Home All Isu Semasa Berlainan Agama, Pihak Surau Tak Lokek Hulur Bantuan Pada Dua Nenek India...

Berlainan Agama, Pihak Surau Tak Lokek Hulur Bantuan Pada Dua Nenek India Ini

1029
1
surau

Berlainan Agama, Pihak Surau Tak Lokek Hulur Bantuan Pada Dua Nenek India Ini | Setiap rezeki sebenarnya ada juga rezeki orang lain, malah kita bebas untuk berkongsi rezeki dengan sesiapa sahaja tanpa mengira perbezaan agama atau bangsa.

Seperti kisah yang sedang tular, menerusi laman Facebook Syahril A. Kadir, memaparkan dua orang wanita warga emas berbangsa India mendapatkan bantuan keperluan harian daripada pihak surau.

Menurut Syahril, dua wanita warga emas itu, masing-masing telah kehilangan suami dan dihimpit pula dengan kemiskinan. Disebabkan mereka bukan beragama Islam, jadi agak mustahil untuk mendapatkan bantuan zakat atau baitumal.

Cina atau India semua boleh datang minta bantuan di Surau

Oleh itu, pihak surau tersebut bermurah hati untuk menghulurkan bantuan, tidak kiralah apa pun agama yang dianuti atau pun bangsanya.

PETANG tadi ada dua orang nenek berketurunan India datang ke surau kami. Ini bukanlah kali pertama mereka datang ke sini. Kedua-duanya datang dari flat bersebelahan.

Masing-masing kematian suami, orang susah. Mereka bukan ada bantuan zakat atau baitulmal pun.

Seperti biasa adalah sekampit beras, sebungkus garam, gula dan sepeket minyak masak disedekahkan untuk mereka bawa pulang bagi memastikan dapur di rumah masing-masing ‘terus berasap’.

Pihak surau tak pernah menolak walaupun mereka bukan sebangsa dan seagama dengan kita. Ini adalah soalan manusia dan kemanusiaan.

Bukan India sahaja, orang Cina pun pernah datang ‘menumpang kasih’ di gerubuk kami

surau

Guna duit poket sendiri salur bantuan

Tidak dapat dinafikan, kehidupan di bandar ini memerlukan pembiayaan yang mahal. Berserta mahu membantu, Syahril berkata kesemua dana yang diperolehi adalah atas sumbangan ahli kariah surau Al-Qudwah sendiri.

Sesungguhnya kemiskinan bandar itu ‘real’ brudder.

Kalau kat kampung tu, takde duit sangat pun, ada juga tanah untuk bercucuk tanam, ada laut untuk menangkap ikan. Kat bandar banyaknya duduk flat, nak bercucuk tanam dan tangkap ikan celah mananya.

Untuk makluman, barang-barang kat gerubuk ni takde satu pun sumbangan wakil rakyat, NGO ataupun kerajaan…semuanya adalah sedekah daripada ahli kariah sendiri.

Adakalanya penuh, adakalanya susut, adakalanya gerubuk ni kering langsung…semuanya bergantung pada ‘ekonomi’ poket masing-masing.

surau

Malah, surau itu bebas dikunjungi sesiapa sahaja meskipun ada golongan bukan Islam, pihak surau tidak pernah menyuruh mereka menukar agama, tetapi cukup hanya dengan memaparkan nilai-nilai murni sebagai seorang Muslim.

Yang penting, walaupun yang menyumbang itu orang Islam, letaknya pun di surau, namun langsung tak ada notis MELAYU SAHAJA atau MUSLIM ONLY kami lekat kat almari gerubuk tu.

Kami juga tidak pernah ‘tarbiah’ pada non Muslim yang datang ke surau untuk ambil barang2 asas itu, termasuk dua achi-achi tadi. Malah satu perkataan suruh depa masuk Islam pun kami tak sebut.

Sesungguhnya hidayah tu milik Allah, bukan milik kami bro.

Wallahualam.

surau

Sebenarnya, selain daripada menyampaikan dakwah menerusi lisan, ini juga adalah salah satu dakwah. Selagi kita menjaga maruah agama dan mempamerkan sifat Muslim sejati, dengan izinNya dapat membuka hati ramai mengenal Islam.

Sumber : Syahril A. Kadir

Berlainan Agama, Pihak Surau Tak Lokek Hulur Bantuan Pada Dua Nenek India Ini 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here