Home All Isu Semasa Bantu Orang Susah Tak Kira Bangsa Agama, Uncle Kuan Terpaksa Henti Beri...

Bantu Orang Susah Tak Kira Bangsa Agama, Uncle Kuan Terpaksa Henti Beri Sumbangan Wang Kerana Tiada Lagi Penyumbang

7794
0
Bantu Orang Susah Tak Kira Bangsa Agama, Uncle Kuan Terpaksa Henti Beri Sumbangan Wang Kerana Tiada Lagi Penyumbang

Ramai NGO yang menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan termasuk salah seorang insan yang bernama Uncle Kuan.

Uncle Kuan kongsi rezeki tanpa mengira kaum, agama dan bangsa

Beliau sering berkongsi rezeki dan pelbagai kisah mengenai keperitan hidup yang dilalui oleh masyarakat melalui Facebook miliknya.

Posted by Kuan Chee Heng on Friday, April 24, 2020

Kuan Chee Heng atau lebih mesra dengan panggilan Uncle Kentang ini sering menjadi tumpuan netizen kerana kebaikan yang dihulurkan tanpa mengira bangsa dan agama.

Uncle Kentang tidak lagi dapat beri sumbangan

Uncle Kuan

Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh Uncle Kuan di Facebook, beliau memberitahu bahawa dia tidak dapat menghulurkan bantuan kewangan kepada golongan yang susah selepas ini.

Posted by Kuan Chee Heng on Monday, April 20, 2020

Beliau akan memberi tumpuan untuk sumbangan makanan pula dan hanya diberikan kepada mereka yang tinggal di Puchong.

Kami tutup kedai dan gulung tikar

Jika sebelum ini, beliau sentiasa dilihat turun padang menghulurkan bantuan namun ketika ini beliau dana yang diperolehi sudah berkurangan.

“Notis pemberitahu. Kami tutup kedai dan gulung tikar. Kami kini hanya memberi makanan kepada orang di kawasan Puchong sahaja. Oleh kerana dana kekurangan,“tulis beliau.

Notis pemberitahu. KAMI TUTUP KEDAI DAN GULUNG TIKAR. Kami kini HANYA memberi makanan kepada orang di kawasan Puchong…

Posted by Kuan Chee Heng on Saturday, May 30, 2020

Tidak ada bantuan wang lagi akan diberi

“Kami sudah hentikan kiriman wang kepada mereka yang susah. Harap maklum. Tidak ada bantuan wang lagi akan diberi. Mohon contact dengan mana mana NGO lain”.

“Hanya ada makanan di dapur umum Chef Gemuk dan juga restoran Kiong Kee bagi non halal untuk Non Muslim”.

Ambulan dan van jenazah kami masih bantu

“Untuk mereka yang perlu ambulan dan van jenazah, kami memang bersedia bantu anda. Call saja 018 2683999. 01155052148 untuk bantuan ambulan”.

Aku nak beli but she and hubby refused to accept our payment. Thank u so much. We need to go around and ensure our…

Posted by Kuan Chee Heng on Tuesday, April 28, 2020

Walaupun bantuan duit sudah tidak disalurkan, namun Uncle Kuan masih memberi makanan kepada golongan yang memerlukan di Puchong.

Menurut beliau, tiada sebarang kiriman wang akan diberikan kerana dana yang diperoleh mereka sudah tidak mencukupi.

Netizen berterima kasih dengan khidmat bakti yang diberikan

Kepada sesiapa yang masih memerlukan ambulan dan van jenazah, Uncle Kuan sedia memberikan perkhidmatannya.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen terima kasih dan menghargai jasa yang dilakukan Uncle Kuan selama ini.

Jasa dan pengorbanan Uncle Kentang amat dihargai

Malah, ada yang turut mengenang jasa dan pengorbanan Uncle Kentang terhadap masyarakat sangat berharga.

Semoga perniagaan Uncle Kentang kembali pulih dan diharap jasa dan pengorbanan Uncle Kentang boleh dijadikan contoh dan teladan buat kita semua.

BACA: Beza Agama Bukan Halangan, Ebit Lew Masuk Kuil Serah Bantuan Buat Sami Hindu

 

Bantu Orang Susah Tak Kira Bangsa Agama, Uncle Kuan Terpaksa Henti Beri Sumbangan Wang Kerana Tiada Lagi Penyumbang 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here