Home All Isu Semasa Buah Naga Tak Dapat Diimport Kerana Coronavirus, Bakeri Vietnam Cipta Roti Merah...

Buah Naga Tak Dapat Diimport Kerana Coronavirus, Bakeri Vietnam Cipta Roti Merah Jambu Elak Pembaziran

2705
0
coronavirus

Buah Naga Tak Dapat Diimport Kerana Coronavirus, Bakeri Vietnam Cipta Roti Merah Jambu Elak Pembaziran | Satu kedai roti di Vietnam telah menemui cara untuk menjana keuntungan dari bertan-tan buah naga yang tidak dapat dijual ke China sejak negara itu diserang novel coronavirus.

Buah naga dalam jumlah yang besar gagal dijual di Vietnam, sejak negara itu menghentikan perdagangan dengan China disebabkan kerisauan mengenai coronavirus.

Dalam usaha untuk menggunakan lebihan buah-buahan itu, perusahaan Bakeri ABC membangunkan satu resipi untuk menghasilkan roti merah jambu terang, menggantikan 60% air dalam resipi roti dengan puri buah naga, seperti dilaporkan Da Nag Today.

coronavirus

coronaviruscoronavirus

Roti Unik Terhasil Untuk Elak Pembaziran Semasa Sekatan Disebabkan Coronavirus

Roti itu kemudiannya digunakan untuk membalut sosej dan dijual. Ia mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Vietnam, yang sanggup beratur panjang bagi mendapatkan roti unik yang lazat itu.

coronavirus

coronavirus

Roti itu bukan saja cantik warnanya, tetapi ia dikatakan sangat lazat di mana ia rangup di luar dan lembut dan gebu di dalam.

Pada saat sukar seperti ini, sangat mengagumkan syarikat itu mampu memikirkan idea yang boleh menghabiskan buah-buahan naga yang tidak dapat dijual daripada ia rosak begitu saja sehingga berlaku pembaziran.

CONTINUE READING

Buah Naga Tak Dapat Diimport Kerana Coronavirus, Bakeri Vietnam Cipta Roti Merah Jambu Elak Pembaziran 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here