Home All Isu Semasa Budak Perempuan Mengaji Sambil Menangis, Netizen Bagi Kata Semangat!

[Video]Budak Perempuan Mengaji Sambil Menangis, Netizen Bagi Kata Semangat!

2009
0
[Video]Budak Perempuan Mengaji Sambil Menangis, Netizen Bagi Kata Semangat!
Mengaji adalah salah satu pendidikan utama yang harus dilakukan oleh kanak-kanak kerana dari situ mereka dapat mengenal dan mula membaca ayat-ayat Al-Quran sejak dari kecil.

Oleh itu, sebagai ibu bapa mereka perlu bertanggungjawab untuk menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah mahupun guru yang mengajar mengaji supaya anak-anak dapat pendidikan yang sewajarnya.

Tidak terkecuali dengan seorang kanak-kanak perempuan yang turut diajar mengaji melalui sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun iaitu @lawak_hambar.

Menerusi posting berkenaan, kanak-kanak perempuan itu sedang memakai telekung berwarna putih.

Namun lain pula yang jadi apabila kanak-kanak comel yang berusia sekitar empat tahun itu menangis ketakutan kerana gurunya yang garang.

”Tadi dah boleh dah. Nak rotan?”, kata guru wanita tersebut dengan nada jenaka.

Situasi tersebut telah mencetuskan gelak tawa warga netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat comel kanak-kanak perempuan terbabit.

“Hahaha comel je”, kata salah seorang warga netizen yang memberikan komen di ruangan Instagram berkenaan.

Rakaman video itu telah menjadi perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 160 ribu tontonan umum, selain daripada mendapat sebanyak 408 komen di laman Instagram terbabit.

“Hahaha aku dulu siap kena sebat…”

[Video]Budak Perempuan Mengaji Sambil Menangis, Netizen Bagi Kata Semangat! 1

[Video]Budak Perempuan Mengaji Sambil Menangis, Netizen Bagi Kata Semangat! 2

mengaji

Setiap orang ada pengalaman mengaji yang berbeza, dulu-dulu kalau di kampung biasanya yang mengajar mengaji sama ada ada ibu bapa sendiri, adik beradik yang dewasa atau di hantar ke rumah ustaz mengaji.

Pengalaman seronok berjumpa dengan kawan-kawan sama-sama pergi mengaji turut menjadi pengalaman terindah. Tak kurang juga majlis khatam Al-Quran buat mereka yang dapat menghabiskan 30 juzuk.

BACA JUGA : Nak Ajar Anak Sendiri Pandai Mengaji, Mak Ayah Boleh Ikut 10 Tip Mudah Ni

[Video]Budak Perempuan Mengaji Sambil Menangis, Netizen Bagi Kata Semangat! 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here