanlah Zahir pada keluarganya

anak hilang

Sumber : Mohd Fauzi

Bapa Tanggung Rindu Cari Anak Hilang Hingga ke Thailand, Cetak Wajah Pada Baju. 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here