Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 2 Rakaat Di Rumah Susulan PKPB | Selepas hampir sebulan berpuasa, beberapa hari lagi umat Islam akan merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan.
Namun, perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini pastinya akan berbeza susulan daripada pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Kesedihan pastinya dirasai oleh kita apabila tiada lagi aktiviti pulang ke kampung halaman seperti di tahun-tahun sebelum ini susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan.
BACA: Tiada Solat Tarawih Di Masjid Tahun Ini, Ini Panduan Buat Tarawih Di Rumah
Bukan itu sahaja, selain ada segelintir daripada kita yang tidak bernasib baik untuk beraya bersama keluarga, raya kali ini mungkin kurang sedikit meriahnya apabila solat sunat yang sering dilakukan pada pagi raya di masjid dan surau, hanya boleh dilakukan di rumah untuk tahun ini.
Sememangnya, umat Islam di negara ini hanya digalakkan untuk menunaikan solat sunat itu di rumah bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
Sebelum itu, ingin dimaklumkan bahawa hukum menunaikan solat sunat hari raya adalah sunat muakkad yang mana ia adalah sangat digalakkan.
Umat Islam hanya akan melaksanakan solat sunat untuk hari raya sebanyak 2 kali sahaja dalam setahun iaitu pada hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha.
Tidak perlu risau jika solat sunat hari raya kali ini tidak boleh dilakukan di masjid atau di surau kerana solat ini juga boleh dilakukan di rumah secara berjemaah mahupun bersendirian.
Jadi, ikuti panduan serta cara untuk menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri di rumah ini:
Niat
Lafaz niat jika dilakukan secara bersendirian:
Lafaz niat jika dilaksanakan secara berjemaah (imam / makmum):
Rakaat Pertama
1. Dimulai dengan takbirratul ihram.
2. Membaca doa iftitah:
3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali diselang-seli dengan bacaan tasbih. (Takbir tujuh kali dan tasbih enam kali).
Lafaz tasbih adalah seperti ini:
4. Membaca surah Al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah dalam al-Quran (digalakkan juga membaca surah al-A’laa).
Surah al-A’laa
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat kedua
1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
2. Mengangkat tangan dan lafaz takbir lima kali di selang-selikan dengan bacaan tasbih (takbir lima kali dan tasbih empat kali).
3. Membaca surah Al-Fatihah.
4. Membaca mana-mana surah al-Quran (boleh juga baca surah al-Kafirun)
Surah al-Kafirun
5. Teruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
6. Memberi salam.
7. Membaca doa.
Khutbah Aidilfitri selepas solat sunat hari raya
Setelah selesai menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri, kita (umat Islam) digalakkan untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib sekiranya solat tersebut dilakukan secara berjemaah.
Rukun khutbah Aidilfitri adalah sebagaimana rukun khutbah solat Jumaat. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Selamat menunaikan ibadah solat sunat hari raya!
BACA: Inilah 9 Cara Simpan Biskut Raya Agar Tidak Lemau & Tahan Lama

[…] BACA: Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 2 Rakaat Di Rumah Susulan PKPB […]
[…] SUMBER: KATA USTAZ.COM […]
[…] BACA: Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 2 Rakaat Di Rumah Susulan PKPB […]