Home All Isu Semasa Mangsa Terakhir Ditemui, Ayah Tunggu Jenazah Tiga Beradik Pakai Baju Melayu ‘Sedondon’

Mangsa Terakhir Ditemui, Ayah Tunggu Jenazah Tiga Beradik Pakai Baju Melayu ‘Sedondon’

8441
2
Mangsa Terakhir Ditemui, Ayah Tunggu Jenazah Tiga Beradik Pakai Baju Melayu ‘Sedondon’

Selepas usaha menyelamat dan mencari giat dijalankan, akhirnya mayat terakhir tiga beradik yang lemas, Khalif Naim Mohd, 16 tahun, berjaya ditemui kira-kira jam 12.40 tengah hari.

Mayat terakhir ditemui

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Buletin TV3, mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Imtiyaz, Kuala Berang dipercayai telah lemas bersama dua abangnya.

TERKINI LEMAS| Mangsa ketiga dan yang terakhir Khalif Naim Mohd, 16 tahun, ditemui kira-kira jam 12.40 tengah hari. Mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Imtiyaz, Kuala Berang.

Posted by Buletin TV3 on Wednesday, May 27, 2020

Sepupu kongsi maklumat

Sementara itu, dalam satu tweet seorang gadis dengan nama akaun yayashii, yang mengakui merupakan sepupu kepada 3 beradik tersebut, berkongsi maklumat mengenai kejadian lemas tersebut.

3 Beradik bukan pergi mandi Sungai

Dalam satu balasan di tweetnya, gadis itu memberitahu bahawa 3 beradik itu pergi ke sungai berkenaan bukanlah mahu bermandi-manda, sebaliknya mereka pergi untuk menyapu sampah di bawah pokok.

Khalif Naim pergi ke sungai hanya untuk membasuh kaki, malangnya telah terbawa dengan arus deras. Melihat adiknya lemas, dua abangnya terus terjun ke sungai bagi menyelamatkan, tetapi ketiga-tiga mereka hanyut.

tiga beradik

Wajah sayu ayah tunggu jenazah anak

Malah, terdapat satu lagi perkongsian di Facebook, memaparkan wajah sayu ayah kepada tiga beradik itu, yang setia menanti anak-anaknya dengan memakai baju Melayu yang dipakai sedondon bersama ketika menyambut Aidilfitri.

Tatap muka sang ayah ni . YaAllah sebaknya rasa . Aku pernah rasa kehilangan seorang anak dua tahun yang lalu . 😭Kita…

Posted by El Haura Esha on Wednesday, May 27, 2020

Terdahulu, tiga beradik berkenaan telah pergi ke sungai yang tidak jauh daripada kediaman mereka kira-kira pukul 6.30 petang, sebelum dimaklumkan lemas.

Mangsa Terakhir Ditemui, Ayah Tunggu Jenazah Tiga Beradik Pakai Baju Melayu ‘Sedondon’ 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here