Home All Isu Semasa Banduan Berjaya Memperoleh Keputusan 6A SPM Hanya Mahu Gembirakan Ibu Dengan Keputusan...

Banduan Berjaya Memperoleh Keputusan 6A SPM Hanya Mahu Gembirakan Ibu Dengan Keputusan Cemerlang

2122
0
SPM

Sekolah Integriti Penjara Marang berjaya mencatatkan rekod keputusan SPM 2019 yang memberangsangkan. 16 orang pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat keputusan lulus dengan seorang pelajar mendapat 6A, empat pelajar masing masing memperoleh 5A, 4A, 3A dan 2A dan 11 pelajar yang lain memperoleh 1A.

Keputusan yang paling membanggakan pihak sekolah ialah kesemua pelajarnya memperoleh gred A untuk mata pelajaran sains.

Penyelia sekolah, Nor Amalina Kasim melahirkan perasaan yang sangat membanggakan kerana semua pihak yang terlibat memberikan kerjasama yang sangat komited terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia kerana menyalurkan bantuan dana untuk pembelian buku sekolah dan buku rujukan.

SPM

“Saya juga ada keinginan …” -Hassan

Hassan,21 (bukan nama sebenar) berjaya mencatatkan keputusan paling cemerlang di antara 16 pelajar SPM, 6A mengharapkan adanya sinar pengampunan buat dirinya kelak. Meskipun dia mengetahui masa depan dirinya di luar masih belum dapat diduga.

Tidak mahu terus tinggal disitu, Hassan tekad untuk berusaha mendapatkan pengampunan terhadap dirinya selepas disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya pada tahun 2016. Kisah Hassan sebelum ini pernah tular di media sosial yang meminta orang ramai untuk mendoakannya selepas menduduki peperiksaan SPM.

Ibunya pernah menangis terharu melihat keputusan Hassan yang memperoleh (4A 2B 1C) dan dengan keputusan SPM ini dia mengharapkan ibunya berbangga dengan pencapaiannya. Hassan menyimpan keinginan untuk menyambung pelajaran meskipun tidak mampu belajar seperti orang lain di luar sana.

Segala yang dia lakukan di dalam penjara ini merupakan usahanya untuk menggembirakan ibunya yang telah banyak bersabar dengan kelakuan dia dahulu.

SPM

“Saya sendiri tidak sangka daripada tak pernah ke sekolah menengah akhirnya ambil SPM. Dapat pulak A dalam Sains” -Alif

Lain pula kisah Alif, 22 (bukan nama sebenar) yang memperoleh keputusan SPM yang baik untuk dirinya walaupun kali terakhir dia bersekolah ialah semasa dia berumur 12 tahun, darjah enam.

Dia hanya berpeluang untuk belajar selama enam bulan sebelum mengambil keputusan untuk mengambil peperiksaan SPM 2019. Hukuman yang dijalani sejak tahun 2018 itu membuktikan bahawa dia juga mahu membuktikan kepada ibunya bahawa dia ada keinginan untuk berubah dan mengharapkan keluarganya juga menerima kembali dirinya.

Alif meneruskan tekad untuk menyambung pelajaran selepas selesai menjalani hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan akibat melakukan rompakan. Menurut Alif, selepas darjah enam beliau dijaga oleh datuknya selepas kedua ibu bapanya berpisah dan berhenti belajar untuk bekerja sebagai nelayan demi kelangsungan hidup.

Pemulaan episod hitam dalam hidup bermula apabila adiknya (dijaga ibunya) menerima pelbagai ugutan kerana berhutang sebanyak RM200 hingga memaksanya yang terdesak merompak sebuah kedai serbaneka.

Alif bersunguh-sungguh berdoa agar orang di luar sana masih mempunyai sifat belas kasihan untuk menerima insan yang bergelar bekas banduan untuk meneruskan kehidupan yang lebih bermakna.

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar dari Sekolah Integriti Penjara Marang!

Banduan Berjaya Memperoleh Keputusan 6A SPM Hanya Mahu Gembirakan Ibu Dengan Keputusan Cemerlang 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here