Gebu Dan Sedap, Pak Cik Ini Bangga Dengan Roti Buatan Isteri Buat Netizen Kagum | Sebut tentang cinta, pastinya kita akan sentiasa memuji cinta hati kita, bukan? Mungkin inilah dinamakan cinta apabila kita sentiasa berasa bahagia dan bangga dengan pasangan kita.
Terbaharu, perkongsian video seorang pengguna Twitter @aisyaj telah mendapat perhatian netizen. Mana tidaknya, video itu menampilkan seorang pak cik yang menjual roti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh yang bangga dengan roti buatan isterinya.
Menerusi perkongsian tersebut, pak cik tersebut yang fasih berbahasa Inggeris mempromosikan jualan rotinya dan tidak putus-putus memuji hasil air tangan isterinya.
i met this pakcik at RNR Sg. Buloh last night and i love they way he speaks about his wife who bakes all the breads he is selling :’) pic.twitter.com/crb41C49u5
— Aisya J (@aisyaj) September 24, 2020
Difahamkan, pak cik ini menjual lebih daripada 22 jenis roti yang bukan sahaja gebu tetapi sedap. Berikutan perkongsian itu, rata-rata netizen berasa kagum dengan pak cik ini.
Bukan itu sahaja, para netizen yang pernah mencuba roti yang dijual pak cik ini juga memuji roti-roti buatan isterinya kerana tidak kedekut, gebu dan paling utama sedap.
Guys beli doh buns from this kedai!!! I selalu singgah kalau pergi/balik from ky and would always get their chicken floss buns sedap sangat I highly recommend! https://t.co/r0ZgbnEpg1
— effy yeffi 🇲🇾🌺 (@pyonned) September 24, 2020
Tengok roti sahaja sudah tahu sedap. Adakah anda pernah mencuba roti yang dijual pak cik ini? Selamat maju jaya diucapkan untuk perniagaan pak cik ini!
BACA JUGA :: Suami Isteri Nak Bahagia Bersama, Tolong Sama-Sama Jangan Buat 7 Perkara Ni.

[…] kredit kataustaz […]