Belajar Alif Ba Ta Usia 40 Tahun, Mark Adam Dipuji & Harap Istiqamah

0
224
mark adam

Belajar Alif Ba Ta Usia 40 Tahun, Mark Adam Dipuji & Harap Istiqamah | Umum mengetahui figura seni bernama Mark Adam ini merupakan seorang pelawak. Sikapnya yang bersahaja dengan kareakternya sedemikian sentiasa mengundang lucu buat peminatnya.

Dia yang berasal dari, Cebu, Filipina, juga merupakan seorang penyanyi. Namun apa yang cukup menyentuh hati adalah Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah juga mempunyai sebuah pusat latihan vokal yang hampir setiap hari mengajar anak muridnya aspek lontaran suara untuk menyanyi dengan merdu.

mark adam

Namun bukan itu yang ingin diperkatakan. Sebaliknya perkongsiannya baru-baru ini mengundang rasa sebak di hati peminatnya. Mark yang kini memasuki usia 40 tahun itu diajar untuk membaca Iqra oleh seorang pengajar sebagai permulaan bagi mempelajari kitab suci al-Quran.Belajar Alif Ba Ta Usia 40 Tahun, Mark Adam Dipuji & Harap Istiqamah 1

Belajar Alif Ba Ta Usia 40 Tahun, Mark Adam Dipuji & Harap Istiqamah 2

Suami kesayangan Nor Azah Redzuan yang juga merupakan pengurusnya memuat naik satu video yang berdurasi 55 saat. Di dalam rakaman video tersebut kelihatan Mark Adam menyebut satu persatu huruf sambil diperbetulkan oleh pengajar tersebut.

Insyaallah Thank u Ustaz 🙏🙏🙏 – Mark Adam

Demikian kapsyen ringkas yang ditulis oleh Mark Adam menerusi rakaman video tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Insyaallah Thank u Ustaz 🙏🙏🙏

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Rata-rata peminatnya mendoakan yang terbaik dan dipermudahkan buat penyanyi tersebut.

hairulnisya Semoga dipermudahkan menuntut ilmu Al-Quran 😊

hey.manis Alhamdulillah semoga Allah terangkan hati dan permudahan ibadah urusan Mark. 🙂

fatheenqaisara Alhamdulillah. Good job, Uncle Mark. Semoga istiqomah dan dipermudahkan segala urusan ❤

wd_gemilang79 Alhamdulillah Pandai adik akak baca.perlahan2 lama2 pandai nanti tu.

di4n4.dee80 Alhamdulillah…ramai lagi artis macam ni elok untuk diikutkan dari terkinja kinja…

balangcendana Alhamdulillah… Semoga kamu dlm rahmat Allah Mark. Dilimpahkn rezeki zahir dn batin tidak terhingga. Jarang org seusia mark mahu belajar mukaddam.

azmah_5366 Alhamdulillah…Tak tahu tapi istiqomah utk belajar itu lebih baik drp org yg tahu tetapi rasa dia dah pandai terus Tak mau belajar..👍

akim_a31 Come on mark…you can do it…menyanyi boleh…apatah lagi mengaji kan…semoga terus istiqamah

tulip_ayfaa bagusnyaaa mark 👍🏻👍🏻👍🏻 Allah sayang mark..insan terpilih 💖 semoga istiqomah 💪🏻 perlahan2 nnti mark pandai la tu ☺️😊

Sumber: IG markadam1079

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here