Home All Isu Semasa Pasang ‘Car Seat’ Istimewa Untuk Mudahkan OKU, Bengkel Di Johor Ini Tarik...

Pasang ‘Car Seat’ Istimewa Untuk Mudahkan OKU, Bengkel Di Johor Ini Tarik Perhatian Netizen

593
0
Pasang ‘Car Seat’ Istimewa Untuk Mudahkan OKU, Bengkel Di Johor Ini Tarik Perhatian Netizen

Pasang ‘Car Seat’ Istimewa Untuk Mudahkan OKU, Bengkel Di Johor Ini Tarik Perhatian Netizen | Menaiki kereta atau apa-apa jenis kenderaan boleh menjadi sedikit sulit buat mereka yang mempunyai kelainan upaya (OKU) atau mempunyai apa-apa masalah kesihatan yang menghalang pergerakan fizikal.

Namun, jika dengan teknologi yang betul dan canggih masalah tersebut sudah pastinya dapat diatasi dengan mudah seperti yang dikongsikan oleh portal Says ini.

Perkongsian tersebut melaporkan seorang mekanik di Johor difahamkan menawarkan khidmat pemasangan ‘car seat’ istimewa untuk memudahkan golongan kelainan upaya ini menggunakan kenderaan.

Car seat tersebut yang boleh bergerak keluar secara automatik mula menarik perhatian netizen selepas ia pertama kali dikongsikan bengkel Syah Autoparts Kempas Utama di Facebook baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, mereka memberitahu kerusi kereta istimewa itu dipasang di kereta model MyVi salah seorang pelanggan mereka yang ingin memudahkan pergerakan ayahnya yang menaiki kereta untuk ke hospital.

car seat

Car Seat Datang daripada Jepun

Bercerita lebih lanjut kepada portal Says, mekanik tersebut yang dikenali sebagai Maman berkata mereka menggunakan kerusi yang dibeli secara half cut daripada Jepun dan sedikit sukar untuk didapati di negara ini.

Di samping itu, beliau turut menjelaskan sistem kerusi yang dipasang mereka itu sudah didatangkan tersedia di dalam kotak dan pihak bengkel mereka difahamkan hanya melakukan kerja pendawaian serta pemasangan untuk kerusi tersebut.

Dan buat anda yang tertanya-tanya berapakah harga kerusi beserta pemasangan yang dilakukan terhadap MyVi ini, laporan tersebut menyatakan ianya hanya menelan belanja RM1,400 sahaja untuk kesemua proses yang telah dilakukan.

Sudah pastinya dengan fungsi yang sangat berguna buat memerlukan teknologi ini, ia bukanlah satu tanda harga yang mahal malah boleh dikira sebagai berpatutan.

Anda boleh melihat perkongsian penuh daripada bengkel Syah Autoparts Kempas Utama yang sehingga kini sudah mencatatkan hampir 10,000 perkongsian di sini.

BACA JUGA: Musim Hujan Tak Menentu Kadang Sampai Banjir! Elak Panik Kalau Kereta Naik Air & Ikut 6 Langkah Ini

Pasang ‘Car Seat’ Istimewa Untuk Mudahkan OKU, Bengkel Di Johor Ini Tarik Perhatian Netizen 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here