Home All Isu Semasa ‘Bila Dah Berjaya Nanti, Jangan Lupa Bawa Mak Ayah Jumpa Pakcik Ya!’...

‘Bila Dah Berjaya Nanti, Jangan Lupa Bawa Mak Ayah Jumpa Pakcik Ya!’ – Mufti Wilayah Persekutuan

1568
1
berjaya

‘Bila Dah Berjaya Nanti, Jangan Lupa Bawa Mak Ayah Jumpa Pakcik Ya!’ – Mufti Wilayah Persekutuan | Kisah menyentuh hati seorang murid darjah 1 yang dilihat memimpin kedua ibu bapanya yang cacat penglihatan ketika sesi orientasi di sekolah, ternyata mencuri tumpuan masyarakat.

Kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Nur Khairunnisa itu sememangnya mempunyai keperibadian yang sangat baik dan mulia terhadap ibu bapanya meskipun di usia yang masih kecil.

Menerusi Facebook Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Albakri, beliau berkongsi beberapa foto dan kapsyen selepas sempat meluangkan masa dan memberikan sumbangan kepada anak kecil itu di sekolahnya. Pada masa yang sama, Dr Zulkifli juga turut bertemu kedua ibu bapa murid perempuan tersebut.

Jiwa yang besar pada anak kecil ini

‘Bila Dah Berjaya Nanti, Jangan Lupa Bawa Mak Ayah Jumpa Pakcik Ya!’ – Mufti Wilayah Persekutuan 1

Tersentuh hati kecil ini bila pertama kali bersua mata dengan anakanda Khairunnisa. Ditakdirkan untuk beribubapakan pasangan OKU cacat penglihatan, itulah hikmah daripada-Nya untuk membentuk jiwa yang besar dan berjaya pada anak kecil ini.

Usianya langsung tidak menggambarkan kematangannya yang amat mengagumkan kami. Ibu bapanya En. Haizir dan Puan Nur Suhaida pastinya berbangga memiliki anak sehebat ini. Benarlah kata seorang ibu, “Nur Khairunnisa adalah mata dan tongkat kami.

Menjadi anak yang solehah

‘Bila Dah Berjaya Nanti, Jangan Lupa Bawa Mak Ayah Jumpa Pakcik Ya!’ – Mufti Wilayah Persekutuan 2

Kepada pihak sekolah khususnya Guru Besar SK (P) Jalan Batu iaitu Puan Ranjini dan guru-guru Khairunnisa, kami ucapkan tahniah kerana terpilih untuk memikul amanah mendidik beliau. Kami yakin dengan usaha yang jitu daripada pihak sekolah dan PIBG, beliau akan menjadi berjaya dan sehebat namanya “Khairunnisa (Sebaik-baik perempuan)”.

Kami doakan anakanda Khairunnisa menjadi anak yang solehah, berjaya dalam hidup dan membanggakan kedua ibu bapa. Doa yang sama jua untuk anak-anak kita.

”Wahai Tuhan kami, kurniakanlah untuk kami daripada pasangan-pasangan kami dan zuriat-zuriat kami penyejuk mata-mata kamu dan jadikanlah kami pemimpin ikutan orang-orang bertaqwa”

Bila Khairunnisa dah berjaya nanti, jangan lupa bawa mak ayah jumpa pakcik ya!

Foto kenangan bersama

‘Bila Dah Berjaya Nanti, Jangan Lupa Bawa Mak Ayah Jumpa Pakcik Ya!’ – Mufti Wilayah Persekutuan 3

‘Bila Dah Berjaya Nanti, Jangan Lupa Bawa Mak Ayah Jumpa Pakcik Ya!’ – Mufti Wilayah Persekutuan 4

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

‘Bila Dah Berjaya Nanti, Jangan Lupa Bawa Mak Ayah Jumpa Pakcik Ya!’ – Mufti Wilayah Persekutuan 5

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here