Home All Isu Semasa Bil Elektrik Naik Mendadak, TNB Dikenakan Kompaun RM3.6 Juta

Bil Elektrik Naik Mendadak, TNB Dikenakan Kompaun RM3.6 Juta

1171
0
bil elektrik

Bil Elektrik Naik Mendadak, TNB Dikenakan Kompaun RM3.6 Juta | Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan 36 kompaun dengan nilai keseluruhan RM3.6 juta oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) berikutan aduan bil elektrik yang naik mendadak pada Mei dan Jun 2019.

Memetik laporan BH Online pada 21 Januari, ST mengambil tindakan tersebut pada Disember lalu selepas menyiasat aduan-aduan yang dikemukakan oleh para pengguna.

TNB dikenakan 36 kompaun dengan nilai keseluruhan RM3.6 juta oleh ST.

TNB didapati gagal mematuhi arahan suruhanjaya berkenaan mengenai piawaian prestasi Tahap Perkhidmatan Minimum (MSL) berkaitan tempoh penyerahan bil elektrik kepada pengguna.

bil elektrik

“Berdasarkan MSL itu juga, TNB perlu memastikan setiap pengguna menerima bil elektrik secara bulanan.

“ST ingin mengingatkan pemegang lesen supaya mematuhi peruntukan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), peraturan-peraturan dan syarat-syarat bagi memastikan kepentingan pengguna dilindungi,” jelas suruhanjaya itu.

Pelanggan TNB Berang Bil Elektrik Melambung Tinggi

Pada Mei dan Jun tahun lalu, ramai pelanggan TNB di seluruh negara berang apabila mendapati caj penggunaan elektrik dalam bil mereka melambung tinggi berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Contohnya, seorang pelanggan domestik yang kebiasaannya dikenakan caj kira-kira RM800 sebulan tiba-tiba mendapati bil yang diterimanya mencatatkan jumlah RM2,600.

bil elektrik

Aduan pelanggan melalui TNB Careline pada Mei 2019. Kredit foto: Facebook

bil elektrik

Pelanggan mempersoalkan kenaikan caj penggunaan elektrik yang mendadak pada Mei 2019.

TNB Careline ketika menjawab aduan pelanggan dalam laman Facebook menjelaskan, kenaikan bil itu berlaku kerana bacaan meter penggunaan elektrik di rumah yang direkodkan adalah melebihi 30 hari dan caj dikira secara prorata.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin pernah menyatakan, ST boleh mengheret TNB ke mahkamah sebagai jalan terakhir sekiranya syarikat itu tidak memberi layanan yang adil kepada pelanggan-pelanggan yang terlibat.

Diharap kompaun yang dikenakan oleh ST itu menjadi pengajaran kepada TNB agar masalah yang sama tidak lagi berulang.

Bil Elektrik Naik Mendadak, TNB Dikenakan Kompaun RM3.6 Juta 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here