Home All Isu Semasa “Biasalah Kalau Kita Memasak,” Permaisuri Agong Kongsi Pengalaman Belajar Masak Ketika Kecil

“Biasalah Kalau Kita Memasak,” Permaisuri Agong Kongsi Pengalaman Belajar Masak Ketika Kecil

2087
2
“Biasalah Kalau Kita Memasak,” Permaisuri Agong Kongsi Pengalaman Belajar Masak Ketika Kecil

Umum telah mengetahui bahawa Raja Permaisuri Agong kita iaitu Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut dikenali dengan sifatnya yang suka memasak seperti seorang suri rumah biasa.

Telatahnya apabila memasak secara tidak langsung telah membuatkan ramai rakyat Malaysia senang hati melihat setiap hasil masakannya.

Menerusi satu perkongsian di akaun airtangan_tunkuazizah, Permaisuri Agong telah berkongsikan suatu gambar yang menunjukkan tangannya yang kelihatan terdapat kesan melecur.

Sambil itu juga, tuanku ada menyelitkan tentang kisahnya belajar memasak ketika waktu kecil.

memasak

BACA: Cara Raja Permaisuri Agong Beri ‘Warning’ Ini Cuit Hati Warganet

Biasa lah kalau kita memasak, mesti nya terkena periuk panas, atau minyak, terkena pisau/luka atau wap steam. Kalau tidak bukan lah tukang masak. Saya masih ingat masa kecil, selalu kena halau keluar dapur istana!

Che Lok, Mak Lamah, Ku Comel dan Kak Cik selalu pok pek kat saya. “Anak raja sila keluar dapur, nanti parut/bertanda bila bersanding!”.

Saya suka mengacau mereka masak, jadi mereka selalu suruh saya tolong kupas bawang, kupas kentang dan petik taugeh! Dari situ lah saya belajar memasak, mereka akan tunjuk kepada saya cara-cara, petua dan resepi.

Dan mereka akan bisik kepada saya “Jangan ajar adek-beradek lain!” Dan saya pula rajin bawa buku nota, suka menanya dan tulis resepi-resipi. Mereka sayang saya kerana saya suka menolong mereka! i was their fave princess!

Sumber: Instagram

“Biasalah Kalau Kita Memasak,” Permaisuri Agong Kongsi Pengalaman Belajar Masak Ketika Kecil 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here