Home All Isu Semasa Berdepan Masalah Kewangan, Stephen Chow Gadai Rumah Mewahnya Bernilai RM610 Juta Di...

Berdepan Masalah Kewangan, Stephen Chow Gadai Rumah Mewahnya Bernilai RM610 Juta Di Hong Kong

1587
0
Berdepan Masalah Kewangan, Stephen Chow Gadai Rumah Mewahnya Bernilai RM610 Juta Di Hong Kong

Aktor serta direktor ternama Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan telah menggadai rumah agam miliknya yang terletak di The Peak, kawasan kejiranan termahal di Hong Kong selepas dilaporkan berdepan masalah kewangan.

Stephen Chow dilaporkan menggadai rumahnya yang terletak di 12 Pollock Path, salah satu jalan termahal di Dunia pada bulan Mac yang lalu, ketika pandemik COVID-19 memuncak di Asia.

Dilaporkan seorang pembeli telah pun berminat untuk membeli rumah tersebut. Rumah agam berkenaan mempunyai keluaran 5,711 kaki persegi dan mempunyai pemandangan cantik bandar Hong Kong dari atas bukit dan mempunyai nilai pasaran HKD 1.1 bilion (~RM610 juta).

BACA: Duit Tak Boleh Beli Bahagia, Malah Boleh Jadi Perang Dalam Rumah Tangga

Tetapi, Chow tidak bercadang untuk menjual rumah tersebut. Menurut laporan, rumah berkenaan adalah salah satu hartanah kegemarannya yang dibeli pada harga HKD320 juta (~RM176 juta) pada tahun 2004.

Ini bukanlah kali pertama Stephen Chow berbuat demikian dan media di Hong Kong dan China berpendapat tujuan Chow menggadai rumahnya adalah untuk mancari dana bagi menghasilkan filem baharu di masa akan datang.Stephen Chow

Filem arahan beliau tahun lalu, New King Of Comedy tidak mendapat sambutan di China dan cuma membuat kutipan 632 juta Yuan (RM376 juta) di pasaran China berbanding filem The Mermaid tahun 2016 yang membuat kutipan sangat baik, 3.38 bilion Yuan (RM2 bilion) di China.

Stephen Chow pernah digelar ‘King Of Real Estate Speculation’ apabila bijak membuat pelaburan di Hong Kong. Sebagai contoh pada tahun 2004, beliau telah membeli satu lot kedai di Tsim Sha Tsui pada harga HKD210 juta (~RM115 juta) dan menjual semula hartanah berkenaan 6 tahun kemudian pada harga HKD320 juta (~RM176). Keuntungan dalam RM61 juta dalam masa 6 tahun sahaja.

BACA: Bijakkah Keputusan Beli Rumah Ketika Ekonomi Meleset?

Berdepan Masalah Kewangan, Stephen Chow Gadai Rumah Mewahnya Bernilai RM610 Juta Di Hong Kong 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here