Home All Isu Semasa Betul Ke Nak Masuk Sabah Kena Kuarantin 14 Hari? Lelaki Ini Kongsi...

Betul Ke Nak Masuk Sabah Kena Kuarantin 14 Hari? Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sebenar

2516
0
Betul Ke Nak Masuk Sabah Kena Kuarantin 14 Hari? Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sebenar

Betul Ke Nak Masuk Sabah Kena Kuarantin 14 Hari? Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sebenar | Sebagaimana yang kita tahu kes COVID-19 semakin meningkat di negara kita terutamanya di Sabah kerana kewujudan kluster baru, Benteng Lahad Datu.

Kluster ini bermula dari dua orang pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah pada 24 Ogos lalu.

Namun begitu, sebelum ini lagi ada desas desus yang menyatakan bahawa jika mahu masuk Sabah, pelawat perlu dikuarantin selama 14 hari terlebih dahulu.

Betul Ke Masuk Sabah Kena Kuarantin 14 Hari?

Adakah ia benar atau tidak? Jom kita lihat perkongsian yang telah dibuat oleh Zain Asri ini tentang panduan dan pengalamannya sendiri terbang ke Kota Kinabalu baru-baru ini.

1. Scan dan isikan eBorang Pengisytiharan Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. QR kod disediakan di gate berlepas KLIA dan balai ketibaan airport KK (Gambar 1)

masuk Sabah masuk Sabah

BACA JUGA: ‘Gua Lipas’ Terbesar Dunia Di Sabah Ini Tawar Pengalaman Unik Kepada Pengunjungnya

2. ATAU, isi borang Pengisytiharan Kesihatan yang akan diedarkan oleh cabin crew semasa dalam flight. Sediakan pen siap-siap

3. ATAU, isi online form. URL address ada dalam Gambar 1

4. Save kan QR Code eBorang yang telah diisi tadi. Sampai airport KK tunjukkan QR Code Nombor Rujukan Penilaian Risiko (Gambar 2) atau borang yang telah diisi kepada petugas kesihatan di balai ketibaan (sebelum kaunter imigresen)

masuk Sabah

5. Penumpang yang tidak menunjukkan apa-apa gejala akan terus proceed ke kaunter imigresen

6. Tak perlu kuarantin 14 hari ya, kecuali bergejala. Sila rujuk kepada petugas kesihatan di lapangan terbang

7. Keluar daripada airport and enjoy your trip guys!

Betul Ke Nak Masuk Sabah Kena Kuarantin 14 Hari? Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sebenar 1

Ha, sebenarnya tidak ada peraturan yang mewajibkan korang untuk kuarantin selama 14 hari jika tiba nak masuk Sabah. Namun begitu, dengan penularan kes COVID-19 yang semakin meningkat sekarang ni eloknya sekiranya korang elak dahulu untuk berkunjung ke negeri di bawah bayu ini.

Sumber: Zain Asri

Betul Ke Nak Masuk Sabah Kena Kuarantin 14 Hari? Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sebenar 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here