Home All Isu Semasa Bukan Je Tak Boleh Rentas Negeri, Tapi Rentas Sempadan Pun Dilarang!Ini Fakta...

Bukan Je Tak Boleh Rentas Negeri, Tapi Rentas Sempadan Pun Dilarang!Ini Fakta Kena Tahu

2643
0
Bukan Je Tak Boleh Rentas Negeri, Tapi Rentas Sempadan Pun Dilarang!Ini Fakta Kena Tahu

Bukan Je Tak Boleh Rentas Negeri, Tapi Rentas Sempadan Pun Dilarang!Ini Fakta Kena Tahu Setelah 49 hari berada di rumah, hari ini merupakan hari pertama jutaan rakyat Malaysia secara rasmi menjejakkan kaki keluar rumah untuk ke tempat kerja masing-masing.

Jalan raya akan kembali sesak, pejabat-pejabat mula riuh rendah dan restoran akan mula dipenuhi ketika berbuka puasa dan makan tengah hari kepada orang bukan Islam.

Sistem pengangkutan awam di bandar-bandar besar juga akan dipenuhi pengguna semula. KL Sentral di Kuala Lumpur yang lengang sejak sebulan lalu akan dibanjiri manusia.

rentas negeri

Namun, bawa bersabar dan bertenang kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini.

Menerusi perlaksanaan PKPB itu rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

BACA: Individu Yang Ingkar PKP Tidak Akan Direkodkan Sebagai Banduan

“Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung sempena cuti perayaan Aidilifitri, maaf tidak dibenarkan,” jelasnya.

Kenyataan perjalanan rentas negeri ini menimbulkan kekeliruan buat masyarakat dan dan berfikir kalau rentas daerah boleh la kot.

Ini penjelasan dari Malaysia Government Call Centre (MyGCC) tentang perkara ini, apabila ada netizen yang mengajukan soalan berkaitan perbezaan rentas daerah dan rentas sempadan ini.

rentas sempadan

Menurut MyGCC, pergerakan rentas daerah adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kes-kes kecemasan seperti kematian atau sakit.

Selain itu, jika merentas dearah bagi tujuan kerja. Korang perlu mempunyai bukti seperti surat arahan berkerja dari majikan atau ketua jabatan.

rentas sempadan

Tambahannya lagi, jika tujuan korang merentas dearah bagi tujuan balik kampung untuk berbuka puasa atau sambutan hari raya. Ia tidak dibenarkan.

Namun bagi kes-kes lain seperti terkandas dan sebagainya. Korang perlu merujuk kepada balai polis terdekat bagi mendapatkan maklumbalas selanjutnya. Untuk makluman, ia atas budi bicara polis juga.

So kesimpulannya, berkunjung ke rumah sesiapa pun tidak dibenarkan.

Sumber : Facebook Norasarina.razak

Baca Selanjutnya

Bukan Je Tak Boleh Rentas Negeri, Tapi Rentas Sempadan Pun Dilarang!Ini Fakta Kena Tahu 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here