Home All Isu Semasa Berbuat Kebaikan Tapi Menunjuk-Nunjuk? Siapa Ikhlas dan Siapa Riyak? Ini Penjelasan Mufti...

Berbuat Kebaikan Tapi Menunjuk-Nunjuk? Siapa Ikhlas dan Siapa Riyak? Ini Penjelasan Mufti Perlis

11335
0
Berbuat Kebaikan Tapi Menunjuk-Nunjuk? Siapa Ikhlas dan Siapa Riyak? Ini Penjelasan Mufti Perlis

Berbuat Kebaikan Tapi Menunjuk-Nunjuk? Siapa Ikhlas dan Siapa Riyak? Ini Penjelasan Mufti Perlis | Hari ini kita dapat menyaksikan bagaimana kerja-kerja amal yang di lakukan oleh Ustaz Ebit menimbulkan rasa kurang senang dari segelintir pihak

Tampil memberi ulasan perkara yang sama tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Mufti Perlis hari ini tampil menjelaskan keikhlasan seseorang itu bergantung pada niat dan hanya Allah yang Maha Mengetahui. Apa yang pasti, apabila ada pemberian atau sumbangan, ada pihak yang mendapat manfaat dan seterusnya dapat mengurangkan beban mereka

Menurut Dr Asri lagi, dengan ada pihak yang tampil membantu, paling tidak bebanan fardhu kifayah dapat dikurangkan.

Kepada pihak yang mahu tegur soal keikhlasan ini pesanan padu Dr Asri. Berikut status Dr Asri di halaman Facebook milik beliau

Siapa Ikhlas, Siapa Riyak? Dalam Urusan Berbuat Kebaikan

Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui mengapa seseorang mempertontonkan sedekahnya. Jika dia ikhlas, dia mendapat pahala. Jika dia riyak, dia mendapat dosa dan tiada pahala.

Namun, sama ada dia ikhlas atau dia riyak, orang yang menerima kebaikan dan memerlukan akan mendapat sesuatu pemberian daripadanya. Apabila yang kesusahan mendapat keperluan, bebanan fardhu kifayah kita menjadi kurang.

Maka, bukan masalah kita jika seseorang itu ikhlas atau riyak dalam pemberian peribadinya. Serahkan urusan itu kepada ALLAH. Ia bukan urusan kita. Ia urusan seseorang dengan tuhannya ketika membuat kebaikan.

Jika kita ingin memberikan peringatan, berilah peringatan umum tentang bab ikhlas dalam amalan. Itu untuk ingatan semua tanpa perlu menilai manakah individu yang ikhlas atau yang riyak. Hal sanubari insan penuh keajaiban. Ia rahsia insan dengan Tuhan.

Berbuat Kebaikan Tapi Menunjuk-Nunjuk? Siapa Ikhlas dan Siapa Riyak? Ini Penjelasan Mufti Perlis 1

Ulasan Dr Asri ini mendapat 6.1k tanda suka, 296 komen dan 1.1k perkongsian selepas 24 minit di muat naik

Reaksi netizan Isu Berbuat Kebaikan

NOR Bvlian: Berprasangka baik.Selebihnya hanya Allah SWT lebih mengetahui isi hati hambanya.Jika jalan lurus atau tidak…tetap akan dapat bahagian daripadaNYA.Dialah Yang MahaMengetahui…sudah lupa atau terlupa atau pura2 lupa…tepuk dada tanya hati…sendiri tahu jawapannya.

Zarul: Kita manusia xperlu nak.ambik alih kerja tuhan..biarlah Allah yg tentukan..sedar lah diri skit kita ni hamba..paham x hamba..xkira lah sapa pon kita atas muka bumi nih pangkat tinggi mana pon ilmu tggi mana pon kita tetap hamba..nak insaf lgi bergaul lah dgn fakir miskin..bukan bergaul dgn golongan kaya raya..

Hatiah: Allah tunjuk insan berhati mulia , bertungkus lumus tolong sana, sini , tak kenal penat , leah, itu saja dah mencerminkan kedudukan hamba Allah itu di sisi Allah … Subhanallah…

Tok adi: Diye cemburu tuan mufti… Bukan semua org boleh buat camtu…moga ramai org non Muslim tertarik memeluk Islam dgn contoh akhlak ustad ebit liew..

BACA: Kita Bakal Berdepan Krisis Kewangan, Simpan Cash Sebanyak Yang Boleh!

Urusan bantuan sebelum pulang, Ustaz Ebit singgah di pulau pinang dan membantu beberapa keluarga Cina di sana.

“Sayu hati masuk perkampungan cina di Penang. Ada yang dah tua tiada kerja. Tadi ada yang menangis dapat hadiah dan sedikit belanja. Saya tiada apa-apa. Harap makan orang bagi. Mereka happy dapat hadiah. Ada yang susah sedikit. Macam-macam kerja mereka.

Senyuman mereka ubat hati ini. 2hari perjalanan ini rasa sedih dan insaf. Semoga uncle untie semua sihat yer. Saya dapat serahkan lebih 10 kawasan perkampungan dan taman. Pelbagai bangsa dan agama. Kita semua sebuah keluarga. Beberapa hospital klinik dan Balai Polis. Syukur selesai buat hari ini-ebitlew”

kebaikan

BACA: Setakat Ini Sajalah Saya Bantu Orang Susah Waktu PKP, Saya Cuma Cina Islam Bukan Ahli Politik. – Ebit Lew

Bagi admin Mudah je benda ni melibatkan kebaikan ni. Ada sedekah yang Ustaz Ebit tunjuk,sudah tentu ada sedekah yang dia sembunyikan. Fikir2kan.

Baca Selanjutnya

Berbuat Kebaikan Tapi Menunjuk-Nunjuk? Siapa Ikhlas dan Siapa Riyak? Ini Penjelasan Mufti Perlis 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here