Home Pengetahuan Eksperimen ‘Black Light’ Buktikan Bagaimana Wabak Merebak Dengan Mudah Di Kedai Makan

Eksperimen ‘Black Light’ Buktikan Bagaimana Wabak Merebak Dengan Mudah Di Kedai Makan

1488
0
Eksperimen ‘Black Light’ Buktikan Bagaimana Virus Merebak Dengan Mudah Di Kedai Makan

Eksperimen ‘Black Light’ Buktikan Bagaimana Wabak Merebak Dengan Mudah Di Kedai Makan | Eksperimen ‘black light’ telah membuktikan betapa cepatnya sesuatu wabak itu mampu merebak di restoran dan ruang awam yang lain.

Eksperimen ini telah menggunakan cat pendarfluor sebagai virus tiruan untuk menggambarkan bagaimana wabak merebak.

Eksperimen yang dilakukan oleh saluran TV NHK di Jepun telah menggunakan cat bagi mewakili ‘wabak’. Mereka mahu menunjukkan bagaimana dengan mudahnya jangkitan ini dapat merebak di ruang awam.

wabak merebak

BACA: Rakyat Amerika Syarikat Adakan ‘Pesta COVID-19’, Percaya Diri Kebal Dari Wabak

Salah satu daripada sepuluh peserta dipilih untuk ‘dijangkiti’ dengan menyapu cat neon pada telapak tangannya. Rakaman video NHK menunjukkan para peserta menikmati makanan mereka selama 30 minit sebelum lampu biru dihidupkan dan menunjukkan sejauh mana ‘wabak’ itu telah merebak.

Situasi itu telah membuktikan bagaimana wabak merebak dan bekerja dengan cepat. Kesan cat itu dijumpai di tangan individu lain, ia juga kelihatan di beberapa barang yang terdapat di sana.

Peserta pula kelihatan terkejut ketika lampu biru dihidupkan setelah mereka menyedari cat tadi telah berpindah kepada mereka.

BACA: Nak Beli Makanan Bungkus Secara Online, Doktor Terang Cara Selamat Cegah Jangkitan Wabak.

Untuk rekod, Jepun telah mencatatkan 16,079 kes COVID-19 dan 687 kematian, menurut kementerian kesihatan. Eksperimen tersebut bertujuan untuk memperlihatkan bagaimana sejumlah wabak merebak seperti COVID-19 bekerja menyebarkan virus tersebut kepada orang-orang terdekat.

Eksperimen ‘Black Light’ Buktikan Bagaimana Wabak Merebak Dengan Mudah Di Kedai Makan 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here