Home All Keluarga Nabi Muhammad SAW Beri Hadiah Untuk Isteri Bila Balik Dari Mana-Mana

Nabi Muhammad SAW Beri Hadiah Untuk Isteri Bila Balik Dari Mana-Mana

3515
0

Nabi Muhammad SAW Balik Dari Mana-mana Beri Hadiah Untuk Isteri Dan Keluarga. Hidup bahagia di samping keluarga menjadi impian bagi seorang suami. Tiada guna menjadi suami yang berjaya dalam hidup tetapi rumah tangga porak peranda.

Bahtera yang dibadai gelora dan masalah konflik dalam keluarga, akan dapat harungi dengan adanya ilmu yang diamalkan mengikut landasan al-Quran dan sunnah.

Meskipun Rasulullah SAW sebagai pemimpin disegani, Baginda sentiasa peka dan mencuba sedaya-upaya agar isteri tidak tersinggung. Sikap itu ditunjukkan dengan bersahaja, contohnya tidak segan mandi bersama, makan dan minum berdua daripada pinggan serta gelas sama. Perlakuan itu dilakukan sepenuh hati sehingga menampakkan keikhlasannya.

Melalui perkongsian Ustaz Ebit Lew dilaman Facebooknya, dia berkongsi tentang ‘kewajipan’ suami untuk menyantuni isteri salah satunya dengan memberikan kejutan hadiah pada isteri.

Sunnah Nabi SAW balik dari mana-mana beri hadiah buat bidadari dan keluarga. Tadi balik dari Johor. Cepat-cepat wasap florist. Sampai kl terus ambil dan sorokkan dari bidadari saya.

BUAT KEJUTAN

Nabi Muhammad SAW Beri Hadiah Untuk Isteri Bila Balik Dari Mana-Mana 1

BACA JUGA: Saya Tunjukkan Anda Cara Mem”projek”kan Suami Anda! Dari Tunggul Menjadi Unggul!

Suka sangat walau kecil kejutan wat bidadari. Sebab bunga ni tak dapat bayar pun susah bidadari saya. Dunia ini sangat singkat tapi melihat bidadari saya tersenyum ubat bagi hati ini. Senyuman mak ayah. Senyuman bidadari ialah ubat dan penawar dalam letih duka sakit di dunia ini. Terima kaseh Allah

Melihat bidadari masam 5 saat jer saya susah hati. Berusaha dan fikir apa nak buat bahagiakannya. Kadang cuma video call or call dengar bidadari saya cerita. Itu jadi ubat buatnya. Saya susah hati bila bidadari cuma reply k. Jangan memandang rendah kesedihan bidadari hidup kita. Mereka dah takde sesape dalam hidup mereka.

Migrain demam urus rumahtangga dan anak-anak. Mereka setia ikhlas mencintai suami. Mereka perlu seseorang dengar mereka. Sesekali buat kejutan atau hadiah walau sekuntum bunga atau mesej cinta yang ikhlas. Kongsi doa dan bimbing mereka dengan solat dan sunnah Nabi SAW seharian. Biar mereka bina kekuatan dalam diri anak dengan iman.

KESIMPULAN

Nabi Muhammad SAW Beri Hadiah Untuk Isteri Bila Balik Dari Mana-Mana 2

Sebagai rumusan dan pengajaran, seseorang suami perlu berusaha mendalami ilmu agama untuk menjadi ketua keluarga dihormati bagi menjalani bahtera kehidupan bersama isteri dan keluarga. Isteri juga perlu berusaha menambahkan ilmu supaya setiap konflik rumah tangga dapat diselesaikan dengan aman dan sentosa.

Jauhilah sikap ego terhadap pasangan, sebaliknya tanamkan sifat sentiasa maaf dan bersangka baik, selain bermuhasabah diri serta sentiasa berdoa pada yang Tuhan Yang Maha Esa.

Bagi suami yang terlalu ego dan rasa tidak perlu memberikan sebarang penghargaan meskipun sudah banyak pengorbanan isteri buat anda. Fikirkan lah isteri tidak minta hadiah yang mahal, cukup jika anda belajar ucap terima kasih dan menghargai isteri.

Sumber: Ebit Lew

Nabi Muhammad SAW Beri Hadiah Untuk Isteri Bila Balik Dari Mana-Mana 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here