Ini Benda Yang Korang Kena Tahu Kalau Bercuti Musim Wabak Ni! | Belum ada lagi antiviral dan juga penawar nak merawat virus yang sudah menyerang manusia sejak Disember tahun lalu. Kesannya, ramai yang terkorban akibat jangkitan koronavirus baharu ini. Industri pelncongan adalah yang paling banyak terjejas. Ramai juga yang batalkan trip akibat daripada virus ini.
Bukan itu je, ramai juga yang buat refund pakej travel yang diorang dah tempah. Namun, kalau korang memang kena pergi juga ke luar negara tak kisahlah atas urusan kerja atau sebab nak melancong.
Kalau negara yang korang nak pergi itu tak ada sejarah jangkitan koronavirus dan tak berbahaya macam China, silakan pergi. Cuma saya nak bagi sikit peringatan dan tips macam mana nak bercuti musim virus ini. Baca sampai habis tau!
Khabar angin ke tempat anda ingin bercuti betul tu?
Tak faham betul kenapa banyak sangat orang yang suka sangat buat dan kongsikan berita palsu. Khabar angin macam ini sebenarnya buat semua orang panik tak bersebab. Jadi dapatkan sumber yang sahih tentang koronavirus. Ada yang cakap virus ini boleh tersebar dengan telefon la, apa la. Aish, itu semua mengarut. Kaji juga perkembangan virus ini di negara yang korang nak pergi itu.

Pakai topeng hidung dan mulut ketika keluar bercuti
Ini sangat penting tau. Sangat penting! Bukan hanya nak elak koronavirus sahaja. Ia juga boleh mencegah selsema dan batuk daripada menular ke orang lain. Koronavirus boleh berjangkit dengan cecair yang keluar daripada bersin, batuk atau ketika seseorang bercakap.
Jadi, penggunaan topeng dikatakan paling efektif nak elakkan jangkitan. Terutamanya kalau korang pergi ke tempat yang ramai orang macam lapangan terbang, stesen bas dan tempat tarikan pelancong.
Basuh tangan, bawa hand sanitizer sepanjang anda bercuti
Selain daripada cecair yang keluar dari mulut, virus ini juga boleh berjangkit dengan sentuhan tangan sama ada bersentuhan secara direct dengan orang yang kena, atau menyentuh benda yang mempunyai virus. Jadi, korang boleh cegah penularan virus ini dengan selalu cuci tangan dengan antiseptik. Kalau susah sangat, korang beli hand sanitizer dan guna setiap 20 minit.
Perhatikan apa yang korang makan di lokasi anda bercuti
Makanan yang dimasak dengan sempurna boleh menghilangkan potensi penularan virus tau. Jadi kalau korang makan daging, pastikan ia dimasak sepenuhnya. Kalau boleh elakkan tempat yang jual makanan ekstream macam kelawar ke apa. Semuanya bergantung kepada lokasi percutian korang. Nak selamat bawalah makanan sendiri dan cari tempat makanan yang dijamin HALAL!
Baiklah, itu sahaja yang sis boleh kongsikan kali ini. Harap korang semua dapat jaga kesihatan dan juga keselamatan sambil travel. All the best!

[…] ini turut dijumpai di Pulau Kekabu, Marang. Orang ramai yang mengambil kesempatan ketika bercuti dan pergi ke pantai diminta berhati-hati agar memantau pergerakan anak mereka ketika berada di […]
[…] gerbang batu yang terhasil akibat hakisan ombak pantai. Gerbang batu ini menjadi satu tarikan pelancongan di Pantai Tusan kerana bentuknya yang menyerupai kepala kuda yang sedang menunduk seolah-olah […]
[…] pula, satu syarikat penerbangan menawarkan tambang murah untuk ke sana pada masa ini dan ramai yang membeli kerana ingin merasa menjejakkan kaki ke tanah […]