Home All Isu Semasa PKP Fasa 4 Benarkan Orang Ramai Keluar Berdua, Ini Respons Warganet.

PKP Fasa 4 Benarkan Orang Ramai Keluar Berdua, Ini Respons Warganet.

3558
0
PKP Fasa 4 Benarkan Orang Ramai Keluar Berdua, Ini Respons Warganet.

PKP Fasa 4 Benarkan Orang Ramai Keluar Berdua, Ini Respons Warganet. | Umum tahu hari ini telah bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4.

Melalui fasa keempat ini, dapat dilihat jumlah kes positif COVID-19 setiap hari ini semakin menurun sekaligus menandakan negara menuju ke landasan yang betul dalam memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

Menerusi PKP Fasa 4, pihak kerajaan telah memberi kelonggaran dalam membolehkan ketua keluarga membawa seorang lagi ahli keluarga dalam membeli makanan, ubat-ubatan atau barangan keperluan harian.

BACA: Lelaki Akhirnya Ditahan, Kantoi 4 Kali Keluar Beli Makanan Semasa PKP Sampai PoIis Sudah Boleh Cam Muka

Selain itu, individu yang keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan juga turut dibenarkan. Perkara ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ketua keluarga atau ahli keluarga yang mahu membawa penumpang yang sedang sakit ke klinik mahupun hospital.

Diharap orang ramai dapat menurut PKP fasa keempat ini dalam memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan dalam masa terdekat.

Kelonggaran keluar berdua ini mendapat pelbagai respons dari warganet:

Dah Terbiasa Pula Keluar Seorang..

keluar berdua

Jangan Ambil Kesempatan Bawa Anak Sekali

keluar berdua

Keluar berdua dengan orang satu rumah, bukan pasangan rumah lain…

keluar berdua

Apapun keputusan keluar berseorangan atau berdua atas pilihan keluarga masing-masing untuk PKP Fasa ke 4 ini. Yang merasakan lebih mudah untuk keluar berseorangan dan proses pembelian jadi lebih cepat baik lah kekalkan norma keluar berseorangan.

Bagi mereka yang merasakan perlu keluar berdua kerana lebih cepat membuat pilihan barang dan dalam masa yang masa membantu mengangkat barang-barang bolehlah membuat pilihan untuk keluar berdua.

Semoga keputusan ini mendatangkan kesan yang positif dan tidak menimbulkan masalah penjarakan sosial dan menjadi punca kluster baru.

Baca Selanjutnya
PKP Fasa 4 Benarkan Orang Ramai Keluar Berdua, Ini Respons Warganet. 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here