Home All Keluarga Betul Ke Anak Ke 2 Banyak Konflik Dan Sukar Difahami?

Betul Ke Anak Ke 2 Banyak Konflik Dan Sukar Difahami?

1990
0
Betul Ke Anak Ke 2 Banyak Konflik Dan Sukar Difahami?

Betul Ke Anak Ke 2 Banyak Konflik Dan Sukar Difahami? | Tahukah anda setiap anak yang dilahirkan mempunyai karakternya yang tersendiri?

Anak ke 2 ini banyak ragamnya sebenarnya, selain daripada berdikari dia juga seorang yang happy go lucky. Mereka pandai menyembunyikan perasaan sedih mereka.

Selalunnya anak ke 2 ini ada keunikannya yang tersendiri. Ini dia beberapa ciri anak kedua yang mungkin orang ramai di luar sana masih tidak faham.

#1: Paling Rajin Dalam Banyak-banyak adik beradik

Anak kedua ini selalunya lebih rajin berbanding adik beradik yang lain. Jangan terkejut jika puasa kali ini dia yang bersungguh-sungguh dalam mengemas rumah untuk raya ya.

BACA: Awasi Anak Yang Ada Tanda Lahir Cafe Au Lait Spot. Ada Risiko Kena Sawan

#2: Pemalu & Malas Untuk Jumpa Orang Luar

Sungguhpun mereka mudah mesra dengan orang dan tiada masalah untuk menghampiri orang, tetapi sebenarnya merekalah antara golongan yang pemalu dan malas berjumpa dengan orang ramai.

#3: Baran

Anak ke 2

Sikap tidak sabar dan mudah melenting sering tercetus jika tidak kena dengan jiwanya, namun jika kena pada caranya dialah orang yang paling mudah untuk dibawa berbincang.

#4: Ada Sikap Comel

Walaupun dia nampak bengis dan agak garang, sesekali mereka sebenarnya ada sikap comel mereka yang membuatkan pasangan mereka sayang dan geram melihatnya.

#5: Suka Menyediri

Mereka lebih suka menyendiri daripada bersama orang ramai, mereka lebih gemar dan selesa membuat hal sendiri. Malah, mereka juga mengharapkan pasangan atau adik beradik yang lain menghargai dan faham ketika mereka bersendirian di dalam bilik.

#6: Susah Untuk Difahami

Tiada individu yang suka dirinya dibanding-bandingkan dengan individu lain. Akibat sering dibandingkan, anak yang kedua akan melakukan perkara yang berlawanan dengan apa yang ibu bapa minta atau harapkan. Lebih kurang seperti memberontak. Mungkin itu adalah cara mereka meluahkan apa yang terpendam.

#7: Paling Banyak Konflik

Anak kedua ini juga mendambakan perhatian sejak kecil, dia sering merasa takut dan bimbang jika hubungannya dengan keluarga, pasangan dan kawan-kawan tidak berjalan dengan baik. Mereka gemar menuntut perhatian yang lebih dan mempunyai sikap berprasangka yang sebenarnya mereka sendiri tak inginkan. Lebih teruk lagi, mereka akan sering menyalahkan diri sendiri dalam segala hal!

#8: Hati Kental

Anak ke 2

Dari kecil lagi anak kedua ini sudah dididik untuk menjadi individu berhati kental. Mereka tidak kisah jika dibandingkan dengan anak pertama malah mereka sering merasa seperti disisihkan oleh keluarganya sendiri yang sering memberikan perhatian yang lebih kepada anak pertama.Sungguhpun hati mereka sekental konkrit, mereka adalah golongan yang kurang gemar bekerja di bawah tekanan.

#9: Berdikari

Ada kajian menyatakan anak yang kedua merupakan individu yang lebih pandai berdikari berbanding adik-beradiknya lain. Ia berlaku kerana ibu bapa lebih menumpukan kepada anak sulung dan anak bongsu. Situasi ini memerlukan mereka untuk mengajar diri sendiri supaya berdikari khususnya melibatkan aspek kemandirian.

#10: Paling Degil

Berdasarkan kajian bertajuk Birth Order and Deliquency yang dilakukan pada tahun 2017, penyelidik mendapati anak ke 2 mempunyai banyak kerenah dan suka membuat kacau, terutamanya jika anak itu lelaki. Mereka juga golongan yang degil dan keras kepala jadi bersabar ya jika pasangan anda anak ke 2.

BACA: Inspirasi Anak Muda Main E-Sports, ‘Gamer’ Diiktiraf Malaysia Book Of Record

Betul Ke Anak Ke 2 Banyak Konflik Dan Sukar Difahami? 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here