Home All Isu Semasa Batal Perkahwinan Saat Akhir, Lelaki Menang Saman RM30k Bekas Tunang

Batal Perkahwinan Saat Akhir, Lelaki Menang Saman RM30k Bekas Tunang

10274
2
perkahwinan

Batal Perkahwinan Saat Akhir, Lelaki Menang Saman RM30k Bekas Tunang | Suatu ketika dahulu kisah pemuda dikenali sebagai Ezrin ini pernah viral apabila bakal pengantin perempuan memutuskan hubungan mereka pada saat akhir iaitu 21 hari sebelum hari pernikahan.

Difahamkan, ianya berpunca kerana wanita tersebut mempunyai buah hati lain. Semua persiapan sudah disediakan termasuk tempahan dewan, goodies, kad kahwin, baju dan tiket percutian bulan madu sudah ditempah tetapi akhirnya hubungan tersebut kecundang di tengah jalan.

Susulan itu, pemuda itu mengambil keputusan untuk menyaman bekas tunangnya bagi membayar ganti rugi setiap kos yang dikeluarkan untuk persiapan perkahwinan mereka dimana bernilai hampir RM30,000.

perkahwinan

Hampir tiga tahun turun naik mahkamah, akhirnya kemenangan berpihak kepadanya apabila bekas tunangnya gagal mengemukakan alasan enggan berkahwin.

Saman Bukan Soal Kerugian Batal Perkahwinan Tetapi Kerana Maruah

Menurut pemuda tersebut, tindakannya menyaman bekas tunangnya bukan kerana soal kerugian tetapi mahu menuntut keadilan dan membela maruah dirinya serta keluarga. Pemuda itu juga berharap kisahnya itu dapat dijadikan iktibar oleh orang lain.

Batal Perkahwinan Saat Akhir, Lelaki Menang Saman RM30k Bekas Tunang 1

Perkongsian pemuda itu mendapat perhatian netizen yang mengucapkan tahniah serta gembira mendengar perkhabaran tersebut.

Malah ramai yang bersetuju dengan tindakan pemuda itu yang berjuang habis-habiskan untuk mendapatkan keadilan buat dirinya.

Sumber : ezrinmn

Batal Perkahwinan Saat Akhir, Lelaki Menang Saman RM30k Bekas Tunang 2

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here