Home All Isu Semasa Budak-Budak Basikal Lajak Menangis Diangkut Guna Van Jenazah

Budak-Budak Basikal Lajak Menangis Diangkut Guna Van Jenazah

2282
0
budak lajak

Aktiviti basikal lajak dalam kalangan pelajar adalah sesuatu yang membimbangkan. Sebelum ini, sudah banyak kali mereka dirakam menunggang dalam keadaan merbahaya di jalan raya sehingga boleh merisikokan nyawa sendiri. Tambah merisaukan apabila mereka mengubah suai basikal tanpa mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

Terbaru, seorang lelaki berkongsi video mengangkut ‘budak-budak basikal lajak’ menggunakan van jenazah. Dia dipercayai cuba menimbulkan rasa insaf dalam diri sekumpulan remaja itu. 

Angkut budak-budak basikal lajak guna van jenazah


Menerusi video berdurasi 3:18 saat tersebut, kelihatan seorang remaja menangis ketika ditegur menipu ibu bapa semata-mata mahu bermain basikal yang membahayakan tu bersama rakan. Kata remaja tersebut, dia diajak rakan kononnya ada event. Dia juga mengakui insaf dan tidak mahu mengulangi perbuatan tersebut.

Namun seorang lagi remaja tidak mengaku dia keluar rumah untuk berlumba. Katanya dia keluar untuk membeli minuman di kedai berhampiran tanpa pengetahuan ibu bapa. Walaubagaimanapun dia akhirnya mengaku selepas dipujuk.

Beri kesedaran

basikal lajak

basikal lajakbasikal lajak

Sumber : Wan Cai

The following two tabs change content below
Budak-Budak Basikal Lajak Menangis Diangkut Guna Van Jenazah 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here