Home All Isu Semasa Ini Sebab Barang Pos Laju Lambat Sampai Semasa PKP

Ini Sebab Barang Pos Laju Lambat Sampai Semasa PKP

7966
4
Ini Sebab Barang Pos Laju Lambat Sampai Semasa PKP

Ini Sebab Barang Pos Laju Lambat Sampai Semasa PKP | Jika anda tertanya-tanya kenapa barang Pos Laju anda lambat sampai semasa tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini, ketahuilah bahawa anda sebenarnya tak keseorangan.

Ketika PKP ini, salah satu servis perlu (essential services) yang sedang sibuk adalah Pos Malaysia.

Menurut Pengurus Kanan Pick Up & Delivery Pos Malaysia, Mohd Azilah A Rahim berkata, pihaknya turut menerima peningkatan jumlah pesanan Pos Laju sebanyak 35% sepanjang PKP ini.

pos laju lambat

“Kami menerima sehingga 770,000 bungkusan sehari dan jumlah ini meningkat melebihi kapasiti biasa Pos Laju iaitu 350,000 bungkusan sehari.

“Sebenarnya Pos Malaysia dan Pos Laju mempunyai banyak pengalaman untuk menghadapi waktu kritikal seperti ini.

BACA: Pos Malaysia Menawarkan Komisen Hingga RM6,000 Sekiranya Anda Membantu Menghantar Bungkusan Semasa PKP

“Oleh itu, kami menambah fasiliti pemprosesan supaya semua barang yang diterima dapat diserahkan kepada pelanggan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, berikutan peningkatan jumlah bungkusan dan waktu perniagaan disingkatkan sepanjang PKP, penghantaran Pos Laju dijangka akan sedikit lambat.

Mohd Azilah berkata, untuk memenuhi permintaan pelanggan, penghantaran turut dilakukan pada hari Ahad dan kakitangan serahan Pos Laju bertugas bermula 8.30 pagi hingga 7 petang.

“Khidmat tambahan ini mengelakkan berlaku lambakan bungkusan di pusat Pos Laju dan mempercepatkan proses penghantaran kepada penerima,” katanya.

Baru-baru ini sebuah video yang menujukkan situasi di KLIA Hub Pos Malaysia yang dipenuhi barang antara punca Pos Laju lambat menghantar bungkusan anda.

Susulan penularan video tersebut, Pos Malaysia mengeluarkan kenyataan:

“Pos Malaysia telah menerima secara purata lebih 600 ribu parcel setiap hari semasa tempoh PKP. Kakitangan kami tekun menjalankan tugas untuk memastikan semua parcel diserah kepada penerima.

“Namun, waktu operasi kami adalah tertakluk kepada garis panduan dan pematuhan PKP.

“Kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk menghantar barangan anda dan berharap agar anda dapat bersabar. Kerjasama anda amat kami hargai.”

Pos Malaysia turut menasihatkan pelanggan yang membuat pembelian dalam talian supaya menetapkan alamat rumah terkini.

“Ini adalah kerana penyerahan tidak dapat dilakukan kepada premis pejabat atau perniagaan yang ditutup semasa PKP.

“Kami juga menggunakan perkhidmatan AskPos, ejen pintar maya di laman sesawang kami bagi memudahkan pelanggan kemas kini alamat,” katanya.

Sementara itu, bagi memudahkan pelanggan membuat pembayaran bil utiliti, telekomunikasi, Internet atau memperbaharui insurans kenderaan dan perjalanan, ia boleh dibuat melalui atas talian (posonline.com.my) tanpa perlu hadir ke pejabat pos.

Baca Selanjutnya

Ini Sebab Barang Pos Laju Lambat Sampai Semasa PKP 1

4 COMMENTS

  1. 1 bulan dah barang aku sangkut
    tak berjalan babi, esok dah kerja, barang sepatutnya datang at least 2 minggu, ni dh excess 1 minggu, serius teruk, banyak sangat ke barang sampai tak dapat handle

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here