Home All Isu Semasa Bom Jangka ASEAN: Antara Singapura Dan Indonesia Yang Mana Satu Lebih Merbahaya?

Bom Jangka ASEAN: Antara Singapura Dan Indonesia Yang Mana Satu Lebih Merbahaya?

2778
0
Bom-Jangka-ASEAN-Antara-Singapura-Dan-Indonesia-Yang-Mana-Satu-Lebih-Merbahaya-678x381

Bom Jangka ASEAN: Antara Singapura Dan Indonesia Yang Mana Satu Lebih Merbahaya? | Antara Singapura dan Indonesia, kini masing-masing mencatatkan peningkatan kes positif COVId-19 mendadak setiap hari. Menjadi bom jangka ASEAN, antara keduanya mana satu yang lebih membahayakan kepada rantau ASEAN?

SINGAPURA

Singapura mencatatkan kes COVID-19 yang pertama pada 24 Januari 2020 iaitu daripada seorang lelaki warga Wuhan yang datang bercuti ke sana bersama sembilan lagi rakan lain.

Mengisytiharkan tahap Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) berubah daripada kuning kepada jingga pada 8 Februari lalu, rakyat Singapura mula melakukan pembelian panik bagi mencukupkan bekalan rumah masing-masing.

20 April lalu, Singapura menerima pujian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atas pendekatan mereka dalam menangani penularan COVID-19 di sana. Namun seleas dua bulan, Singapura kini mencatatkan kes lebih banyak dari Indonesia seterusnya menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan kes tertinggi.

ASEAN

Ratusan warga asing dikenal pasti dijangkiti wabak pandemik itu selepas Singapura yang disebut sebagai negara paling efisyen dalam menangani krisis wabak ini telah melonggarkan langkah kawalan terlalu awal.

Mengawal keadaan gelombang kedua dengan lebih tegas, Singapura telah menutup sebahagian besar premis perniagaan termasuklah premis makanan yang menjual pencuci mulut, makanan ringan dan sebagainya sepanjang perintah pergerakan dilaksanakan sehingga 1 Jun hadapan.

Setakat perkembangan hari ini, Singapura sudah mencatatkan 14,951 kes dan 14 kematian, yang mana semalam 528 kes baharu dicatatkan. Manakala jumlah keseluruhan sembuh adalah 1,095 sahaja.

Sebagai peringatan kepada rakyat, kerajaan Singapura telah mengumumkan bahawa mana-mana rakyat Singapura yang keluar negara selepas 27 mac dan kemudiannya menunjukkan simptom-simptom dijangkiti COVID-19 selepas 14 hari pulang ke Singapura akan diminta untuk menanggung sendiri kos perubatan mereka.

Bagaimana pula dengan Indonesia?

Indonesia setakat hari ini sudah mencatatkan kes sebanyak 9,096 kes positif berada di bawah Singapura untuk kedudukan Asia Tenggara, namun mencatatkan kes kematian tertinggi di rantau ini iaitu dengan kes sebanyak 765.

Indonesia dikatakan menjadi bom jangka kepada ASEAN sejak 9 April lalu disebabkan sikap acuh tak acuh kerajaan dalam menangani dan mengekang wabak ini.

Masih tidak mencatatkan kes pertama walaupun sudah ada beberapa kes melibatkan pelancong luar yang pulang dari Indonesia, akhirnya Indonesia mencatatkan kes pertama sedikit lewat iaitu pada 2 Mac jika dibandingkan dengan negara jirannya yang lain.

ASEAN

Indonesia pernah mencetuskan kebimbangan dunia apabila tidak lagi mencatatkan kes sedangkan mereka sangat bergantung kepada pelancongan China bagi menjana ekonomi negara.

Jurucakap kerajaan Indonesia, Achmad Yurianto pada 28 Mac lalu menjangkakan antara 600,000 hingga 700,000 rakyat Indonesia akan menghidap wabak ini dengan berlandaskan kepada analisa graf peningkatan penularan di sana.

April lalu, Indonesia telah mengisytiharkan perintah darurat namun enggan menguatkuasakan perintah berkurung sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat. Presiden Indonesia, Joko Widodo akhirnya melaksanakan perintah kawalan pergerakan dan menegaskan kepentingan penjarakan sosial dilakukan dalam skala yang besar.

BACA: Tahniah! Vietnam Mula Longgarkan Penjarakan Sosial Setelah 8 Hari Berturut Tiada Kes COVID-19

Melihatkan pada kedua negara ini, mungkinkah dengan peningkatan kes mendadak di Singapura tidak lagi menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara yang dikatakan bakal mencatat tempoh menghidap COVID-19 lebih lama berbanding negara dunia ASEAN lain? Ataupun keduanya berada di skala yang sama?

NOTA:  Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Baca Selanjutnya

Bom Jangka ASEAN: Antara Singapura Dan Indonesia Yang Mana Satu Lebih Merbahaya? 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here