Home Pengetahuan Ada Lagi Yang Belum Faham Tentang E-Wallet, Tapi Ramai Yang Nak Tebus...

Ada Lagi Yang Belum Faham Tentang E-Wallet, Tapi Ramai Yang Nak Tebus RM30. Ini Kelebihannya!

2699
0
e-wallet

Di media sosial ramai yang berkongsi info dan bercakap tentang tentang agihan RM30 untuk pengguna e-wallet yang boleh dituntut hari ini 15 Januari 2020 menerusi program e tunai rakyat.

Agihan tersebut diberi kepada 15 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM100k setahun yang boleh dituntut menerusi 3 pengendali e-wallet terbesa r iaitu Grab, Boost & Touch & Go.

Tak dinafikan ramai yang bercakap tentang perkara ini namun rasamua yak semua faham tentang e wallet atau e dompet ini. Apa makna, bagaimana kegunaan dalam kehidupan seharian dan kelebihan e wallet ini.

Buat yang belum tahu info ringkas ini boleh memberi kita kefahaman.

Apa itu E-Wallet?

E-wallet (atau Dompet Digital), berfungsi seperti dompet fizikal kita iaitu menyimpan wang, kad debit, kad kredit, dan juga maklumat akaun bank kita dalam satu aplikasi. Untuk lebih terperinci, e-wallet bertujuan untuk menggantikan dompet fizikal supaya kita tidak perlu membawa dompet atau beg tangan ke mana-mana.

Kelebihan E-Wallet

  • Mengurangkan jumlah wang yang perlu dibawa ke mana-mana
  • Tidak perlu beratur panjang untuk keluarkan wang di ATM
  • Transaksi menjadi lebih cepat, tidak perlu tunggu wang baki
  • Boleh menyimpan rekod perbelanjaan, tidak perlu simpan setiap resit
  • Banyak peluang untuk mendapat pulangan wang dan diskaun

Kekurangan E-Wallet

  • Susah digunakan jika kedai penjual atau pedagang tidak mempunyai sambungan internet yang stabil dan laju
  • Risiko penipuan, sama seperti penggunaan perbankan internet
  • Terlalu banyak e-wallet di pasaran, tidak tahu hendak pilih yang mana satu

ewallet

Bagaimana Menggunakan E-Wallet?

Mungkin ada sedikit perbezaan untuk setiap e-wallet, tapi prosesnya mudah dan lebih kurang sama.

Selepas memuatnaik e-wallet, pengguna hanya perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam aplikasi tersebut untuk digunakan. Sesetengah e-wallet juga membenarkan maklumat kad kredit atau akaun bank dihubungkan melalui aplikasi itu sendiri.

Pengeluaran pula bergantung kepada kemudahan setiap e-wallet. Sebagai contoh, GrabPay membenarkan pengguna untuk menggunakan baki yang ada untuk membayar tambang Grab, manakala Boost membolehkan pengguna membeli apa-apa saja di KK Speedmart.

Hanya imbas kod QR dan anda sudah berjaya melakukan pembayaran. Baki wang anda di e-wallet akan ditolak, dan anda boleh masukkan seberapa banyak jumlah wang pada bila-bila masa jika baki tidak mencukupi.

Senarai E-Wallet Yang Ada Di Malaysia

Berikut adalah senarai e-wallet yang ada di Malaysia. Setiap e-wallet mempunyai keistimewaan mereka masing-masing. Pilih mana yang sesuai dengan anda.

  • Boost
  • GrabPay
  • Touch n Go Wallet
  • WeChat Pay
  • BigPay
  • FavePay
  • SamsungPay
  • Paypal
  • VCash
  • MPay
  • KiplePay
  • RazerPay
  • Ipay88
  • Payfy
  • MCash
  • Setel
  • UOB Mighty

Sumber

Ada Lagi Yang Belum Faham Tentang E-Wallet, Tapi Ramai Yang Nak Tebus RM30. Ini Kelebihannya! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here