Home All Keluarga Bahagian & Hak Isteri Paling Sikit Walau Isteri Banyak Menyumbang Aset, Ini...

Bahagian & Hak Isteri Paling Sikit Walau Isteri Banyak Menyumbang Aset, Ini Sebabnya

2736
0
Bahagian & Hak Isteri Paling Sikit Walau Isteri Banyak Menyumbang Aset, Ini Sebabnya

Bahagian & Hak Isteri Paling Sikit Walau Isteri Banyak Menyumbang Aset, Ini Sebabnya | Usah ambil mudah bab pembahagian harta untuk diri kita sebagai isteri hingga tidak membuat sebarang persiapan untuk diri.

Ini dek kerana beranggapan harta suami akan menjadi milik mutlak isteri jika berlaku sesuatu yang tidak diduga.

Namun hakikatnya, hak isteri ke atas harta peninggalan suami adalah bahagiannya paling sedikit.

Hal ini dijelaskan lagi oleh peguam Roslina Sabiyah & Co. Jom semak dan fahami perkongsian ini.

Mudahnya Belajar Faraid – (Bahagian Hak Isteri)

Kenapa nak mulakan dgn bahagian isteri dulu? Sebenarnya tak kisah mana dulu, cuma yang paling banyak soalan pasal faraid ini diajukan dari pihak isteri. Biasalah, isteri kan minister of finance merangkap minister of home affairs kan.. mestilah dia nak kena tau hak dia dulu.

Walaupun isteri yang paling banyak menyumbang dalam pencarian aset dan harta suami, hakikatnya bahagian isterilah yg paling sikit.. inilah fakta yg ramai isteri2 terlepas pandang..

hak isteri

Bahagian faraid isteri ada 2 keadaan

– 1/4 : bila si mati TAK ADA anak
– 1/8 : bila si mati ADA anak

Dalam pembahagian faraid si mati suami, kita tak tengok isteri mana yg ada anak atau tak..tapi yg kita tengok ialah SI MATI ada tinggalkan anak atau tak? Kalau ada.. bahagian hak isteri akan dibahagi sama rata tak kira sama ada isteri tu ada anak atau tak ada.

Contoh pengiraan :

1) Si mati meninggalkan 2 orang isteri. Isteri pertama ada 2 orang anak, isteri kedua tak ada anak. Berapa setiap isteri akan dapat? 1/8 bahagi 2 isteri kerana si mati ada anak. Maka setiap isteri akan dapat 1/16 (walaupun isteri kedua tak ada anak dia tetap dapat 1/16 juga).

2) Si mati meninggalkan 2 orang isteri. Isteri pertama tak ada anak, isteri kedua seorang janda yang ada 2 orang anak (anak dengan suami terdahulu). 1/4 bahagi 2 isteri kerana si mati tak ada anak. Maka setiap isteri akan dapat 1/8 (walaupun isteri kedua ada anak dengan suami terdahulu). Anak tiri tidak mewarisi harta pusaka daripada bapa tiri.

3) Si mati meninggalkan 4 orang isteri dan ada anak. Setiap seorang isteri akan dapat 1/32 tak kira isteri tu ada anak ramai atau tak ada anak langsung, bahagian mereka sama sahaja.

hak isteri

BACA JUGA: Sebelum Berniat Menuntut Faraid, Ingat Satu Tanggung Jawab Ini. Ramai Lupa Diri

Kalau macam tu tak adil la isteri pertama pun dapat bahagian sama dgn isteri muda. Isteri pertama dah kawin 20 tahun. Isteri muda baru je kawin setahun tapi dapat bahagian yg sama juga.

Sebenarnya, untuk isteri pertama mereka boleh dapat bahagian faraid dan juga boleh tuntut harta sepencarian ke atas harta suami yg dibeli dalam tempoh perkahwinan mereka. Isteri muda hanya berhak ke atas bahagian faraid tetapi tidak berhak menuntut harta sepencarian tersebut melainkan harta baru yang dibeli sebaik tempoh mereka mula berkahwin.

Secara ringkasnya, sifir faraid isteri-isteri ialah :

Jika si mati (suami) ada anak :
1 isteri – 1/8
2 isteri – 1/16
3 isteri – 1/24
4 isteri – 1/32

Jika si mati (suami) tiada anak :
1 isteri – 1/4
2 isteri – 1/8
3 isteri – 1/12
4 isteri – 1/16

Mudahkan kalau dah faham pasal hak isteri? Biar tahu jangan keliru.

Sumber: Roslina Sabiyah & Co

Bahagian & Hak Isteri Paling Sikit Walau Isteri Banyak Menyumbang Aset, Ini Sebabnya 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here