Home All Isu Semasa Bil Elektrik Melambung Musim PKP? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bacaan...

Bil Elektrik Melambung Musim PKP? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bacaan Anggaran Dan Cara Kiraannya

5205
0
Bil Elektrik Melambung Musim PKP? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bacaan Anggaran Dan Cara Kiraannya

Bil Elektrik Melambung Musim PKP? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bacaan Anggaran Dan Cara Kiraannya | Seminggu dua ini, berkeliaran di laman sosial apabila pengguna merungut bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau lebih mesra dipanggil bil elektrik mereka naik mendadak sehingga ada mendakwa jumlah yang perlu dibayar tak masuk akal.

Ramai yang terus-menerus membuat kesimpulan sendiri tanpa mengetahui perkara yang sebenar kenapa bil elektrik tiba-tiba melambung sebegitu tinggi.

Seorang lelaki bernama Mohammad Rafiq bin Muin menerusi laman Facebook beliau berkongsi kepada orang ramai tentang kaedah Bacaan Anggaran yang sedang digunakan oleh TNB ketika tempoh PKP dan penularan wabak Covid-19 ini.

Bil Elektrik

Berikut adalah penerangan yang jelas mengenai bil elektrik yang anda rasa melambung tinggi tapi bukan itu yang anda sangkakan.

Baca dengan penuh ketenangan di bulan Ramadan dan ketibaan bulan Syawal tak dapat pulang ke kampung.

Kesian TNB kene hantam sebab ramai yang tak paham “Bacaan ANGGARAN”

Bacaan Anggaran bukannya lebih kurang mintak halal ye.. “terLebih atau terkurang” tu dia akan di bawa ke bulan berikutnya bila bacaan sebenar dibuat. TNB akan buat adjustment utk 2 bulan. kWh akan dikira dua bulan, kemudian di tolak dengan anggaran bln sblmnya yang dah di bayar. Maksudnya (BIL anggaran bulan lepas + bil sebenar bulan ni=bil sebenar untuk 2 bulan). Ramai yang mengamok sbb tak faham.

Kebanyakan yang mengamok, semasa bacaan anggaran kurang dari bacaan sebenar. Bila buat adjustment bulan berikutnya bil mencanak lalu mengamok.

Ada yang marah kata blok tarif meningkat kat bil elektrik. Klo paham blok tarif meningkat lagi menguntungkan pengguna. Dia gandakan Blok tarif 2kali ganda sbb pengiraan bacaan utk 2 bulan.

200kWh x2~RM0.218
100kWh x2 y seterusnya~RM0.334
300kWh x2 y seterusnya~RM0.516
kWh y selebihnya (lebih 1200kWh) akan dicas RM0.546 seunit.

Kalau TNB tak double blok tarif dua bulan baru boleh ngamok. 

Kalau bil meningkat dari kebiasaan tu munasabah la sbb PKP ni semua duduk rumah..

[edited tambahan]

Faktor lain kebanyakan bil anggaran bulan 4 kurang dari bacaan sebenar sehingga menyebabkan bil bulan 5 jauh lebih tinggi dari bil anggaran bulan 4.

BACA:Terkejut Bil Air Naik Mencanak Semasa PKP? Ini Penjelasan Dari Air Selangor

1) Bil bulan 4 dikira dari pertengahan bulan 3 hingga pertengahan bulan 4 yang mana tempoh tu tempoh awal PKP semua duk rumah tak leh p kerja. Bil bulan 4 kita sendiri boleh jangkakan. TNB katanya buat anggaran dari bil terdahulu.jadi bil anggaran bulan 4 akan kurang dari bacaan sebenarnya.

2) bulan 4 diperkenalkan diskaun rangsangan ekonomi
0-200. 50%
201-300. 25%
301-600. 15%
>600. 2%
Bila TNB buat anggaran kurang dari bacaan sebenar kita berkemungkinan dapat diskaun yang lebih tinggi. Tapi bila TNB buat adjustment bil bulan 5 dia akan tolak bil anggaran bulan 4 yang ada diskaun tu. Diskaun bil bulan 5 pula berkemungkinan akan lebih rendah.

Itu dari pemerhatian saya

Saya menyangkal yang mana duk tuduh TNB menipu, makan duit org cara halus dan lain lain tuduhan buruk kat TNB. Sbb sistem pengiraannya TNB bagi saya dah betul.

Berkaitan munasabah atau tak pengunaan tenaga elektrik, sendiri yang nilai sebab isi rumah sendiri yang guna elektrik.

Saya dan kaum kerabat saya tak dak kaitan dan tak di bayar oleh TNB

#kesianTNBkenahantam

Sumber: Mohammad Rafiq Bin Muin

Bil Elektrik Melambung Musim PKP? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bacaan Anggaran Dan Cara Kiraannya 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here