Home All Isu Semasa ‘Disaat Hatinya Juga Hancur’ – Bunga Citra Tenangkan Anak Di Majlis Pengebumian...

‘Disaat Hatinya Juga Hancur’ – Bunga Citra Tenangkan Anak Di Majlis Pengebumian Suami

13709
1
bunga citra

‘Disaat Hatinya Juga Hancur’ – Bunga Citra Tenangkan Anak Di Majlis Pengebumian Suami | Jenazah Allahyarham Ashraf Sinclair telah selamat dikebumikan di San Diego Hill, Jakarta selepas solat Asar waktu tempatan. Suasana pilu sekitar majlis pengebumian makin terasa apabila melihat anak tunggalnya, Noah menangis sebak di samping ibu, Bunga Citra Lestari.

Rakaman yang disiarkan media Indonesia itu menunjukkan Bunga Citra kelihatan tenang memujuk Noah yang sedang bersedih. Tambah memilukan apabila air mata Bunga sendiri tidak berhenti mengalir.

Semoga kuat Bunga Citra dan Noah

Menerusi video yang dimuatnaik pengguna Instagram, Volasinthia, Noah yang baru berumur 10 tahun menangis teresak-esak semasa majlis pengebumian bapa. Majlis pemakaman yang disiarkan iNews Live itu juga memperlihatkan Bunga Citra berwajah sugul sambil mengesat air mata yang jatuh ke pipi.

Di media sosial, ramai yang turut berduka melihat anak kecil itu terpaksa menerima hakikat kehilangan bapa sekelip mata. Malah, mereka juga tidak dapat membayangkan kehidupan yang bakal dijalani Noah tanpa seorang bapa.

Hancur hati ini

bunga citra

‘Disaat Hatinya Juga Hancur’ – Bunga Citra Tenangkan Anak Di Majlis Pengebumian Suami 1

‘Disaat Hatinya Juga Hancur’ – Bunga Citra Tenangkan Anak Di Majlis Pengebumian Suami 2

‘Disaat Hatinya Juga Hancur’ – Bunga Citra Tenangkan Anak Di Majlis Pengebumian Suami 3

‘Disaat Hatinya Juga Hancur’ – Bunga Citra Tenangkan Anak Di Majlis Pengebumian Suami 4

Sumber : Volasinthia , auliadg_

‘Disaat Hatinya Juga Hancur’ – Bunga Citra Tenangkan Anak Di Majlis Pengebumian Suami 5

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here