Home All Keluarga “Pentingnya Bersangka Baik Dalam Hubungan Silaturahim” – Hamba Allah

“Pentingnya Bersangka Baik Dalam Hubungan Silaturahim” – Hamba Allah

564
0
“Pentingnya Bersangka Baik Dalam Hubungan Silaturahim” – Hamba Allah

Seorang individu di instagram yang dikenali sebagai Hamba Allah berkongsi mengenai hubungan ziarah menziarahi dan silaturahim.

Menurutnya Allah SWT telah memerintahkan kita agar menziarahi sesama masyarakat bagi mengeratkan silaturrahim. Jika kita mengamalkan perintah itu kita akan beroleh kebahagian dan mendapat pahala.

Kenapa rumah saya adik-beradik tidak datang pun?

Dalam perkongsian itu dia menyatakan kita tidak perlu merungut sekiranya hanya kita sahaja yang kerap menziarahi adik-beradik yang lain sedangkan mereka hanya “lalu” rumah kita tetapi tidak pernah singgah melawat.

Pilihan ada di tangan kita samada ingin mendapat pahala, membenci, berdendam atau menaruh perasaan cemburu. Jadi adalah lebih baik sekiranya kita biarkan orang yang tidak mahu menyambung silaturahim.

BACA JUGA: Inilah 4 Balasan Apabila Memutuskan Silaturahim Selain Dari Menyempitkan Rezeki

Kita ikut sunnah pasti kita bahagia.

Dia turut menyatakan yang dia sendiri tidak pernah kesal atau kecewa jika rumahnya tidak dikunjungi sanak saudara. Berfikir positif yang mungkin mereka sibuk dan mempunyai hal yang lebih penting daripada silaturrahim.

“Kita tidak perlu kecil hati. InsyaAllah orang lain jadi tetamu kita dan membawa balik dosa kita serta membawa rahmat.”

SilaturahimFahamilah 7 perkara Silaturahim dalam hidup kita:

  1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya.
  2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajarnya.
  3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita-cita yang dikongsi bersama.
  4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya.
  5. Apabila meninggal dunia adik-adik kamu makan hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya.
  6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya.
  7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya…

Ketahuilah hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan Silaturahim kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kita lantaran kita tidak tahu bila kita akan pergi ‘meninggalkan’ dunia yang fana ini.

Dia menutup perkongsiannya yang mendalam itu dengan beberapa nasihat dan ingatan.

  1. Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.
  2. Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.
  3. Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

Sumber

“Pentingnya Bersangka Baik Dalam Hubungan Silaturahim” – Hamba Allah 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here