Home All Isu Semasa Bantuan Perniagaan Mikro, Permohonan Geran Khas Prihatin Mulai 1 Mei.

Bantuan Perniagaan Mikro, Permohonan Geran Khas Prihatin Mulai 1 Mei.

960
1
Bantuan Perniagaan Mikro, Permohonan Geran Khas Prihatin Mulai 1 Mei.

Bantuan Perniagaan Mikro, Permohonan Geran Khas Prihatin Mulai 1 Mei. | PERMOHONAN Geran Khas Prihatin untuk perniagaan mikro dibuka mulai 1 Mei 2020, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, proses permohonan akan diselaraskan dan diumumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam masa terdekat.

Mengenai Program Subsidi Upah, sehingga 26 April, permohonan subsidi upah diluluskan meningkat daripada 159,000 majikan, membabitkan satu juta pekerja kepada 195,000 majikan membabitkan 1.5 juta pekerja.

Bantuan Perniagaan Mikro

BACA: Sanggup Menipu Demi Bantuan Zakat, Akhirnya ‘Terkantoi’ Baki Akaun Bank Ada Puluhan Ribu

“Bantuan ini membabitkan peruntukan RM1.35 bilion, meningkat daripada RM1.2 bilion pada minggu lalu,” katanya menerusi perkongsian laporan ketiga pencapaian pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasminya semalam.

Tengku Zafrul berkata, bagi Dana Pinjaman Mudah PKS untuk perniagaan mikro dengan peruntukan RM6.3 bilion, sebanyak RM4.5 bilion diluluskan untuk 8,500 PKS sehingga 26 April lalu, meningkat berbanding RM2.7 bilion untuk 5,000 PKS pada minggu lalu.

Sementara itu, katanya, RM95.4 juta dikumpul atas ihsan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta beberapa syarikat swasta di bawah Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC dan GLIC (GDRN).

Tengku Zafrul berkata, daripada jumlah itu, RM79 juta disumbangkan kepada Kementerian Kesihatan melalui pembelian peralatan kesihatan dan makmal, termasuk 138 ventilator, 56,000 pelindung muka, 69,000 sarung tangan, dan lebih 1,700 kelengkapan pelindung diri (PPE).

Bantuan Untuk NGO

Beliau berkata, Kementerian Kewangan bekerjasama rapat dengan Yayasan Hasanah untuk memberi sokongan kepada organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terkesan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sokongan diberi untuk memastikan NGO meneruskan usaha murni mereka dalam menjaga kebajikan rakyat di bawah penjagaan mereka,” katanya menerusi perkongsian laporan ketiga pencapaian pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

Katanya, pada 14 April 2020, kementerian bersama Yayasan Hasanah melancarkan Geran Khas Hasanah 2020 bagi menyokong program sosial yang meningkatkan kualiti hidup serta memulihkan ekonomi kumpulan sasaran.

Beliau berkata, ia termasuk komuniti B40, komuniti mudah terjejas, golongan pelarian, orang asal, warga emas, gelandangan, kanak-kanak berisiko, wanita, belia dan orang kelainan upaya (OKU) dari seluruh Malaysia.

Katanya, program sosial yang layak menerima geran itu boleh dilaksanakan sehingga April 2021, iaitu ketika dan selepas PKP.

“Secara amnya, ukuran dana maksimum untuk sebarang projek atau program sosial sehingga RM250,000. Setakat ini, lebih 100 permohonan diterima dan dana akan dipertimbangkan kepada NGO yang layak.

“Bagi NGO yang belum memohon, sila kemukakan permohonan anda sebelum 15 Oktober 2020,” katanya.

Baca Selanjutnya

Bantuan Perniagaan Mikro, Permohonan Geran Khas Prihatin Mulai 1 Mei. 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here