Home All Isu Semasa Cara Kreatif Guna Pelitup Muka Tanpa Extension Yang Dikongsikan Individu Ini Buat...

Cara Kreatif Guna Pelitup Muka Tanpa Extension Yang Dikongsikan Individu Ini Buat Netizen Terhibur!

2226
0
Cara Kreatif Guna Pelitup Muka Tanpa Extension Yang Dikongsikan Individu Ini Buat Netizen Terhibur!

Cara Kreatif Guna Pelitup Muka Tanpa Extension Yang Dikongsikan Individu Ini Buat Netizen Terhibur! | Mungkin ramai yang tidak sabar menanti hari di mana kehidupan kembali normal, namun hakikatnya lambat lagi untuk kita merasakan situasi itu.

Walaupun PKPP masih berjalan dan SOP tetap diwajibkan, rata-rata rakyat Malaysia tiada masalah untuk menuruti syarat mengimbas suhu dan memakai mask apabila keluar rumah, asalkan kita dapat keluar dan tidak berada dalm kuarantin lagi.

Namun tidak dapat dinafikan memakai mask sepanjang hari membuat kita rimas, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bertudung dan perlu membetulkan tali mask di dalam tudung yang telah terletak rapi di atas kepala.

Pelitup Muka

Atas masalah itu telah wujud alat mask extension atau tali penyambung yang membenarkan wanita bertudung memakai pelitup muka dengan selesa tanpa perlu menggantungkan tali di telinga dalam tudung.

Selain itu extension juga dapat mengurangkan sakit telinga akibat ditarik tali mask, jadi tidak hairanlah ramai yang memilih untuk menggunakan mask extension untuk memakai pelitup muka.

Namun seorang individu ini mempunyai cara lain untuk menyelesaikan masalah itu tanpa perlu memakai tali penyambung.

Dalam video yang dikongsikan, pengguna Twitter atas nama @bienaaaa itu berkongsikan video anak buahnya memakai mask yang talinya disangkut pada rambut dengan comel.

Rambut kanak-kanak itu diikat ditepi dalam ikatan pigtail dan cara itu nampaknya berguna bagi kanak-kanak yang memakai mask bersaiz dewasa.

Selain terhibur dengan penampilan kanak-kanak itu, ada juga menunjukkan anak mereka menggunakan mask dalam gaya comel yang sama.

BACA JUGA : Adik-Beradik Ini Sanggup Kutip Pelitup Muka Dibuang Merata-Rata, Tak Harapkan Sebarang Balasan Pun!

Cara Kreatif Guna Pelitup Muka Tanpa Extension Yang Dikongsikan Individu Ini Buat Netizen Terhibur! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here