Home All Tazkirah Bahagia Bila Kita Sentiasa Bersyukur. Tak Perlu Bandingkan Dengan Orang Lain

Bahagia Bila Kita Sentiasa Bersyukur. Tak Perlu Bandingkan Dengan Orang Lain

1061
0
Bahagia Bila Kita Sentiasa Bersyukur. Tak Perlu Bandingkan Dengan Orang Lain

Bahagia Bila Kita Sentiasa Bersyukur. Tak Perlu Bandingkan Dengan Orang Lain | Kadang-kadang kita melihat orang lain cukup bahagia dengan kehidupannya. Mulalah bandingkan dengan orang lain dan timbul rasa cemburu atau iri hati. Sedangkan kita hendaklah bersyukur dengan apa yang kita ada. Tak perlulah nak membandingkan dengan orang lain.

Setiap orang ditakdirkan dengan cara hidup yang berbeza-beza dan masalah yang berlainan. Kalau semuannya sama, tiadalah hitam putih dan warna warni kehidupan. Sebab itulah, jika ada kekurangan, kita perlu sentiasa bersyukur. Itulah anugerah dan rezeki yang Allah berikan.

Perkongsian daripada Intan Dzulkefli, cukup membuatkan kita rasa sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

sentiasa bersyukur

Tak Perlu Bersaing, Belajar Untuk Sentiasa Bersyukur

Dugaan terbesar kita ini adalah susah sangat nak sentiasa bersyukur. Mungkin kita kata kita sudah bersyukur tapi hakikatnya masih belum. Jadi, macam mana nak bahagia jika tidak bersyukur kan?

Paling payah bila ada rasa nak bersaing dengan orang terdekat seperti adik beradik, kawan-kawan, jiran tetangga. Tentang material duniawi. Bab kahwin, bab tambah anak, tambah harta benda, rupa paras.

Benda-benda yang ulama’ kata tak berharga pun untuk timbangan amal, tak berharga untuk menyelamatkan kita masa dalam kubur. Tapi itulah yang nafsu kita ni kejarkan sangat kan.

Usah Pertikaikan

Nampak mereka bahagia kahwin muda, ada kereta, beli rumah, kita rasa insecure. Bersyukurlah.

Jika nampak orang buat bisnes sekejap terus kaya, kita merungut kenapa kita jual susah nak laku?

Nampak orang famous tayang itu ini kat media sosial kita pertikaikan kenapa la hidup orang lain ‘seems perfect’ je?

Bila nampak orang lain beranak tiap tahun anak semua baik je tak tantrum, kita pun cakap; “untungnya la dah la muka cantik, kaya, suami hensem, anak lawa-lawa”

Mungkin kita tak luahkan dengan kata-kata tapi hati kecil yang memberontak begitu. Oh bahaya!

Telitilah dengan penuh hikmah setiap apa yang Allah anugerahkan kepada kita. Berhentilah memandang orang-orang yang di ‘atas’ kita, kerana bimbang kita sibuk membanding-banding kehidupan mereka dengan kita dan hasilnya lahir prasangka yang sangat buruk kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, Allah yang Maha Penyayang.

Tenang & Bahagia

Tahu tak kenapa kita susah nak rasa tenang dan bahagia?
Antara sebabnya, kita kurang bersyukur atas apa yang ada di sekeliling kita.

Apa yang Allah bagi kita kurang bersyukur, apa yang Allah belum bagi dan tak bagi kita persoalkan pula.

Pujuklah hati kita yang keras ini untuk selalu bersyukur selalu. Bukannya hanya kata syukur di mulut tapi di hati dan perbuatan kita juga.

Kan Allah dah janji siapa yang bersyukur akan ditambah lagi nikmat? (Bacalah Surah Ibrahim, ayat 7).

Jomlah kita sama-sama selalu berdoa..

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang redha dengan ketetapanMu, dan yang selalu merasa cukup dengan pemberianMu.”
Tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini melainkan diberikan rasa kecukupan atas segala nikmat pemberian Tuhan. Itulah dia namanya, qanaah.
Allah… Sentap. Muhasabah diri.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Dengan bersyukur itulah membuatkan kita hidup bahagia dan tenang.

Sumber: Intan Dzulkefli

Bahagia Bila Kita Sentiasa Bersyukur. Tak Perlu Bandingkan Dengan Orang Lain 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here