Home Pengetahuan Nak Buat Majlis Kahwin Ikut SOP? Katerer Kongsi Panduan Penting Mudahkan Keluarga...

Nak Buat Majlis Kahwin Ikut SOP? Katerer Kongsi Panduan Penting Mudahkan Keluarga Pengantin.

1630
0
Nak Buat Majlis Kahwin Ikut SOP? Katerer Kongsi Panduan Penting Mudahkan Keluarga Pengantin.

Nak Buat Majlis Kahwin Ikut SOP? Katerer Kongsi Panduan Penting Mudahkan Keluarga Pengantin. | Apabila kerajaan memberikan kebenaran penganjuran pelbagai majlis sosial termasuklah majlis perkahwinan mulai 1 Julai lepas, ramai yang menarik nafas lega.

Majlis kahwin sekian lama tertangguh kini dapat diadakan walaupun dalam jumlah yang terhad. Namun demikan, ramai yang masih kurang pasti bagaimana Standard Operating Procedure (SOP) yang perlu di patuhi.

Perkongsian tip yang dikongsikan oleh Pengendali Katering, Puan Sri Suzaidah Masri ini boleh dijadikan rujukan buat pengendali katering, tuan rumah, bakal pengantin dan tetamu yang datang ke majlis kahwin nanti.

Berikut perkongsian untuk buat majlis kahwin tersebut;

Okay, oleh kerana ramai yang nak tahu, macamana majlis perkahwinan mengikut sop yang kami buat hari ni.

Saya sharekan serba sedikit ya.

1. Periksa Kawasan Majlis

Boleh muat berapa kanopi. Sesuai atau tak jika nak buat majlis melibatkan 200-300 orang tetamu. Jumlah kanopi yang kami gunakan adalah 5 kanopi (3 kanopi makan tetamu + 1 kanopi makan beradab digantikan bawah garaj + 1 kanopi sambut tetamu dan cek suhu ) tetapi kanopi tu kami pisahkan agar tetamu keluar masuk dalam hala yang berlainan. (Tidak bertembung)

2. Buat Layout

Jika kanopi size 20, hanya boleh masuk maksima 20 orang sahaja dalam 1 kanopi pada 1 masa. Jika ruang terhad dan gunakan kanopi size 18, hanya boleh masuk 16 orang sahaja pada satu masa. Jika 3 kanopi makan tetamu, hanya dapat masuk 48 orang sahaja pada 1 masa.Majlis Kahwin

BACA JUGA : Ini Senarai Ibu-Ibu Yang Cerewet Rancang Perkahwinan Anak. Lebih Sudu Dari Kuah?

3. Berbincang Dengan Pihak Tuan Rumah

Minta mereka buat jemputan secara berkala. Misalnya, 50 orang untuk pukul 10 pagi, 50 orang untuk pukul 11 pagi, 50 orang untuk pukul 12, 50 orang untuk pukul 1 dan 50 orang untuk pukul 2 petang. Jadi kat sini, total dah 250 orang dalam tempoh 5 jam. Dan kita kena ingat, kebiasaan nya, tetamu tak datang berdua, ada yg datang bawa anak-anak. Jadi kena pandai anggarkan.

4. Buat Line Keliling Kanopi

Ini penting supaya tetamu hanya masuk pada 1 pintu sahaja. Kita dapat check suhu mereka terlebih dahulu sebelum masuk ke kawasan majlis. Contohnya apabila kami chek, ada beberapa orang yang melebihi suhu 38•c apabila beberapa kali kami cek. Jadi kami tak dapat benarkan masuk. Dan kami info kepada tuan rumah supaya mereka faham situasi ini.

Nak Buat Majlis Kahwin Ikut SOP? Katerer Kongsi Panduan Penting Mudahkan Keluarga Pengantin. 1

5. Bawa Staff Kita Buat Pemeriksaan Dahulu Di Klinik

Ini penting ya. Bekalkan mereka dengan kelengkapan untuk protect diri. Glove, mask (In shaa Allah lepas ni kami akan tukar kepada mask 3ply) tq akak yang menegur, apron dan sanitizer.

6. Beri Penerangan Kepada Staff

7. Tak Boleh Layan Diri

Lauk pauk semua perlu dicedok oleh staff-staff katering. Tak boleh secara layan diri. Jika tuan rumah nak secara layan diri, tuan rumah perlu menyediakan glove untuk setiap tetamu yang hadir.

Nak Buat Majlis Kahwin Ikut SOP? Katerer Kongsi Panduan Penting Mudahkan Keluarga Pengantin. 2

8. Jaga Penjarakkan

Perhatikan tetamu-tetamu. Ada yang suka tarik kerusi rapat-rapat dan pindahkan kerusi ke meja lain.. nak duduk ramai-ramai. Tegur dengan berhemah.

Nak Buat Majlis Kahwin Ikut SOP? Katerer Kongsi Panduan Penting Mudahkan Keluarga Pengantin. 3

9. Kerjasama Dari Tuan Rumah Sangat-Sangat Penting.

10. Catit Kehadiran & QR Code

Sediakan pen dan buku untuk catit kehadiran dan suhu. Untuk memudahkan, mungkin boleh tambah QR code scan untuk majlis supaya dapat memudahkan tetamu-tetamu.

Nak Buat Majlis Kahwin Ikut SOP? Katerer Kongsi Panduan Penting Mudahkan Keluarga Pengantin. 4

11. Ambil makanan.

12. Pilih tempat duduk

13. Makan

14. Dah siap makan, bangun. Jumpa tuan rumah. Dah selesai.

15. Sanitasi Kerusi & Meja

Apabila tetamu dah selesai makan dan dah bangun, staff katering perlu sanitize semula kerusi dan meja yang digunakan. Digalakkan alas meja dengan plastik dan tidak gunakan alas kerusi untuk proses ini. Kain-kain yang digunakan untuk sanitasi perlu ditukar setiap kali selepas guna.

16. Dah selesai sanitasi, baru tetamu lain boleh duduk makan.

17. Sistem Nombor Bergilir

Kami buat sistem nombor bergilir. Contohnya kami kira kerusi makan ada 60, jadi kami buat 60 nombor dari 1-60. Tetamu daftarkan nama, kita bagi nombor. Jika nombor habis, tetamu yang baru hadir perlu tunggu dahulu sehingga ada tetamu yang keluar(balik) dan pulangkan nombor, baru boleh masuk. Cara ni kita boleh kontrol keluar masuk tetamu dalam majlis.

18. Ikut SOP Ditetapkan

Itu saja, yang penting kita faham dan kita follow sop yang ditetapkan, In shaa Allah semua nya okay. Pihak berkuasa datang check pun takde masalah kan.

Majlis Kahwin

19. Pinggan, Cawan, Sudu Pakai Buang

Last lupa.. digalakkan guna pinggan, cawan dan sudu pakai buang untuk tetamu-tetamu.

In shaa Allah, moga Allah permudahkan urusan kita semua.Jangan risau ya.

Sumber: Sri Suzaidah Masri

Nak Buat Majlis Kahwin Ikut SOP? Katerer Kongsi Panduan Penting Mudahkan Keluarga Pengantin. 5

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here